I'm being an Insomniac only during exam. Eh ye ke?

9.11.09 di 04:03

Credit to SOURCE

Hidup sekarang memang tunggang langgang. Malam malam tak tidur, baca buku diam diam dan kadang kadang melayan muvie sebiji dua. Siang hari, qada tidur.
Kadang kadang aku konfius, hari yang berlalu, sebenarnya hari apa. Hari aku bangun nak menghadap buku, sudah hari apa. Itulah, kalau dah berkurung je dalam bilik, keluar sekali sekala pon hanya nak beli makanan. Bila keluar pegi area Khaleel sana, aku singgah kedai uncle, beli stok banyak banyak macam tak mahu kelaur bilik sebulan. Haih~

Hidup malam malam study ni seronok jugak lah, cuma kau akan rasa waktu kau pendek sikit. baca buku sorang sorang waktu malam, tak ada bunyi bising kat luar macam siang siang, kau tak sedar dah pagi hari. dah subuh. Tapi lepastu, confirm akan mengantuk kepenatan. Aku tau tak elok tido lepas subuh, tidur siang banyak banyak, tapi... Kalau siang aku tak study. Bangun, baca buku sikit, pegi makan. Balik makan sure mengantuk macam ular sawa yang telan anak kambing.

Cuma kadang-kadang, bila study malam malam, aku mula pikir menda menda merapu. Ada sekali, aku asik bayangkan ada orang nak stab aku dari belakang guna pisau tajam macam dalam cerita supernatural bila adik beradik winchester tu nak tikam demon masa ak tengah duduk study kat meja. Akibat ke psikoan aku tu, aku pon study atas katil, duduk bersandar kat dinding, so that takda dah orang boleh stab aku dari belakang.Ngaahaaahaaa. *Gelak psiko*

Tapi, kehidupan ala batman ni tak boleh diteruskan lagi. Maklumlah, exam semuanya siang hari. 4 out of 5 papers yang aku sit semester ni, exam pukul 2.15 petang. Jadahnya nak berjaga malam lagi, 2.15 petang tu biasanya aku belum bangun lagi dari tidur lepas subuh. Adoiai.
Ni kalau ibu tau, muahahahhaa, mati lah aku kene bebel!

happy exam!

1.11.09 di 21:19


Kepada semua yang bakal or sedang menjalani peperiksaan,

 GOOD LUCK!


Jangan lupa bawa alatulis
Paling penting,


JANGAN LUPA BAWA SLIP PERIKSA



****

Aku sama je perangai  mcm kartun baju biru tu
-_-"

Off, jangan snooze.*updated*

31.10.09 di 06:26
Baru tido tak sampai setengah jam, dah terjaga tak tentu hala.
Aku ingat dah subuh, sebab aku dengar bunyi alarm handphone.
Aku siap offkan alarm.


Bila bangun betul-betul...............


baru 530

siot betul kau kan!
huuuu~

--------------------------

Padan muka aku, sapa suruh, lepak tepi tasik, depan rumpun buluh besar tu sukaria sangat sampai dah maghreb baru nak balik.

Dah la mimpi ngeri before kene kacau. Hadoiaiiii~

Moga moga murah rejeki :)

28.10.09 di 08:32
Selamat pafi dan selamat hari rabu.

Mak aku selalu cakap, siapa yang bangun pagi, rezeki murah.
Kalau tak tido satu malam dan pagi pagi lagi dah bangun dan segar-bugar, agaknya rezeki super duper murah tak??
Aku harap jawapannya adalah YA. Huhu~

Akibat tidak tidur dan tidak berjaya tidur, aku telah blog hopping. Yeay! This is really fun!
Sebabnya, aku jumpa satu post kat blog Penyubiru, post tentang Catcheye.com




Apakejadahnya catcheye ni kan? aku pon klik la kat link dia. Sekali kelua page merah gila macam gong xii fa chai punya angpow. Bersemangat waja betul warna page ni. Menarik2. Baca punya baca, catcheye ni adalah satu web baru, charity based.

Oke, dah tau apekejadahnya catcheye tu kan.How it works? Simple. Kau daftar, kau tengok beberapa ads, pastu u'll get paid. it goes to charity jugak la. Bukan semua kau makan untung sorang-sorang. Weee~

Cukup kot bayangan aku bagi. Nak lagi info, sila pergi ke page catcheye sendiri ye.
Klik SINI

Berapa had umur untuk social account?

25.10.09 di 23:31
Adik beradik aku ada 6. Paling kecik umur 8 tahun, darjah dua.

Tadi, yang bongsu datang kat aku. Merengek rengek kata macam ni :

Abil, adik nak buat jugak benda macam tu (merujuk kepada FB). Boleh main game monster buat pet (Pet society), game restoran2 macam adam (abang dia yang form 2) tu. macam best je game dia.

Peh. Budak kecik ni nak facebook.

Aku cakap sama dia, mana boleh, adik tak ada email. Aku suruh dia main game online je macam selalu. Dia kata tak best, dah boring. Kecewa agaknya, lepastu dia blah.

Tak lama, lepas solat maghrib, dia datang lagi. Pandang muka aku lalu cakap,

Abil, boleh ke tak?

Apa? aku tanya dia

Tu laaa, myspace ke, facebook ke. Yahoo boleh kan

aku : -_-"


Memang tensi bile dapat adik pandai sangat ni. uhh.
nasib baik la kau dah tedo kenit. kalau tak sampai sekarang pon kau akan mintak aku buatkan akaun akaun merapik tu. haaa~

Kalau nak strike, baling bola tu gaya sifu & tongga!

24.10.09 di 00:40
Alkisah seekor kancil telah kena ngap dengan buaya. *doncheng doncheng*~. Alkisah khamis yang baru berlalu, aku dah pegi main bowling. Food tech league. Nama grup berbagai2. Semua nama burung.
Asalnya, aku memang tak dapat nak pergi join main bowling kat BJ tu. Aku dah sengkek gila, bajet lari sebab beli tiket balik rumah. Dalam wallet aku ada dalam rm17+ je. rm 7 aku bajet buat duit teksi, baki rm10 aku buat duit belanja hari khamis tu. Macamna nak membowling kan??? Tak cukup.Huuu~

Tapi, pagi tu lepas test minyak berlemak, ada satu keajaiban telah berlaku. Lepas makan kat subaidah, Haiza telah bagi aku duit rm13. hahahaha. Dengan duit tu la aku survive menjimba-jimba hari khamis.

Kos secara rough : Bowling (Rm7), Karaoke (Rm0.40; sbb share 6 orang), Pool (bape? aku lom tanya wani. huu~), makan kat seagate (Rm 6+). Total = Rm13.40++. Oke kot. Membantu la jugak rm13 haiza bagi tu.

---------------------

gambar-gambar banyak di snap oleh cik jen jen ye kenkawan :)
So about the tournament,

Sampai tempat bowling dalam kol 230 jugak la kot. Aku pon x berapa nak sure. Muka bersemangat masing nak main. Semua nak lepaskan tension sebab baru habis test pagi tu. Padahal minggu depan dah nak exam final. Gelak sakan happening gile sampai lepastu aku sakit kepala.
Bising gila la semua main. BJ bowl tu memang tak sunyi la dengan adanya budak budak food tech tahun 4 yang bermain dengan penuh kesungguhan. Macam macam gaya ada. Paling hebat main dengan penuh gaya pro mesti la si arep. hebat2.
Azi pulak, wakil pompuan untuk kategori pemain hebat. haaa~
Pegi la main dengan diorang ni, diorang hebat. Berbaloi lawan. Kalau main dengan aku, mungkin kau orang menang tanpa perlu bertanding. Sebabnya, confirm2 aku punya balingan semuanya ke longkang. Straight to the longkang bak kata orang kampung aku.
Zasss!

Kitorang main 2 game. Tu pun aku dah tak larat aaa. Lepas main memang lapar gila. Kami yang naik kereta ana dan azi telah head-off ke seagate, makan kat tepi laut. Pegi jauh2, makan kat nazri gak!! hahahahaa. Tapi padkapau dia mmg sedap la! Layan gile dengan cili api kecik2 yang banyak gile tu.


Memandangkan video je yang boleh di embed, maka terimalah:


** abaikan suara aku tu ye. Bising gilaaaa

Result sila rujuk facebook ye.
Album gambar juga boleh rujuk di facebook

=====

Nota kakiku yang wangi :
#1. Terima kasih kawan kawan untuk kenangan yang best!
#2. Lain kali kita merapu rapik lagi ye. Buat lagi kenangan banyak banyak
#3. ya. Dengan penuh yakin tanpa perlukan bantuan talian hayat;

Saya sayang korang semua.
Huuuu~

rutin seorang aku yang cemerlang

22.10.09 di 10:36
Baca baca
pasal minyak pasal lemak.
segala struktur dan sifat juga pengubahsuaian.
tengok jam. oh, baru 830. lek lu.

mari tengok muvie.
bantai sebijik dua muvi sambil tengok skip skip, tengok jam
oh, baru pukul 10.

bukak shockwave game.
main 2 3 game , 2 3 round. tengok jam
oh baru 1130

kol 12.
haaa dah masuk hari baru.

baca baca baca
highlight 2 3 lapis
tulis tulis tulis
lukis doodle tahape2 konon boleh bantu ingat
tengok lagi jam
dah pukul 3 pagi.
haaaa. dem, mari tedo. mimpi2 tahape hape.

kol 645. aaaaa dah siang.

jumpa Tuhan, mandi manda. kelepek kelepek balik toilet. gosok baju.
siap2. dem 750.

lari laju2 takut terlepas bas, pakcik bas main press minyak, aku hampir kene tinggal.
naik bas, nampak muka nisak ngan ekin. gelak gelak.
lambat gak dua orang ni. nasebla ada geng

pegi sendut 2, orang semua dah masuk
ak cakap sama ekin ngan nisak, takyah bawak test pad, depa pon x bawak. sekali masuk, amek kau! mana aku nak karang esei.

bantai je, jawab belakang kertas soklan
dah le jawab ala manja, tulisan ala doktor.
ohhh~~

moga moga berhasil.
hahhahaha

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com