Sakit Mental ? Ne no Ne no

18.6.08 at 04:20

Pukul 3 pagi(lebey kurang), saya melawat ke blog baru En Malek , baca-baca posting pertama dia.. Oh dia kata dia ada sakit autisme.. Boleh percaya ke ko neh?? Setakat simptom-simptom tapi tak pegi jumpa doktor, mana la ko nak tau betul-betul sakit ke tidak..
@gatau

Tertarik dengan penyakit autisme, saya pon melawat pakcik Google, bertanyakan tentang autisme.. Ada la 2 3 artikel yang saya jumpa, tapi saya lebih tertarik dengan penyakit skizophernia (nak sebut pon terbelit lidah, mcm style je kan nama penyakit neh..)

Maka, bermulalah pencarian saya tentang penyakit skizofernia ni...
Skizofernia merupakan sejenis penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.
:hilo:

Pesakit-pesakit skizofernia mungkin dapat mendengar bunyi yang orang lain disekelilingnya tak dapat dengar ataupun merasakan bahawa ada orang lain yang mampu untuk membaca pemikiran mereka, cuba untuk mempengaruhi tindakan mereka ataupun menganiaya mereka..

Simptom-simptom bagi penyakit ini dapat dibahgikan kepada tiga kategori iaitu Simptom positif, negatif dan juga kognitif.

  • Simptom positif : unusual thoughts and perception termasuk halusinasi dan delusi (cakap sorang-sorang la, nampak macam-macam laaa) .. Simptom ini agak mudah dikesan, iyelah, orang normal adeke nak cakap sorang-sorang (lainla kalau org tu mengomel)

  • Simptom negatif : hilang atau berkurangnya kebolehan bercakap atau menyatakan perasaan, dan macam tak enjoy hidup merupakan antara simptomnya. Untuk simptom ini agak bahaya ,kerana ia sering/boleh disalah anggap sebagai kemurungan biasa..

  • Simptom kognitif : ia berkaitan dengan masalah seperti perhatian, sesetengah jenis memori dan fungsi-fungsi otak yang lain yang menyebabkan anda susah untuk organizing atau planning. Simptom ini juga sukar untuk dilihat sebagai sebahagian daripada penyakit ini.
Simptom-simptom psikotik (halusinasi dan delusi) biasanya dapat dilihat pada lelaki di usia hujung remaja dan awal20an dan kalau perempuan pulak semasa umur di pertengahan 20an ke awal 30an. Simptom tersebut jarang berlaku pada mereka yang umur lebih 45 tahun atau sebelum baligh, tapi, ada jugak kes yang melibatkan budak berumur 5 tahun (kalau nak kene, dah nak buat mcm mana kan). Dan yang penting, penyakit ini boleh menyerang lelaki atau wanita pada kadar yang sama tanpa mengira etnik (agak FAIR pemilihannya..wawawawawa)


Bahagian otak yang terlibat dengan penyakit skizo

Lastly, boleh ke sakit skizofernia ni dirawat ??
Urm, setakat ini, belum lagi la, tapi dari dulu, dadah telah digunakan bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut, tanpa boleh menyembuhkan penyakit ini.
Selain itu juga, psychosocial treatment juga digunakan bagi membantu mereka yang menghidap penyakit ini mengatasi masalah yang mereka hadapi akibat penyakit ini..
(Maaf, saya belum habis baca part ini )

:eheh:

Rujukan dan artikel :
  1. National Institute of Mental Health
  2. Artikel : Sakit Jiwa Tiada Kaitan Hantu, Saka


***
Sila rujuk pakar, ini sekadar info bacaan ringan oleh saya yang tidak bertauliah.. Hu Hu Hu

3 comments

  1. FLOY Says:

    skizo tu bukan name tempat gig ke? wah3..

    aku yakin aku ade autisme..berdasarkan pengalaman blaja bio selama 2 tahun, walaupon tak pernah dapat A..aku yakin!

  2. mayo Says:

    skizo juga sejenis penyakit..cam ne plak kalo die nampak diri die?? doktor nab jawab2!!

  3. floy : ntah aa, ak x pegi gig, ak mne tau nama tempat gig..
    pegi cek la woi, yaken tapi takde bukti kukuh

    mayo : nampak diri dia?? dia tgk cermin ke?? kalo tgk cermin, mmg la nampak diri sendiri.. wawawawaaa

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com