lagi

31.5.08 di 03:02
hentikan tangisan wahai hati
tenanglah dikau

biarkan sahaja dia berlalu
bersama angin malam
bersama debu kecil
bersama serangga comel

cukuplah wahai hati
jangan berendam air mata lagi
kerana
kau sudah saban hari
dibanjiri
digenangi
berendam dengan air masin itu

hati
hentilah menangis

cukup
jangan siakan tangisanmu lagi

Berkawan dgn lipas ??

30.5.08 di 06:04
Lipas...Tau ape??? Apa?? Tak tao?? Hoho
Ala, lipas neh adalah sejenis serangga bewarna cokelat yg terbang2 dan mengganggu gugat ketenteraman asrama. Sebabnya bila incek Lipas neh muncul, suma dok lari2 takot.. Macam nampak monster la pulak. Padahal, serangga berkaki enam dan bersayap ini mampu dimampuskan hanya dengan menggunakan penyapu yg tidak seberapa..
Piappp!! Sekali je buleh penyek menatang lipas neh..

Okeh... Lipas adalah serangga yang mudah ditemui di dapur, bawah sinki pon byk jugak.. Lipas merupakan serangga perosak yang boleh mengundang bahaya kepada manusia.. Kalau saya tak salah fakta, setahu saya, lipas boleh menjadi vektor atau penyebar kepada penyakot Hepatitis B, sejenis penyakit yang berkaitan dengan hati..
Menurut WIKIPEDIA , lipas hidup dengan memakan sisa makanan.. ohoh, maknanya, haiwan ini tidak memilih makanannya, bgs2 sgt tidak membazir...

Satu perkara yang agak mengejutkan saya, setelah saya baca tentang lipas di WIKIPEDIA , menurut sejarah, sesetengah tulisan terawal berkaitan dengan lipas menggalakkan ia digunakan sebagai ubat. Pedanius Dioscorides, Kamal al-Din al-Damiri dan Abu Haifa ad- Dainuri semuanya menawarkan ubat yang mencadangkan ia digiling dengan minyak atau direbus. Senarai penyakit termasuk sakit telinga, luka dan "masalah peranakan gynecological."

Hohoh..Agak mengejutkan bukan?? Tak tahulah bagi anda yang dah tahu, tp bg saya, ia amat mengejutkan. Ya lah, menatang lipas inikan terkenal dengan kekotorannya juga sebagai penyebar penyakit berbahaya.. Tapi ia boleh dijadikan ubat.. Itulah sebabnya ada kata-kata yang mengatakan 'Bkn semua yg baik itu baik dan bukan semua yg buruk itu buruk'

ini lipas



sebagai selingan......

waa lawak2

layan sinchan
tajuk dy sinchan berkawan dgn lipas

mau tahu apekah nasib incek lipas
sila la tonton...
adehai gelak
:ahaha:

lagu oh lagu

29.5.08 di 02:40

















:tsk: penat gilak cari lagu
wuhaha, mcm la kene cipta lagu
padahal dok amik je
lalala

tp saket jiwa jugak
sbb bukan senang mau cr lagu untuk main ms org kawen neh

ak mau psg lagu2 UG, dah kene warning awal2
ko jgn buat pelik2
kang ada kene maki

ohoh

sampai aku rasa nak muntah
asik play lagu org kawen je neh
adehai..


cerita saya

28.5.08 di 03:24
ada lagi cerita
saya suka bercerita

lagi cerita tentang hati
mahu tahu??
mari

tak mahu tahu??
silakan pergi

dahulu, saya pernah ada hati
hati saya sangat senang
gembira, ketawa riang sahaja
saya buka hati saya untuk semua
sesiapa sahaja
mahu singgah di hati saya
silakan sahaja
saya tak kesah
saya tak hirau
siapa siapa yang mahu singgah
saya benarkan

tapi,
suatu hari
sedang saya bergembira
dengan semua yang pernah singgah di hati saya
tiba tiba
ada seorang bajingan
dia datang robek hati saya
hati saya hancur
remuk
musnah

sakit sangat saya rasa
kasihan hati saya
kesakitannya, saya tanggung juga
sakit
sangat

lalu, saya pikir
macam mana
saya mahu ubati hati saya

pikir punya pikir
saya dapat jawapannya
senang sahaja rupanya

saya tutup hati saya
kunci ketat ketat
selagi saya boleh kunci
akan saya kunci

selesai saya kunci
saya serahkan kunci hati saya

mahu tahu pada siapa

mestilah pada yang mencipta hati saya
sebabnya
mudah sahaja
dia yang ciptakan hati saya
maka dia yang paling layak
pada siapa kuncinya harus diberi

sedangkan saya sendiri
tak pernah tahu siapa

Esok Sambung Lagi : /

27.5.08 di 01:27
ini episod kepenatan
kepenatan untuk persiapan bagi majlis kahwin akak sedara, kak ily, minggu ni, 1 haribulan jun.. waa waa waaa, beebrapa hari lagi sahaja.. ohhh

ahad,
lepas asar, dah bertolak pegi umah makibu, ada majlis 'dudukkan orang'(istilah baru belajar dr kak mar, bakal isteri abg am) .. solat maghrib n isya jemaah, then mkn2 sket, then meeting
habis org2 tua meting, ktrang golongan muda neh dok laa kerjakan muruku serta bahan2 hiasan untuk kotak doorgift...
jenuh ohh, ddk ramai2, bungkus maruku, masukkan dalam kotak, seronok la sikit, masing2 dok menyengal lawak2.. ohh gembira

dah dekat2 midnite, masing2 mula berundur diri, balik umah, yela. isnin kan keje...
tp. ak masih gak bz dok ptg2 riben untuk lekat atas kotak2...

sedang hepi2 burak2 sambil potong riben, ttbe ad miskol... ohh, bebudak neh mesti da abes mosh.. dan2 pastuh msg masuk, ad, jeju, hanis jua... msg kata mrk kat sate kajang
ohh mereka neh, takpe2 aku sabar je laaa

ak ada misi bersama riben2 yg byk tuh... kotak2 doorgift lagi...
uhoh...
pukul 1215 balik ah umah, dah lewat, lgpon adik ada kelas pg sok..
odw balik, singgah 7e, mau beli slurpee, tapi kuciwa, sbb mesen da stop kol 12 mlm...
wudda toot bettolla

isnin
seperti yg dijanjikan dgn makibu, pas asar mau smbung keje..
ttbe anas (anak sepupu sulung) masuk bwk hp, kata nenek dy mau ckp.. oh, tajadi pas asar, tunda lepas maghrib

azan je, siap2 mau pegi... sampai2 umah makcik, sy plak tarak.. adeh, pe lagi, buat la mcm umah sendiri... ngehehe
sambung lagi riben2 yg tak siap. ikat2... tp td byk dah siap.. tapi sakit ohh tgn.. jari jua..
hua hau hua

sok sambung lagi..
:tsk:

Saya dapat surat...OhOh

25.5.08 di 00:57
830, bilik tdo...

'abil~ bgn aaaa, neh ade surat ntuk abil' , kenit bising2 dengan sebelah tgn memegang roti, sebelah lagi ada surat tu.. 'meh, bak sini' saya amik sampul surat kaler putih dari tgn kenit.. ohoh, surat dr jpa. dlm hati , 'neh mesti surat amaran result lagi.. adehai '
@damn

seperti yang telah saya jangkakan awal2, ye!! tepat sekali, 200 markah untuk saya.. surat amaran dari jpa... tapi kali neh, lain siket dari surat2 amaran yg saya penah terima.. kalau dahulu, surat mengandungi arahan untuk meningkatkan reult kerana result saya lemah, tapi kali neh, sila tingkatkan result saudara/i kerana result saudara/i berada di tahap sederhana!!~
@males

uhoh, habis baca surat tuh, cek2 ada lagi satu surat.. bukan surat ah, tapi notis. pemberitahuan.. bahawasanya, result minimum telah dinaikkan daripada 2.0 kepada 2.1 .. means that, PNGK minimum saya perlu at least 2.1 .. kalau 2x PNGK saya kurang daripada 2.1, maka saya punya scholar layak untuk ditarik...hu hu hu jgn laaaa.... mampus mau byr balik
@sial

uhuh... dengan penerimaan surat tuh, saya dah buat keputusan, kene jugak buat kscp diz sem..musti!!~ n hopefully our Plan B akan berjalan lancar..


------------

0010 mlm, jambatan depan umah

ngeh2.. adik ajak wat photoshoot malam2... so, berbekalkan bateri yg ala2 nak mati juga tripod, maka kami telah bersila diatas jambatan, tunggu kete atau apa2 kenderaan berlampu lalu atas jalan. amik gamba light trail...
cubaan agak berjaya... tapi sengal, sebab bateri kong... esok sambung lagi
:woooh:



lastly, a quote

Masinnya Air laut tak mampu menyerap ke dalam isi Ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Bagitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihaha hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan Dosa-Dosanya

Berkelah

24.5.08 di 02:45
:inis:

hulaho
harini, ayah bawak kami adik beradik pegi jalan2, lepas solat jumaat, direct pegi cari air terjun
uhohoho
perjalanan yg sgt menyakitkan jiwa
hu hu hu

perjalanan dimulakan selepas amik adik pompuan sy kat skulah dy
dan2 je pas kuo dr gate skula adik, ayah ckp gini
'mana sebenarnya kita nak pegi ye, ayah tak tau pon jalan neh sebenarnya'
saya terus menjerit 'apa??? hua hua huaa, kejam2... abeh, nak pegi mana'
adik sy jwb 'alah, neh depan siket ada air terjun kanching( x ingt nama tempat)'

uhoh, maka adik sy la yg jadi penunjuk arah, sini sana
uhh budak neh, dah merayap jauh rupanya

maka, sampailah kami di satu tempat air terjun neh
hutan simpan K...... tatao oh nama dy, lupa sudah

waaa, sgt banyak munyet2, makhluk yang suka bergayutan di pokok
saaangat banyak.... belum pon kereta ayah diparking, munyet2 dah aim..ish, lapa sgt agaknya mereka neh
bila kete da parking, sy turun ah, tgk2 kawasan pe seme, jalan2 siket, jumpa la sekor monyet tgh korek tong sampah, lapar agaknya
berbekalkan kamera milik ayah, saya dapat snap gamba munyet neh
huho, munyet neh kurek apa ntah, tuh , ada kacang peas kat mulot dy
dy dapat nasik goreng agaknya dalam tong sampah tu

ni je la monyet yg dapat saya snap gambarnya, sebab yang lain suma pemalu, kami dtg dekat mereka, mereka larikan diri, pemalu sungguh

jalan lagi siket, snap pulak gambar bunga raya..uhuhu, agak cacat bunga yang saya snap ini, kerana saya tak amik gamba debunganya..huhuhuu, bantai sahaja






dan akhirnya, kami berkeras supaya ayah ke air terjun lain..
jalan punya jalan, sampai la kat satu air terjun
kat daerah selayang
lagi sekali, tak ingat apa nama tempat itu, huhuhuuhu
tapi, atas siket dari tempat air terjun, ada kem belia dan juga kampung orang asli
apentah , sungai R.....


lepak kat air terjun lama jugak, daripada x hujan, pastuh hujan lebat, siap petir kilat pe seme, tapi, mandi jugak...lantak... hujan benti, lagi la sakan main air...mereka lah, saya malas main air, sebab toilet awam dy x proper, nak tkr baju susah, uhuhuh...
tapi x kempunan aa x mandi air terjun ni
sebab x berapa dalam.. cetek je, kenit seronok la main, macam itik jumpa air



uhuh, da penat
takda pa mau cerita juga
oh, kerunsingan sebenarnya...sabar sahaja

:sigh:

Cukiwa = Kecewa

22.5.08 di 23:57

:ayokona:
Geram.
Sangat.
Tak dapat buat KSCP.
Katanya, hanya untuk mereka yang nak berijazah
(yang nk grad la tuh, final year stdnt ja)
Abeh aku neh, tak nak berijazah ka??
Geram oh
Betul gak kata Nisak, 'kita bom je skul tuh'
Huahahahhaaaa, besh gak tuh
:scream:



B.E.N.C.I

di 03:07
mahu tahu satu cerita??
cerita tentang saya
saya benci awak
benci sangat sangat

dari sebelum saya kenal awak banyak
saya dah tahu saya akan benci awak
tapi, saya abaikan saja rasa tu
sebab saya cuba bersangka baik

tapi
hari demi hari
bila saya makin kenal awak
saya makin sakit
kuat
sakit sangat sangat
makin saya cuba tahan
cuba lari dari sakit
makin saya rasa sakit

mencengkam kuat
merobek kejam
saya yang sakit

sekarang
sakit saya makin kurang
nak tahu kenapa
sebab saya dah kurang pikir tentang awak

tolong lepaskan saya ye awak
pergilah jauh jauh
saya taksanggup nak tengok awak
sebab
saya tak sanggup
rasa sakit lagi
sangat!~


------------
3.08 am,
22 mei '08


p/s : jgn tny kepada siapa ia ditujukan
sebab saya pon tatao..
dan tak mahu amik tau

@nangis

7 facts about me by nano

20.5.08 di 14:52
7 facts about you
-giler x malu tp pemalu giler ngan opp sex (kucheng jantan excluded)
-suke conteng2 buku.lukes katun.tulisan cantek.ade style
-ske tido seyh.tp taleyh lawan ak agie arr =p
-x ske carik gadowh.baek2.
-suke wat muke poyo.wat biseng.wat bunyik2
-suke makan!ske makan!ske makan!sampai bulat
-suke pendam perasaan.(weyh.kalau da ske tu ckp jerla..) sensitip.bdak neyh.



waaaaaaaaa.....
nano, ko ikhlas ke neh ckp suma neh
sengal aaaa...

:blush:

Kayuhan dan kepenatan

19.5.08 di 21:20
jam menunjukkan 430 pagi, tapi aku masih semangat 'mengayuh' untuk sampai ke puncak...kayuhan demi kayuhan ku buat.. sikit demi sikit....hampir..memang hampir dengan puncak..tapi, apakan daya aku sudah tidak larat..maka, kuhentikan sahaja niatku untuk sampai ke puncak... mengambil langkah bijak, aku off laptop, lajukan kipas sampai full, pastuh tarik bantal 2 3 bijik dan sedia untuk tido...baru je nak lelap... tetiba...
"nabil!!! p kejut adik2 ko subuh !! "
argh!! bgn la jugak, kejot adik ak yg tdo cm kayu neh bgn subuh.. dy sgt liat untuk bangun... aku main2 mata dy..bukak tutop bukak balik ttp balik smp dy bengang dan akhirnya bgn subuh...
:devilishgrin:

selesai tugas aku, aku pon tdo ah...
pastuh dlm kemamaian, ak dengar mak bebel2 ape ntah x adik, ak tatao, yg ak sdr, ak dgr bunyi hujan yg sedang sgt lebat melanggar bumbung umah...wahhh tdo makin selesa lah ak ari neh, dlm ati berniat nak bgn lambat gila2...
:sleep:

tapi, tdo ku yg lena terganggu lagi..kol 911(jam henpon) ibu suruh bangun, p hantar nenek ke umah makcik sedara yg km gelarkan makibu...ah, malasnya
:waaah:
sambil mata masih tertutop, alaaa, ibu la pegi, bkn ke makibu tuh kakak ibu, nenek tuh mak ibu, ibu la pegi,akak ngantuk saaangat neh..tp mmg sgt ngntuk pon..
ibu bebel suruh pegi jugak, apentah, dah lupa..aku masih malas2 diatas katil.. akibat ketaktahanan mendengar bebelan, bgn jugak aaa amik towel p mandi siap2...
siap mandi, kenit kata mao ikot..bawak jugak la si kenit yg suka sibuk tuh...pastuh direct pegi umah makibu bersama nenek...

sampai2, makibu dan family sedang siap2 nak bfast..ngeh2 rezeki wo0o, mkn la sekeping roti canai, tu pon share sm kenit...bolela tahan sedap, lapo snarny...
maka mula la keje membungkus krepek dan juga memasukkan dalam kotak silver yg byk gila.. adeh, jenuh, byk gila...kn lipat2, br len selit2, last2 br jadi kotak cm kotak kek sikret tuh..tapi kaler silver, gigih ohh ak lipat2 selit2...smp jadi mahir gilak, dpt award best worker,ngehehehe
:blush:

sambil2 dok melipat tuh, makibu serta anak2 jua nenek burak2 aaa, ak x juin ah, ak layan lipat kotak.. tetibe akak sedara aku,
kak taty ckp gini; 'abil nanti kawen, ko nak bagi pa kat dayoh2 yg datang?? mak ko mesti idea pelik2kan abil kan'
belum sempat aku beri ulasan,
makibu plak cakap ; 'ntah2 nanti ibu kamu bagi anak pokok orkid dy yg byk2 tuh wat souvenir kat dayoh2..'
tanpa byk berpikir ak pon jawab ; 'ye la tuh kot, pokok bunga dy tuh da byk..lagipon org asik bg makanan je kan, nanti sy kawen, bg anak pokok orkid pon okay gak,tapi setahun sblum tuh da kene prepare aaa, bagi banyak anak2 pokok. senang siket mau bagi dayoh2'
:inlove:

hampeh suma gelakkan aku pastuh..tadi derang gak mula rapikan, bila ak mula nak juin rapikan, derang gelak plak..uhuhuhu, teruskan melipat smp tengahari..
:argh:


pastuh lunch makan lala, wo0o besh2 tapi kepedasan, sedikit terseksa.. pastuh sambung lagi lipat..ttbe, nenek kata soh antarkan dy balik sbb atuk blum mkn..odw balik singgah p beli barang nenek siket kat pasaraya...kuo dari pasaraya, ak tgk traficlite puaka tuh ijau, pe lagi.. sambil berkata pada nenek ; 'nek, mintak izin pecut, trafic lite neh sllnya kalo nak tunggu, lama neh'
nenek : ' ha, cepat2 kang tak sempat '
pe lagi...wahahahahaaa, naseb ah, nenek bagi greenlite..pecut dgn jaya..
:sweaty:
adehai, skang neh ada bad habit, asik dok laju ja, kene control siket neh..supan2

hantar nenek, balik lagi umah makibu, lipat2 lagi..mcm2 laaa derang dok tny
ko balaja pe nabil, ko bile nak kawen nabil, ko umo bape nabil , ko itu laa ko ini laaa..aku sengih je kebanyakan masa, kalo ak tatao nak jwb..yg ak buley jawab, ak jawab aaa..yg lain ak senyap je, dok melipat sampai ak tengok kotak tuh pon da muak...shining2... memula lipat2 silver dlm 300 kotak kot, pastuh gold pulak, ntah bape ratos pon ak x tao..sbb target 3000 kotak...wuhuhuhuhu...sakit tgn lipat...kalo dapat kene urut neh...beshnyaaa..
:sorry:

balik2 umah, dalam kepenatan , kenit suruh gureng nugget plak, ak ckp penat, dy ngada..last2 gureng la jugak, br dy senyap... da selesai gureng, ak teruskan usaha 'mendaki' ...yeh!! pendakian berjaya!!! dah sampai ke puncak
sedang aku masih dalam mud kegembiraan,adik masuk bilik, ' woi, tu ha ko pny feveret atas meja.' aha!!! keropok lekor..sedap2, amik 2 3 keping, pegi dok nek buaian kat lua...burak2 sama ayah, buleh lak dy kata gini ; ' elok aaa ko p tolong makibu tuh, ko tgk2 laa bajet cmna, nanti majlis ko senang'
malas berkata apa2, aku terus masuk umah tanpa merespond pada kata2 ayah...
adeh org tua aku neh
@bye:blush:


direktori :
dayoh : tetamu
kayuhan : ahaha, neh ada org yg paham, ada yg tapaham
@nggaya

F.R.I.E.N.D

17.5.08 di 20:19
what do friends mean ??



but as for me,
a friend is the one who truely understand who you are
the one who can lift you up when you're down
and
the one who is always besides you
rain or shine

:puppyeyes:

Medical Terms :)

di 04:24

Okeh, harini, secara khas dari kamus suka ati, saya bawakan makna medical2 terms...

sila cekidout!!~

ini sangat berguna bagi yang selalu tertanya2 apa makna2 medical terms yg sgt banyak dan pelik2 bunyinya itu yeh

:ha?:

Antibody : against everyone
Artery : The study of the paintings.
Bacter ia : back door to a cafeteria.
Caesar ean section : a district in Rome.
Cardi ology : advance study of poker playing.
Cat scan : searching for lost kitty.
Chronic : neck of a crow.
Coma : punctuation mark.
Cortisone : area around local court.
Cyst : short for sister.
Diagnosis : person with slanted nose.
Dilate : the late british Princess Diana.


Dislocation : in this place.
Duodenum : couple in blue jeans.
Enema : not a friend.
Fake labour : pretending to work.
Genes : blue denim.
Hernia : she is close by.
Impotent : distinguished/ well known.
Labour pain : hurt at work.
Lactose : people without toes.
Lymph : walk unsteadily.
Micro bes : small dressing gown.
Obesity : city of Obe.
Pacemaker : winner of Nobel peace prize.
P roteins : in favor of teens.
Pulse : grain.
Pus : small cat.
Red blood count : Dracula.
Secretio n : hiding anything.
Tablet : small table.
Ultrasound : radical noise.



ohohohoho, harap takda sapa yg mempercayai makna terms2 yg telah disenaraikan diatas

kerana, secara terang terangan, ia tidak merefleks makna sebenar perkataan tersebut dari sudut medical, tapi kalo dari sudut suka suki mereng, ia memang make sense!!


:woooh:

none

di 01:39
:ayokona:
mau jerit kuat kuat
mau lari jauh jauh
oh rasa yang tak selesa
pergi lah kamu jauh jauh

SAYA dan HARI GURU

16.5.08 di 02:07
:wave: babai ari khamis yg dah berlalu,
:hi: untuk ari jumaat yang baru menjelma..

semasa blog ini ditaip, saya tak tau ape saya rasa, gegege
lapa kot, tapi kalo sy mkn, mesti rasa mau muntah..adeh.. 2 3 ari neh asik nak muntah je...kenapakah?? misteri sungguh..adehh..tamao saket, nxt week da kn ulang alik..adeh~
tapi serious saya tak tahu apa yg saya rasa..neh bukan rasa lapar neh, rasa lain, nak marah, nak nangis, nak gelak kuat-kuat, nak jerit agaknya...mahu lompat tinggi-tinggi
tapi, kalo saya buat semua tuh, mau kejap lagi mak sy bgn sepak saya sbb buat perangai mcm orang gila
:ayokona:


uhuhu, idea oh idea, mana kamu, saya perlu kamu..
tadi, adik mintak tlg buatkan dia iklan untuk sponsor majalah skolah dy...
penat w0o tracing logo syarikat tuh menggunakan Pen Tool yg sememangnya kurang saya gemari..uhuhuh, tapi apa buley buat, suka atau tidak, pen tool sgt banyak gunanya...terpaksalah saya guna...dan alhamdulillah saya berjaya...

ngeh ngeh buleh la amik , buat logo syarikat saya..:ahaha:
suka suki saya sahaja kan mahu guna logo syarikat orang, susah plak tuh, kne trace bentuk bunga raya, curve sini lengkok sana..adeh..
ohoho adik, pasneh lanje laa ak slurpee merah satu okeh, merah + ijau pon aku x kesah...

oh, dah hari jumaat..hari neh hari guru!!
16 mei!!!! yeaaa, sok mesti ibu bawak balik banyak hadiah dr anak murid dy...dan biasanya akan dapat pen merah yg banyak juga tak lupa sabun mandi...bgs2, buley topap stok kat umah...uhuhuhu...tak kisah lah ape hadiah yang diberi.keikhlasan mereka itu yg lebey penting..

oh oh oh, hari guru buatkan saya rasa ingin balik ke zaman sekolah..jika buleh undur, saya tamao jadi budak yg sll kn denda ng warden..uhuhu, tamao..
@malessy nak jd budak nerd yg pakai spek tebal, baca buku je kejenya, tak hirau sama orang laen..study study study sampai muntah dan bukannya budak yang main sliding kat koridor, surok beg budak laki , amik konci dewan makan malam2 buta, turon pegi public smp kn kejar ng warden dan smayang dlm bilek...
wakakaka...alah, skulah kalo x buat nakal tarak kenangan kan? kan? kan?:please:

sebelum rapikan saya menjadi lebey melarat
baik saya tamatkan saja

tapi, saya mau ucap, SELAMAT HARI GURU
kepada cikgu2 seluruh Malaysia..
exp kpd cikgu2 yg penah mengajar sy
mula dari skula tadika kemas bkt mendi phg, cikgu skula rendah kat sk bukit mendi, cikgu skula menengah rendah smk seri bentong , cikgu2 skula menengah atas kat kisas, lect2 juga tutor kat pasum juga usm..dan sape2 je la yg penah ajar saya ilmu yg bermanfaat, tak kira lah ilmu akademik ke ape ke... makasey2...hny Allah yg dapat balas jasa kalian...
juga untuk ibu sama ayah saya yg juga cikgu..gegege...dedua penah ajar sy, argh tensen tol mak ayah ngajar dlm kelas,rs dianaktirikan..uhuhuhuuuu
@bye

soulmate

15.5.08 di 18:21
Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone


:inlove: sangat suka lagu ini...oh oh oh

K O S O N G

di 03:43
hari ini macam itu sahaja berlalu
saya macam apa
saya pon tatao
konklusi : K o S o N g
:ayokona:

kisah hari SELASA

14.5.08 di 02:42
cerita #1 : SAYA TELAH JATUH cHeNtAaA


-gambar neh di snap pada hari2 yerakhir sem lepas..ini roti okeh-


huehheheehehe
jauh chenta sama smiley kat gtalk
cumel2 oh
nak2 masa dy pusing
pastuh
jeng jeng jeng
jadik kaler kuneng
ohhh~
cumelnyaaa~



cerita #2 : HP mengong


uhuhuhuhuu
geram betolla sama henpon ini
oh henpon, jgn laa kamu buat hal
saya takdak duit untuk gantikan kamu
saya syg sgt sm kamu
sbb sy beli kamu guna sy punya 1st gaji

kamu jgn mati2 lagi ye
pelik sungguh kamu ni
even saya da cucuk kamu
sampai kamu punya bateri full
tapi kamu masih mau mati
kamu mau main2 dengan saya ke
saya tak buleh terima gurauan kamu okeh
uhuhuhuhu

jgn buat hal lagi ye henpon ku sayang!~

Untuk yang MenCARI dan yang diCARI

13.5.08 di 00:04
Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk
manfaat kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar
ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

-------------------------------
sila baca sampai habis :)
meaningful!!! A LOT!~

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah
hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah
seorang teman
Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah.
Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2
bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka
hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat,
saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia
bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis
wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius.
Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya
menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis
lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh
pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat
menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan
dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada
apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa Hingga dia boleh
memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk
ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang
beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan
perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam
dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikaha
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama
cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
-hanya-
berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh
membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin
saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya.
Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah
bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan
lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami
berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami.
Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura
cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga
sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci
meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas
didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop
kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang
dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya
melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli ha
. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan
senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula
membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas.
Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini
isi surat itu…......

************ ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* ********* *******

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya
dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat
ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi
saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ...menginginkan anda
............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya
hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap
bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk
mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah
kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap
berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak
kehujanan

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan
dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya.
Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya
hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk
dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati.
Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan
berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu
kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali,
dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya
tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin
menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah
ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ***

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya
membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar
bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan
apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami
kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan
tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih
ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust
kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami
tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya
ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk
saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang
mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan.
Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak
ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai
beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju
pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan
yang utama. Pernikaha hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan
untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu
menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah
dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan
dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua
insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri
(belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

p/s:kak husna adalah seorg pljar malaysia di new zealand..



============

hurm....hows???
think it, deeply....
:)

kamera oh yeah~

12.5.08 di 03:23
Berbicara tentang kamera, satu harta yang masih belum saya miliki secara total, yang masih lagi berada dalam toplist untuk wishlist saya...siapa yang tak tahu apa itu kamera??
siapa yang x pernah kenal rupa kamera bagaimana?? siapa yang tak pernah menggunakan khidmat kamera?? ah, tipulah jika ada yang berkata dia tidak pernah guna, atau pegang atau paling kurangpun menjadi subjek untuk kamera... bukan kamera mahal yang saya maksudkan, tapi kamera biasa, yaaaa biasa!!

Kamera adalah alat yang berfungsi untuk merakamkan detik-detik yang tak dapat kita ulang dalam kehidupan sehari hari kita, tak kiralah sama ada detik itu adalah detik gembira, sedih, spontan ataupun plastik semata...semuanya boleh dirakam dengan kamera. merujuk kepada ensiklopedia online yang sering saya klik untuk mencari maklumat, WIKIPEDIA , kamera buleh merakamkan sama ada dalam bentuk 'still image' atau lebih dikenali sbg fotograf dan juga dalam bentuk 'moving images' ini dikenali sebagai video..

Alat yang bernama kamera ini mendapat namanya dari bahasa Latin , camera obscura yang bermaksud 'dark chamber' atau ruang gelap.. untuk membolehkan kamera berfungsi, ia memerlukan sumber cahaya tak kiralah dari sumber visible spectrum ataupun sumber2 spektrum elektromagnetik yang lain.. aperature atau bukaan kecil pada kamera memainkan perananuntuk membolehkan cahaya tersebut masuk kedalam kamera, membolehkan ia untuk berfungsi, dan seterusnya membolehkan kita untuk mengcapture gambar..
cukup bicara tentang kamera di dunia , ciptaan manusia

Saya terpikir tentang kamera yang Tuhan masing-masing ciptakan...Tuhan saya adalah Allah, dan dalam agama Islam, kami percaya, bahawa setiap dan semua yang dilakukan, difikirkan dan dilaksanakan akan dihitung..percaya pada pahala dan dosa...
dan, setiap pergerakan akan di'rakam' dan kemudiannya akan dimainkan semula pada suatu hari yg telah ditetapkan kelak..ya, seperti menonton satu cerita...tapi pelakonnya adalah diri sendiri...

Kamera yang Allah ciptakan ini sangat berkuasa...merakam setiap detik, tanpa perlukan bateri, tanpa perlukan memory card yang terhad kapasitinya..kamera ini juga tak perlukan cahaya untuk membolehkannya berfungsi...kerana ia akan tetap berfungsi, walau dalam cerah, walau dalam gelap...berkuasa kan...
dengan kamera ini, tak perlu posing2 plastik, tak perlu...sebab semuanya dirakam, tanpa sedetik pon terlepas, semuanya okay!!~ semua!~
tiada aksi2 plastik yang hanya tukang lakon yang tahu apa niatnya, kerana kamera berkuasa saangat hebat ini boleh tahu semuanya, tak perlu risau...

Merakam tiap detik, dari saat dilahirkan, hingga saat kematian..
oh Tuhan, kau Maha Kuasa..

Sebelum sign off :
Pilihlah sama ada mahu gambar yang cantik di sini ataupun gambar yang cantik di 'sana'


--------------------
p/s: cuma pandangan dangkal saya, jika ada yang salah, tolong betulkan :)

kawan-kawan saya~

11.5.08 di 04:58
lalalaaa, saya kebosanan neh
so saya amik keputusan untuk upload gambar kawankawan saya
mereka semua satu kos dengan saya
ohohoho, jika mereka tak datang kelas
saya rasa pelik , sebab hari hari pon mereka ada je hal yang akan buat saya ketawa
mereka juga baik ati
layan kerenah gila saya
terima kasih kawan kawan
kerana sentiasa ada dengan SAYA





ini kisah hari sabtu

di 00:14
wohohoho....tak perasan
masa dah berlalu dengan sangat pantas yeh

tau2 dah pukul 430 pagi , mahu tdo..tapi tak sampai ati, sbb mak panggel soh tlg dy masak2 roti jala dan kueh2 lain yg org tempah..pukul 730 pagi org yg tempah itu mau ambil...
dengan muka mengantuk dan poyo, saya ke dapur...ddk, tgk mak buat roti jala, sbb tugas sy adlah melipat roti jala yang dah masak..hampir 10 trial, barulah roti jala yg betul2 rupa roti jala terhasil..target kami adalah 100 keping, padahal azan subuh dah mula berkumandang di ruang udara...sempat kah?? saya dah risau, mak rilek je kata sempat...bukan pa, byk lagi kueh mau setelkan..karipap belum goreng, pulut panggang belum panggang ngan lg satu kueh ap ntah...
sedang duduk2 tgu roti jala disiapkan...saya terlumpat akibat terkejut
encik tikus lalu! hoh ! nasib laaa, jiran dengar jeritan jam kol 5 pagi...2 3 kali jugak...waawaawawa geli oh...buleh plak lalu2 lalang...benci betulla menatang tuh

berhempas pulas lah sy nk tlg mak siapkan kueh2 tuh..dah kol 730, tapi org y tempah tuh x smp2 lagi...tamau amik ka?? penat je wat...ah lantak dy ah
sy sambung buat roti jala untuk makan sendiri
buat sampai tgk roti jala dah tadak selera..mengantuk yg amat!~ btahan smp kol 9 lebey, pastuh tdo dgn aman..ttbe, kol 4 ptg..hp bunyi ad msg masuk..ohoho adikku soh p amik dy kat umah nenek..adeh, ak nk tdo la sengal!~ sy reply soh dy tgu dlm 15 min, then p amik dy ngan muka br bgn tdo..pastuh p hantar p futsal plak..penat dok ngantar dy neh...sini sana nak pegi..ohohoho
sebagai gantinya, sy yg kene jg atok..atok sy da tua, umo 83 tahun sakit ..dah x mampu nk jalan...uhuhu...

ms sy dtg tuh , atuk ad tetamu, so sy ddk la lepak bc novel yg x abes2 bc sejak sebulan lepas kat living room..pastuh ad aa pakcik neh lalu, tetamu atuk tu, tny sy amak sape pe seme,plg tokleh blah soklan dy, kamu neh yg tingkatan 4 tuh kan?? aiyark pakcik, tadi yg bawak kete depan pakcik tuh sape, takkan budak form 4 nak bwk kete plak..huhu, sy tersenyum kelat.. smabil jwb, bukanlah, sy dah tak skola da...waa waa waa, muka budak2 sgt ke ak neh~ sedih wo0 wo0 wo0

lepas pakcik tuh blah, atuk kata mau mandi..uhuh beratnya atuk sy, sy x terangkat dy, kesian atuk, maap ye atuk...tgu nenek sgt lambat balik, jam dah nak pukol 7, ayah dah call suruh balik sbb ad 'kondangan' kat umah sedara kat perepat...uhuhu, seb bek nenek balik..buleh la sy balik umah... pegi kondangan makan begedil nyam2 ...rebut sm kenit..hwa hahaha....kenit tamak!~suka gila kalo pegi kenduri kat rumah sedara yg neh, sbb kueh2 dy besh..lalallaaaaa


glosari :
kondangan means jemputan


---------------
penat lah, mau tdo tapi tak buleh2
huhuhuhuuu

hari ini hari Jumaat

10.5.08 di 02:57
Baa baa black sheep
have you any wool
yes sir! yes sir!
three bags full
one for my master
and one for the dame
and one for the little boy
who lives down the lane
rindu pada lagu tesebut
rindu pada zaman kanak-kanak
bestnya jadi kenit
kenit masih budak kecil
masih suci
masih tak tahu byk tentang dunia

kenit oh kenit
kau buat lawak lagi ye harini
dah lah masa org nak solat maghrib tadi
kau boleh buat lawak lagi ye kenit
nasib baik aku tak tergelak masa sembahyang kenit oi
kalau tak
kena sembahyang semula

kenit
kenit
kenit
esok pagi kau kene sekolah la kenit
pukul 7 pagi kata kau
kau kene ada kat sekolah
kem bestari solat ke hape ntah kau cakap tadi
kenit, ko pegi la blaja semayang ye pagi esok
jangan kacau aku mau tdo pagi esok

pagi tadi kenit
tetiba ko baik dengan aku lain macam
oh, rupanya kau nak suruh
aku tolong sign report card kau kenit
kad warna biru
aku teliti
cari tempat nak sign
tiba-tiba ayah keluar dari bilik
aku suruh ayah yang signkan
sbb aku punya sign tak cantik

oo0o kenit
patut la kau suruh aku sign
sebab kau da tak dapat nombor 1 mcm haritu
lawak la kau ni kenit
takut kena marah lah tuh
pagi2 kau dah buat lawak kau ye kenit
tapi mmg kau patut kene marah dengan ayah
kau main byk kenit
aku suruh kau hapal spelling
ayat hafazan sama jawi
kau pegi main lukis2 kat white board bawah cermin tuh
haha
kan kau dah kene kenit

eleh aku neh
macam bagus sgt
blaja pon malas
tapi takpa
ayah takyah sign kad laporan aku
lalalalaa
lain la kau kenit

------------------
oh,
aku ada kerja
idea dah datang
sambung buat kerja

TAG!! ketepek!!~

8.5.08 di 21:59
sejam lepas, semasa sy saje2 menegur cik kiddo di ym
dy berkata begini, sat oi, ko kn tag dgn ak...
cet!!!!

tag adalah seperti berikut....

7 facts about me

-saya pemalu..siyes!!
-saya jiwa kacau dan kosong
-saya suka tido
-saya tak suka orang cakap kasar ngan sy mcm nk ajak gadoh
-saya tak suka org tadak manners
-saya suka buat sound effect
-saya suka coklat

7 things that frightened me
-exams
-boys
-deadline
-tikus (xceli geli bukan takut..eww)
-kn marah ng mak
-failed
-dead

7 songs for the meantime
-soulmate by natasha bedingfeild
-ayat2 cinta by rossa
-jalan cinta by sherina
-cuba by faizal tahir
-lepaskan aku by hujan
-matahariku by agnes monica
-photograph by nickelback

7 phrases which i always said
-sepuk kang!!
-weh....
-cipan btol ah
-so??
-elelelee, tipu ah tuh
-mereng da neh
-bosan!!

7 valuables things for me
-family
-frens..
- i/c
-henpon, walau kedit low
-laptop ini
-camera ayah sy yg bakal sy amik!!(ngahaha)
-awak...(neh belum jumpa..wakakaa)

7 first times in mylife
-1st tyme beli brg mahal dlm idop : lepas spm b4 masuk pasum, beli henpon yg smp skang digunakan
-1st tyme bwk kete : masa blaja kat kelas memandu ah
-1st tyme pegi pulau : daftar diri kat usm penang
-1st tyme masuk asrama : ms form 1...oh ak ditinggal di pahang berseorgn
-1st tyme balik umah sndr sorang2 : ms form 2, pastu kene balik sndr teros...nyesal btol
-1st tyme dpt adik : umo 3 tahun
-1st tyme bc novel smp abis : ms f5, konserto terakhir...pastu rasa nak muntah...banyak gilaa..ar ar ar

7 lucky persons [ yg kena tag ni yeh]
-sape yg rasa dy lucky, ah, korang kn tag ah...
tapi sy nak tag kwn sy ah
cik iezat
cik nano
lagi 5, sape2 nak amik ah :)


aku tadak idea mau tag sapa...
lalallaalaa
sy neh bersikap terbuka :)

untuk kamu

di 02:49
tajuk : takut

saya takut akan kamu
takut kamu taksuka sama saya
takut kamu benci pada saya

saya takut pada kamu
takut pada anggapan kamu
anggapan kamu tentang saya
saya takut kamu anggap saya penyibuk
menyemak dalam hidup kamu
ada terselit dalam hidup kamu
padahal saya tak perlu ada pun dalam hidup kamu

saya makin takut dengan kamu
takut sangat sangat
takut akan menyusahkan kamu




------------------------------------

harap maap akan rapikan ini
tetiba 'dia' dtg
saya tak boleh buat apa
:)

macam mana mau buat renbo???

6.5.08 di 22:50
lallalalaaa
saya tadak idea ok mau tulis apa untuk entri kali ini
ohohoho
baiklah
seperti tajuk itu, saya mau ajar bgmana buat renbo atau pon pelangi

okeh2

1. memula pastikan korang ada program kedai gambar atau photoshop,
pastuh bukak satu new doc, sukati korang la nk buat besau ne saiznya

2. pastuh, tekan butang shape(keybod shrtcut : U ), amik ellipse tool
sambil menekan butang shift pd keybod, anda lukiskan bulatan tersebut ok, ikut suka la mau saiz apa.. butang shift tuh untk make sure bulatan tuh bebetul bulat, xda jd ellipse ka, lonjong ka..



3. selepas membuat satu bulatan, sila tukar kaler bulatan tersebut menjadi kaler merah..(lebih mudah jika tukar foreground kaler tuh jd merah ok) ye lah, warna pelangi yg pertama kan merah...




4 selesai membuat bulatan yang merah warnanya, tekan butang PATH SELECTION TOOL (KBSC : A ; cursor kaler itam), klik pada bulatan yang telah dilukiskan td. kemudian, tanpa membuang masa, terus copy, kemudian paste semula shape tersebut (KBSC : Ctrl C, Ctrl V)..selepas paste, sila resize bulatan tersebut (gunakan edit,free transform,KBSC : CtrlT) supaya menjadi lebey kecik drpd bulatan yg 1st...then, tekan butang SUBTRACT FROM SHAPE AREA(-)...
tadaaaa......kan dapat ring




5. selepas berjaya membuat ring pertama berwarna itu, kalao anda rajin, sila la buat byk2 kali, 7x je..tak byk pon(ulang step diatas,step 2-4), tapi warnanya diubah mengikut warna pelangi..
masih ingt lagi formula warna pelangi???? [rujuk bwah ok]

OR

if malas, copy jer layer 1st itu, kaler tukar2 la ye.pastuh ejas2 laa saiz ring2 kamu tuh (Ctrl T, free transform )



6. yeh, hampir berjaya...sekarang da dapat bulatan 7 warna...gegegge...pelangi biasanya separa bulatan, so...crop la ye...dapatkan separa bulatan tersebut



7. dah berjaya...tahniah
kalau x berjaya, cuba lagi


ini formula warna pelangi okeh
-FORMULA WARNA PELANGI-
maikel : merah
jeksen : jingga(oren)
kene : kuning
hantar : hijau
balik : biru
india : indigo
utara : ungu

glosari :
KBSC : keyboard shortcut


p/s : maap jika bhs melayu sy seperti bhs alien :)

kalo tak berjaya sgt2 plus malas mencuba, buleh amik je KAT SINI

sumber : http://www.vladstudio.com/es/photoshoptutorials/?36

Buat Semua Kawan-kawan

5.5.08 di 22:16
myspace code

untuk semua kawan2 saya
cik iezat, cik nano, cik kiddo, ad, kak fana, ean,ekin ding dong, haiza, nisakun, rumet
kosmate2, kawan2 sekolah...semua lah ye
yang tak tersebut pon ada
:)

Dimana __________?? (isi ruang dengan watak yg sesuai)

di 12:15
ahad yang lepas...petang itu, sedang saya dan adik lelaki sy berborak2 tentang lembu yg kami lihat di luar tingkap, di tepi jalan di sebuah kawasan di rawang, tiba-tiba, van yang sedang dipandu laju oleh ayah berhenti...'sreeeetttt..' (lebey kurang ah bunyi tayar bergeser ng jalan tar yg berdebu tu)

woa!! kenapa benti tetiba neh?? sy tny kat ayah
tetiba, tanpa soalan sy dijawab pon
mak saya keluar dari keluar van, terus berlari2 anak ke belakang van
ada kura-kura rupanya... tak sampai 20 saat, mak saya masuk balik dlm van sambil membawa kura-kura di tangannya. si kenit yang berada di seat depan, teruja..melompat2..gembira betul tgk kura-kura..tapi dia bukan berani sgt mau pegang, sebab dulu kene giget ng kura-kura, masih fobia agaknya dia
...

perjalanan kami diteruskan,
van ayah memecut laju ke sekolah adik di rawang, malalui jalan tanah merah yang berdebu, terasa macam rally pon ada,muehehehe..adeke rally naek van rusa?? bagi mengurangkan kebosanan kami (bosan gila sbb mak tkr channel radio, ntah channel negara afrika mana ntah dy pasang) , saya dan adik lelaki yg muda 3 tahun dr saya pon berborak2 tentang kura2 yang baru mak kami amik tuh...borak2...mula la dua-dua merapu ....

berikut adalah rapuan-rapuan kami :

#1
adik saya kata, kura2 tuh, dy ngah odw p kedai beli belacan yg mak dy kirim untuk msk makan mlm tuh.. mesti mak kura2 tuh sekarang ni tgh risau kerana anak dia x balik2..bukan dia risau akan anaknya, ttp risau akan hidangan makan malam yg belum dimasak lantaran tiada belacan..
saya tergelak besar mendengarkan kemungkinan yang adik saya utarakan itu.

#2
lalu saya pon teruskan imaginasi, sedang membayangkan polis2 kura2 sedang menjalankan gerakan mencari kura2 yg hilang itu, mencari dari rumah ke rumah, menampal poster seperti poster'dimana sharlinie ' itu..dan mungkin menjadi headline berita2 utama negara kura2...
(tiada kena mengena dgn mana2 pihak ok,hanya lintasan di kepala saya :D )

#3
kami juga berpendapat, mungkin kura-kura tersebut sedang odw mau jumpa aweks nya di seberang jalan itu..kasihan kasihan...takpe encik kura2, akan kami jaga kamu...bg mkn kangkung hari2 smp kamu kembung...

begitulah kisahnya...so sekarang ni, tempat kosong mau diisi dgn watak apa??
huahauhauuha...sah2 la encik kura-kura la kan
apelaa!~

kura-kura itu sedang tidur agaknya dlm kolam diluar rumah ni...
nite2 encik kura2

glosari:
odw maknanya on the way

Doa :)

4.5.08 di 04:27
" Ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik untukku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan..

tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan islam.."

Akhirnya..

di 03:48
yay!
dapat sejumlah wang, upah untuk cuci kete 2 bijik kat umah neh

lagi 1
gembira jugak
sebab p jalan2
akhirnya....kebosanan ku berkurang sedikit
to sikit je r

hua hua

huhuhu...idea...mana kamu, datang sini meh!!!~

Creative - part1

2.5.08 di 00:24

Imaginasi itu amat penting!!!
yaaa!!! amat2 penting
tengok saja la gambar2 kat bawah neh
cmne drg leh terpikir ntuk wat cawan bercorak gitu??
if bukan dengan bantuan imaginasi
hehe
dalam cerita BARNEY...
ayat yg sering diulang oleh barney
'use your imagination'
waaaa~
amazing!!~

-mak aih!! besau gigi-


-real!!~-

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com