' Kalau kamu mampu jadi sesuatu, kamu mahu jadi apa?? '
Soalan ini, jawab masing masing lah ye, sebab rasanya setiap orang ada jawapan sendiri, ianya terlalu subjektif untuk dipersoalkan.
Kalau saya diberi pilihan, saya mahu jadi air. Air yang suci.
Kenapa mesti air??

Hehehe, pertama sekali sebabnya air boleh berada dalam 3 keadaan fizikal. Cecair (paling-paling utama) , pepejal dan akhir sekali gas (wap).
Maknanya disini, air itu boleh berubah sifatnya, menurut keadaan sekelilingnya, kan bagus begitu.. Boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, bergantung pada keadaan sekelilingnya.
Yang perlu ada, hanya haba dari sekeliling (haba pendam etc, sila rujuk buku kimia SPM masing2 :P )
Apa lagi istimewanya air??
Air itu menyucikan, membersih. Bayangkan takde air bersih.. Huaaa, tak mandi, panas-panas.. Mula la berpeluh..(Air jugak ni), lama-lama jadi busuk. Eww!~
Kalau tak ada air, macam-macam urusan akan tergendala.. Pakcik makcik yang bukak kedai makan mesti tak boleh berniaga, sebabnya, macam mana nak masak, nak buat air untuk dijual, nak cuci pinggan, macam-macam lah..

Manusia sendiri pon, terdiri daripada air. 70% daripada manusia adalah air .. Bumi yang kita diami juga , 2 per 3 daripadanya adalah air. Nah!~
Bayangkan kalau bumi ini kering kontang, tak ada air.. Bukan sahaja manusia akan mati, pokok-pokok, haiwan semua pon akan mati, even mikroorganisma juga. Iyelah, air adalah sumber penting bagi semua hidupan atas bumi ni..
Kalau semua air dah kering, maka tak ada lah lagi air terjun juga laut untuk manusia pergi bermandi-manda , ikan-ikan dan hidupan laut pun semuanya tak ada tempat tinggal. Oh , tak sanggup saya bayangkan..
Apa lagi tentang air yang belum saya persoalkan..
Fikir dan berfikir lagi..

Oh, air dan perasaan..

Yang ini mungkin sedikit terkeluar skop air bersih, tapi saya nak tulis juga.. heheh
Satu perkara yang begitu sinonim, air mata itu biasanya melambangkan kesedihan dan keperitan. Namun, hakikatnya tak selalu begitu. Tangisan tak bermakna seseorang itu sedang sedih, boleh jadi dia gembira ataupun terharu.
Pernah tengok baby menangis?? Adakah sebab dia bersedih?? Tak jugak, kadang-kadang baby nanges sebab lapar, tak selesa , ada jugak yang mengada-ngada, tak boleh mak dia tinggal kejap..
Lagi, air dan sistem badan manusia.
Hari-hari pon kita berpeluh, dan membuang air.. Penting tuh, nak buang toksik dalam badan. Kalau tak, badan boleh rosak.Toksik berkumpul. Pastu boleh sakit.
Ok lah.. Rasanya itu sahaja hujah saya, kenapa saya mahu jadi air
:D



0 comments