Showing newest 16 of 20 posts from 06.08. Show older posts
Showing newest 16 of 20 posts from 06.08. Show older posts

Culikan

29.6.08 at 01:27
Sabtu, huha
Hari bosan saya berlalu dengan lambat. Sambung tdo lepas subuh macam selalu.. walaupun sudah tak larat mau tdo lagi.. Pukul 11++ mak paksa bangun pergi beli butter dan buat cupcakes ..


Mak paksa jugak, buat untuk si kecil NABILA (hoh, tiru nama aku.. arghh)
Untuk nabila's 1st bday, anak makcik (adik bongsu ayah)
Pegi beli dan buat2 sampai kol 3 baru habis semuanya, ahah.. Berjaya!~

Then pergi umah nenek, celebrate.. Makan kek choc indulgence.. Ahah!~ secreto resipo pny kek.. Hoh!~ Memang puas!!~ Kek aku tak laku la kan, nak banding ngan kek mahal tuh.. Huhu

After makan-makan, aku dan adik, telah menculik nabila dan bawak jaaln2 nek kete, Oh!~ sungguh bagus, tidak menangis lansung, bagus2.. Balik dari berjalan2 culikan tuh, terus amik beg baju nabila, n bawak balik umah aku.. Hua HAHA
Makcik x nak kasi memula, tapi last2 dy bagi je..
Besh !~

Aku mandikan nabila dlm sinki dapur , sebabnya, dy sejuk bila aku nak mandikan dy kat tulet, marmar tulet tuh kot yg sejuk.. Pas dah mandikan dia, bagi dy jalan2 kat lua umah, Oh!~ Dia berjalan2 macam x penah jumpa tanah, sungguh kesian.. Kebetulan, mak aku belikan dia kasut baru, cumel2 ada bola kecik kaler silver, dia batak tgk bola2 tuh..
Dalam 7++ makcik datang menuntut anaknya yg mengantuk tuh. Bagi je lah kan, sebabnya anak orang..

one thing , nabila neh, x minom susu tepung tuh.. Patotla bila mak aku sua botol susu berisi susu dy tamao.. Bila ganti dgn air masak, br dy minom..


** Gambar takdak sebab camera takdak.. Huk huk huk

Kanak-kanak

27.6.08 at 01:19


Uhoh! Takda idea untuk menaip..
Hanya gambar sepupu yang masih bawah umur, yang di capture oleh adik saya, tapi di edit lalu menjadi hancur disebabkan saya.
Gambar semasa wedding akak sedara


ahmad sobirin dan lollipop


ainin Sofea & bunga manggar




Aqil nakal & Anas sinchan


Firdaus yg blur

Kamu Mahu Jadi Apa ??

25.6.08 at 03:54
' Kalau kamu mampu jadi sesuatu, kamu mahu jadi apa?? '


Soalan ini, jawab masing masing lah ye, sebab rasanya setiap orang ada jawapan sendiri, ianya terlalu subjektif untuk dipersoalkan.
Kalau saya diberi pilihan, saya mahu jadi air. Air yang suci.
Kenapa mesti air??
:ha?:


Hehehe, pertama sekali sebabnya air boleh berada dalam 3 keadaan fizikal. Cecair (paling-paling utama) , pepejal dan akhir sekali gas (wap).
Maknanya disini, air itu boleh berubah sifatnya, menurut keadaan sekelilingnya, kan bagus begitu.. Boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, bergantung pada keadaan sekelilingnya.
Yang perlu ada, hanya haba dari sekeliling (haba pendam etc, sila rujuk buku kimia SPM masing2 :P )

Apa lagi istimewanya air??
Air itu menyucikan, membersih. Bayangkan takde air bersih.. Huaaa, tak mandi, panas-panas.. Mula la berpeluh..(Air jugak ni), lama-lama jadi busuk. Eww!~
Kalau tak ada air, macam-macam urusan akan tergendala.. Pakcik makcik yang bukak kedai makan mesti tak boleh berniaga, sebabnya, macam mana nak masak, nak buat air untuk dijual, nak cuci pinggan, macam-macam lah..
:sorry:

Manusia sendiri pon, terdiri daripada air. 70% daripada manusia adalah air .. Bumi yang kita diami juga , 2 per 3 daripadanya adalah air. Nah!~
Bayangkan kalau bumi ini kering kontang, tak ada air.. Bukan sahaja manusia akan mati, pokok-pokok, haiwan semua pon akan mati, even mikroorganisma juga. Iyelah, air adalah sumber penting bagi semua hidupan atas bumi ni..
Kalau semua air dah kering, maka tak ada lah lagi air terjun juga laut untuk manusia pergi bermandi-manda , ikan-ikan dan hidupan laut pun semuanya tak ada tempat tinggal. Oh , tak sanggup saya bayangkan..

Apa lagi tentang air yang belum saya persoalkan..

Fikir dan berfikir lagi..
:ha?:

Oh, air dan perasaan..
:inlove:
Yang ini mungkin sedikit terkeluar skop air bersih, tapi saya nak tulis juga.. heheh
Satu perkara yang begitu sinonim, air mata itu biasanya melambangkan kesedihan dan keperitan. Namun, hakikatnya tak selalu begitu. Tangisan tak bermakna seseorang itu sedang sedih, boleh jadi dia gembira ataupun terharu.
Pernah tengok baby menangis?? Adakah sebab dia bersedih?? Tak jugak, kadang-kadang baby nanges sebab lapar, tak selesa , ada jugak yang mengada-ngada, tak boleh mak dia tinggal kejap..

Lagi, air dan sistem badan manusia.
Hari-hari pon kita berpeluh, dan membuang air.. Penting tuh, nak buang toksik dalam badan. Kalau tak, badan boleh rosak.Toksik berkumpul. Pastu boleh sakit.
Haish~ dah merapu air lain neh.

Ok lah.. Rasanya itu sahaja hujah saya, kenapa saya mahu jadi air
:D

:inlove:

Untuk Kamu_ii

22.6.08 at 18:00

Melihat dari jauh
mendengar pada bisik angin
merayu pada hati
untuk tenang
kerana
aku tahu
kamu bahagia




TAMMAT


:ahaha:

Personaliti Saya

at 07:33
Ehehehe..
Post yg ke-3, kedua berturut-turut, tentang result personality test..
Ohoh, saya memang suka buat survey tentang diri sendiri..
Sebab itu, ada link BLOGTHINGS.COM kat bawah tu, sebabnya, saya memang suka jawab survey-survey merapu macam ni..
:inlove:

Okeh, enough~
Kali ni, bukan personality test dari BLOGTHINGS.com tapi dari mypersonality.info .
CHECK out the results ..



Click to view my Personality Profile page

Sedikit penerangan tentang result saya lah kan ...

Introvert - Seorang yang self-based, senyap dan biasanya tak berapa minat dengan social activity.. Prefers untuk menghabiskan masa sendirian,tak pon dengan closed one, senang kata, suka menyendiri laa..
Komen saya : Betulla sangat-sangat lah yang ini, saya memang seorang yang introvert. Lebih senang untuk menjadi lone ranger

Intuitive - Untuk intuitive, ia lebih ke arah bagaimana seseorang itu memproses sesuatu data. Orang yang bersifat intuitive, fokus kepada masa depan dan kemungkinan-kemungkinan yg bakal berlaku.Biasanya mereka berfikir secara abstrak.
Komen saya : Kadang-kadang je saya fikir pasal masa depan, tapi saya tak berapa suka memikirkan pasal masa hadapan, juga tak suka merancang.. Sebabnya, rancangan yang saya buat biasanya tak menjadi

Thinking - Yang ini pulak, ia merujuk kepada cara seseorang itu membuat keputusan. Mereka yang mempunyai sifat ini merupakan seorang yang objektif dan membuat keputusan berdasarkan fakta. Mereka juga menilai sesuatu berdasarkan logik.
Komen saya : 70% betul lah yang ni.. Dah jadi budak yang blaja sains, asik based on logic and facts, sebab tu la kot.. Kurang pasti mana datangnya..

Perceiving - Seseorang yang perceiving; bersikap fleksibel dan lebih bersikap spontan.. Berfikir secara random dan suka untuk membiarkan sesuatu supaya menjadi open ended ( kiranya mcm takde keputusan tetap la)
Komen saya : Memang seronok untuk menjadikan sesuatu perkara itu menjadi open ended, biar semua terus berfikir dan terus mempersoalkan.. Spontan?? Satu perkara yang seronok, ye lah, hidup perlu ada suprise :)




** Nota kaki : Buat label baru : personaliti
@gatau

Study ape ??

21.6.08 at 10:32



Your Learning Style: Curious and Brilliant



You are a very abstract learner. You can grasp even the most complex theories



You Should Study:



Astronomy - telah lama ku impikan untuk study bidang ini

Biology - Tengok topic laa... Ada yang besh, ada yang aku memang tak boleh pikap

Chemistry - Subjek inilah satu satunya subjek sains tulen SPM yang aku skor baik..

Computer Science - Nak !! Nak !! Nak saangat belaja bidang ini, tapi terhalang.. Ayah ku tak bagi.. ( I'm trying to be a GOOD girl by following what my daddy said to me.. Huk huk huk)

Linguistics - Arrr??? Lingguistik.. Bahasa Thai ku khanthoii , bahasa Arab ku dah lupa banyak.. English ku Broken... hu hu hu

Mathematics - Lagi satu... Arrr ???

Philosophy - Owh, sy mmg penuh dengan Falsafah, sampai ada yang muak dengar saya berfalsafah

Physics - Hoh?? Arr ~ Fizik?? Adehai, kene 'sumpah' dengan subjek neh ade laa... Nonsense sungguh!~

Psychology - Saya mmg sedikit psiko




Apesal takde pon, food technology ??
Hua hua hua... Pedulikan, ini cuma quiz yang random ..

Makhluk Bulat Warna Biru

20.6.08 at 04:57

Dulu, kalau kecik-kecik, asal dah maghrib je, petang2 siket da mula masuk umah, mandi siap-siap, pastu duduk depan tv, tunggu cerita kegemaran mula..
Tunggu cerita kegemaran mula, apa lagi kalo bukan 'an an an, tottemodeisuki.. DORAEMON'
Ohh~ Sangat suka cerita itu.. dan aku sering juga berangan angan untuk ada doremon sendiri. Ah~


Doremon punya pasal, aku pernah gaduh dengan adik lelaki (yg bwh aku, yg paling rapat ngan aku).. Gaduh teruk2 punya, sebabnya, dia kata, aku habiskan doremon..
Aku da panggil dia masuk, tengok tv sama-sama, tapi dia taknak, dia nak main lagi, bila dia masuk, doremon dah abis.. Aku jugak yang disalahkannya,HAish!~
:argh:

Okeh, cukup aku merapu pasal doremon.. Arini aku nak cerita sedikit sebanyak sejarah doremon.. Pedulik la, korang da tau ke belum, aku nak bagitau jugak.. wehehehe
:ahaha:

Doremon yang berwarna biru ni, asalnya sebuah robot yang direka pada abad ke 22, iaitu lebih tepat lagi pada tahun 2112. Semasa proses pembuatan robot, terdapat satu robot telah kantoi di tengah jalan (rosak aa, doremon lah tu).

Maka, dia telah dihantar ke Akademi Robot untuk dijadikan robot rumah (Bibik laa, senang ckp). Tapi, masalahnya, masa kat akademi tu, doremon dah failed semua ujian-ujian yang diadakan, kesannya, dia telah dilelong, dan dibeli oleh satu keluarga yg miskin.. Sejak hari tu, dia berkhidmat dengan keluarga tu.

Suatu hari, ketika doremon sedang tido, ada robot tikus telah makan telinganya.. Haha, tu la sebab doremon takde telinga.. Bila dia tau yang telinga dia da ilang kene makan ngan tikus, doremon nanges-nanges, sampai cat badan dia yang asalnya kaler kuning, dah tanggal, tu yang dia jadi kaler biru..
:galit:

Macam mana pulak doremon boleh sampai kat zaman nobita?? Aha!! Rupanya, doremon telah dihantar oleh great-great-grandson(cucu kepada cicit) nobita yang bernama Sewashi. Kiranya, Sewashi nak suruh doremon tolong nobita untuk ubah nasib dia, supaya generasi nobita tak susah macam yang dihadapi sewashi..

Doremon wujud dalam hidup Nobita, pada Tahun Baru Jepun tahun 1969. Doremon keluar dari laci meja nobita (mesen masa, musti tao punya), dan sejak itu, doremon hidup temankan nobita yang suka tido tuh..
Baik hati sungguh doremon, asik tolong nobita, dengan macam-macam gadget hebat yang ada dalam poket dia tuh..

Poket empat dimensi doremon tuh sangat hebat, dan menurut satu sumber yang aku baca, ada dlm 4500 gadget (waaa... kekaguman)
Dan, gadget-gadget yang basic ada dalam tuh adalah :

1. Buluh terbang (takekoputa) - yang membolehkan mereka terbang, dan alat ni doremon selalu
guna bila dia carik nobita.

2. Pintu Suka Hati (dokodemo door) - Boleh pegi mana-mana yang mereka nak, personally, aku
nak pintu neh.. Besh besh.

3. Mesen Masa (Time machine) - Buleh travel ke masa depan, masa sebelum, bila-bila masa lah.
Lokasi : laci meja nobita.. Travel2, ni pon aku nak jugak.

4. Lampu pengecil - Boleh kecikkan objek bila kita halakan cahaya torchlight tu kat barang yang
kita nak kecikkan.. Besh jugak, senang nak pindah ke, balik kampung ke, buleh bawak
semuanya.

Hurm, ape lagi ye pasal doremon...

OH!~
Ending doremon ada banyak versi (menurut sumber)

Tapi, aku cerita satu je la (lain, sila baca sumber..)
Pada satu hari, Nobita balik dari sekolah nanges-nanges, ye la, kene buli(mcm biasa).. Balik-balik je, masa dia nak cerita kat doremon, Nobita tgk, doremon da tak bergerak.. Ape lagi, cuak da dia.. Nobita sepak-sepak, tumbuk-tumbuk doremon, tapi doremon tak nak jugak bangun.. Nobita pon nanges dengan sangat teruk. Huhu.. Sedang dia dok nanges, dia teringat untuk pergi ke abad 22, naik mesen masa..
Nobita pon travella, ke abad 22, jumpa doralin (adik doremon yg cumel). Doralin kata, battery doremon da flat, tu yang doremon dah tak gerak-gerak lagi.. Biasanya, battery backup ada kat telinga robot kucing, tapi, memandangkan doremon kan dah takde telinga, battery backup tu dah takde.. Bukannya tak boleh, ganti je battery baru, tapi, kalau buat macam tu, nanti, semua memory doremon dengan nobita akan terhapus.. Ohh~ Sayang-sayang, 1000x sayang..
Disebabkan peristiwa diatas, Nobita telah berjanji untuk study hard, nak betulkan doremon kesayangannya.. Dia study hard gilak, sampai la dia jadi CEO satu syarikat Artificial Intelligence (AI).. Masa tuh, dia da kawen ng Shizuka (awek impiannya sejak kecik, yang sering nobita intai mandi, hoho).. Dengan kebijaksanaannya, Nobita berjaya buat satu cip, yang contains semua memori doremon.. Pastu dia tukar bateri, masukkan cip tu.. Jeng jeng jeng ... Doremon pon hidup semula.. Dan mereka bersama semula.. Hepi hepi....
:woooh:

Sumber :
1. Doraemon (Wikipedia English Version)
2. Doraemon (Wikipedia, BM)
3. The Doraemon Source

Sakit Mental ? Ne no Ne no

18.6.08 at 04:20

Pukul 3 pagi(lebey kurang), saya melawat ke blog baru En Malek , baca-baca posting pertama dia.. Oh dia kata dia ada sakit autisme.. Boleh percaya ke ko neh?? Setakat simptom-simptom tapi tak pegi jumpa doktor, mana la ko nak tau betul-betul sakit ke tidak..
@gatau

Tertarik dengan penyakit autisme, saya pon melawat pakcik Google, bertanyakan tentang autisme.. Ada la 2 3 artikel yang saya jumpa, tapi saya lebih tertarik dengan penyakit skizophernia (nak sebut pon terbelit lidah, mcm style je kan nama penyakit neh..)

Maka, bermulalah pencarian saya tentang penyakit skizofernia ni...
Skizofernia merupakan sejenis penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.
:hilo:

Pesakit-pesakit skizofernia mungkin dapat mendengar bunyi yang orang lain disekelilingnya tak dapat dengar ataupun merasakan bahawa ada orang lain yang mampu untuk membaca pemikiran mereka, cuba untuk mempengaruhi tindakan mereka ataupun menganiaya mereka..

Simptom-simptom bagi penyakit ini dapat dibahgikan kepada tiga kategori iaitu Simptom positif, negatif dan juga kognitif.

  • Simptom positif : unusual thoughts and perception termasuk halusinasi dan delusi (cakap sorang-sorang la, nampak macam-macam laaa) .. Simptom ini agak mudah dikesan, iyelah, orang normal adeke nak cakap sorang-sorang (lainla kalau org tu mengomel)

  • Simptom negatif : hilang atau berkurangnya kebolehan bercakap atau menyatakan perasaan, dan macam tak enjoy hidup merupakan antara simptomnya. Untuk simptom ini agak bahaya ,kerana ia sering/boleh disalah anggap sebagai kemurungan biasa..

  • Simptom kognitif : ia berkaitan dengan masalah seperti perhatian, sesetengah jenis memori dan fungsi-fungsi otak yang lain yang menyebabkan anda susah untuk organizing atau planning. Simptom ini juga sukar untuk dilihat sebagai sebahagian daripada penyakit ini.
Simptom-simptom psikotik (halusinasi dan delusi) biasanya dapat dilihat pada lelaki di usia hujung remaja dan awal20an dan kalau perempuan pulak semasa umur di pertengahan 20an ke awal 30an. Simptom tersebut jarang berlaku pada mereka yang umur lebih 45 tahun atau sebelum baligh, tapi, ada jugak kes yang melibatkan budak berumur 5 tahun (kalau nak kene, dah nak buat mcm mana kan). Dan yang penting, penyakit ini boleh menyerang lelaki atau wanita pada kadar yang sama tanpa mengira etnik (agak FAIR pemilihannya..wawawawawa)


Bahagian otak yang terlibat dengan penyakit skizo

Lastly, boleh ke sakit skizofernia ni dirawat ??
Urm, setakat ini, belum lagi la, tapi dari dulu, dadah telah digunakan bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut, tanpa boleh menyembuhkan penyakit ini.
Selain itu juga, psychosocial treatment juga digunakan bagi membantu mereka yang menghidap penyakit ini mengatasi masalah yang mereka hadapi akibat penyakit ini..
(Maaf, saya belum habis baca part ini )

:eheh:

Rujukan dan artikel :
  1. National Institute of Mental Health
  2. Artikel : Sakit Jiwa Tiada Kaitan Hantu, Saka


***
Sila rujuk pakar, ini sekadar info bacaan ringan oleh saya yang tidak bertauliah.. Hu Hu Hu

aku INGIN

17.6.08 at 00:33
aku ingin
jadi yang terbaik

aku ingin
jadi yang berguna

aku ingin
gelak tawa
bersuka ria
tanpa duka

aku ingin
lebih tabah
lebih tenang
lebih dekat
pada-Nya

aku ingin
jadi yang terbaik
di mata-Nya

aku ingin
hidup dengan falsafah
jadi seorang yang berguna
yang berjasa

aku ingin semua itu
aku inginkan
aku berharap
dengan sangat
:sigh:



****
aku rasa, semua orang pun nak jadi yang terbaik, terbagus bla bla bla
kalau taknak, takpe,, keinginan masing-masing
terpulanglah


:anongnangyari:

Fairytale

16.6.08 at 18:04
True Love and Other Lies & Mp3 player yang da HILANG

Buku ni aku beli beberapa bulan yang lepas, selepas menonton cerita CUCI dgn Haiza..
Ambil masa juga untuk aku habiskan baca buku ni, dalam 1 bulan lebih, sebabnya, aku ada banyak hal nak diselesaikan, tambahan pulak masa tuh da dekat nak final exam.. Maka, buku ni terpaksa ak simpan dalam laci meja study, terbiar sepi sorang sorang.. Luckily , awal cuti haritu, dapat jugak aku habiskan baca buku ni.. Not bad la..

Aha! Mari bercerita tentang buku ini..



Buku ini menceritakan tentang seorang perempuan yang menganggap dirinya biasa-biasa sahaja(maksudnya, takde la gorges mana, typical, normal woman) yang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang ditemuinya dalam kapal terbang, sms dy nak travel untuk urusan kerja.. Tanpa dia tahu, lelaki tersebut adalah lelaki yang sama yang baru sahaja break dengan kawan baiknya yang gorjes (dari segi eppearance dan juga kerjaya serta kehidupan) .. Banyak jugak la konflik dalam cerita ni, terutamanya mcm mana nak bagitau kat kawan dia tentang lelaki tu tak sukakan kawan dia lagi.. Macam-macam dia cuba buat untuk menjaga hubungan dengan kawan baik dia sampaikan dia tersepit di tengah-tengah.. Tu belum masuk lagi part jiran dia yang merupakan seorang yg agak 'tidak normal' suka pada dia dan menjauhi dia disebabkan dia bercinta dengan lelaki tu..

Tapi akhirnya semua masalah dapat dia atasi dengan baik, dan dia hidup bahagia.. Benci betul aku, novel musti hepi ending.. Padahal real life, susah betul nak jadi macam dalam novel.. Happily ever after?? Itu frasa yang biasanya aku baca dalam kisah-kisah fairytale masa aku masih seorang kanak-kanak yang tertarik pada buku-buku cerita berwarna dan kisah-kisah tipikal macam tu.. Bila dah mula melihat dunia dan mula memahami keadaan sekeliling, baru aku tahu yang sebenarnya fairytale tu, macam mula menipu aku.. Susah nak dengar kisah orang yang hidup macam dalam dunia fairytale tu, yg endingnya HAPPILY EVER AFTER.. Benci pulak aku dengan phrase tuh!~ Sape la yang cipta cerita-cerita dongeng tu.. Huh!~

***
Mp3 player tu da hilang hampir sebulan.. Aku sedih amat sangat kerana, pasti lepas ni, ak akan kebosanan dalam bas odw balik ke uni.. Tak ada lagi mp3 player menemani.. dah la kaler hijau . Hua!~


@bye

Hidup ini Perkongsian ~

14.6.08 at 15:10
R : 'Kalau kau ada lembu seekor, kau boleh ke habiskan semuanya??'

N : 'Buleh, makan sikit2, simpan dalam fridge.. Hari ni sikit, minggu depan sikit.. Abes la lama lama'


R : 'Tak busuk ke??'

N : 'Ala, nama pon simpan dalam fridge, tak busuk la...Iye'

R : 'Konfirm ke ko neh?? Pasti ??'

N : 'Okehla, aku kalah.. Daging tu akan busuk, even simpan dlm fridge.. Akan busuk,
lama mana sangat la buleh simpan kann'



Aha, ape la cerita pasal daging kan.. Ingat ni raya korban ke, daging banyak banyak, simpan dalam fridge.. Harini masak black pepper, esok masak sup. Macam macam la, sampai tahap kolestrol pon da naek..


Macam ni, semalam borak- borak dengan seorang kawan yg lama menyepi, dia buat ujian atas saya.. Waaa, menjadi bahan experiment!!~ Uhuh, sampai x tedo saya tao~
Apa yang dia interpret pasal saya, mostly betul, dia kaji personaliti saya.. Argh!~ Tak suka jugak, tapi, menda betul, sy admit je la..
Tapi, at the end, rupanya, ape yg dia tanya tanya tuh, reflect kisah dia.. Kisah kisah dia buat saya berfikir panjang, buat saya rasa betapa saya beruntung berbanding dia..
Sebabnya, saya tak diuji berbanding dia, ujian ujian yang saya terima semuanya ringan, berbanding apa yang dia terima.. Tapi, saya yakin, Tuhan takkan turunkan satu satu ujian yang saya tak mampu lalui.. Walaupun masa ujian tu dikenakan keatas saya, saya rasa lemah, tak kuat, rupanya, saya lupa, ada orang yang lagi kuat ujiannya, lagi berat bebanan yang Tuhan bagi. Maha suci Allah, sebab kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu..

Tapi, apa yang pasti, sepanjang saya berborak dengan dia, saya berfikir.. Walau saya asik kene hentam je, sebab sikap degil saya yang tak mahu berubah ni, saya pedulik apa, sampai satu tahap, betul jugak apa yang dia cakap pada saya.. Masalah untuk dikongsi, bukan untuk dipendam sorang sorang, solve sorang sorang.. Kan da kene brainwash.. Lama jugak, dari pukul 3 lebih sampai pukul 5.. Uhuh.. Abes tu mcm mana, pada saya, buat apa saya nak susahkan orang lain pasal masalah saya.. Tak baik susahkan orang, tu yang saya percaya..

Tapi kawan cakap, 'Ko borak ngan aku, ada ko rasa terbeban?? Bila ak cerita kisah aku pada kau, masalah masalah aku, kau rasa terbeban?? '
Saya jawab 'tak,ak biasa je. Malah, aku rasa beruntung sbb dapat ilmu dapi ko. Ko da cerita kat aku, satu kisah benar, kisah untuk jadikan panduan hidup.. Jadi satu guideline untuk aku.. '

Boleh pulak lepastu, kawan saya bagi ayat-ayat yang semacam mahu perli saya, katanya ' tgk! bukan semua masalah tu, bila kau ceritakan akan membebankan, macam aku, aku cerita kat kau, kau dapat manfaatnya jugak kan.'
Ah, dia nih, buat aku tersepit dengan ayat sendiri.. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku, kenapa mesti ceritakan pada orang..

Sampai satu tahap, kawan macam da putus asa, untuk meyakinkan saya untuk berkongsi apa yang saya lalui.. Saya tak mahu cerita, tolong jangan paksa okeh..
Ramai dah marah saya, sebab saya tak mahu kongsi masalah dengan mereka.. Mereka kata apa gunanya kawan jika takmahu berkongsi.. Ah, saya tak mahu, saya mahu tetap dengan pendirian degil saya itu..

Tapi, ayat last kawan saya, buat saya berfikir panjang.. 'Kau jangan sampai jadi macam aku, sia sia je hidup!~' <<>Uhuh, tajam, menusuk sampai jantung, sampai hilang mengantuk!~ Totally!!~
Itu yang buat saya berfikir fikir hingga sekarang~


***
Maaf jika rapuan terlalu kuat.. Ataupun jalan cerita sukar difahami..
Tapi, saya memang begini, gaya penulisan sesuka hati.. Harap harap ada lah manfaatnya
:wave:

HAPPY BIRTHDAY UNTUK IBU SAYA !~

13.6.08 at 15:06
Cuti lama membuatkan aku lupa hari dan tarikh!~

Ahah, rupanya hari ini 13 Jun 2008
Ye! Tarikh penting...
Happy Birthday buat ibu saya.. Umur ibu saya sekarang sudah 44 tahun..
Thnx 4 evrythng ibu!~
Luv ya!~
:inlove:


ibu & ayah during ayah convo
-saya tiada di tempat kejadian.. hua hua hua-

Dulu dan Sekarang ~

at 02:14
:woooh:

Lalala... Sedang aku khusyuk membetulkan iklan yang adik aku buat, (iklan kedai kain) , ttbe aku terasa sesuatu.. Ahah!~ Rasa nak p main selipar kat lua.. Hua hua hua

Pusing tgk jam kat atas tv, Oh, da pukul 2 pagi, gila ke hape nak p main baling selipar...
Alang alang dah teringat pasal game baling selipar, aku teringat jugak sama teng- teng juga main getah.. Ahah, wondering, budak sekarang main lagi ke permainan mcm tu ??


Mainan baling selipar neh memang mengasyikkan betul. Main ramai ramai waktu rehat masa sekolah rakyat dulu, lawan antara kelas.. Masa main da x hirau laki ke pompuan.. Teammate ohh.. Main kat court takraw.. Mmg besh abes la... Paling besh, kalo dapat baling orang , pastu kene kepala ke, blakang ke, besh besh... Selipar paling besh buat baling, adalah selipar jepun tat sing tuh, yg tebal, berat tuh.. Pergh, penah sekali kene baling, berbekas jugak la... Tapi kaver macho ah, takkan mau nanges kan, gelak2, sambung main.. Kalao dapat buat balik menara selipar tuh, mmg terasa diri cam hero laa, dapat markah untuk kumpulan.. Kira berjasa gila laa
:astig:

Lagi satu permainan yang aku sangat suka main masa sekolah rakyat dulu, main bot selipar.. Tapi permainan neh hanya buleh main waktu hujan lebat.. Kelas aku dulu atas bukit, tepi kelas ada tangga, so kalo hujan lebat, longkang tepi tangga tuh, air dalam tu laju, macam air terjun, masa neh, mmg selalu la, wat keji, amik selipar kawan, buat jadi kapal, selalunya kawan yang jenis cengeng la jadi mangsa.. Hua Hua Hua
:devilishgrin:
Lumba ngan kawan lain.. Wah wah bes giler.. Laju Laju Laju

Lagi ape ek aku main masa sekolah??
Pikir.. Pikir..

:ha?:

Aha!! Teng teng adalah feveret!~
Nak main teng teng, kene pegi kutep kapur dalam longkang, takpun pegi bodek ustaz, mintak sebatang dua buat stok... Lukis kat blakang kelas sblum kelas mula, bila da siap keje, buleh pegi main.. Wahaha, kelas aku besar, blakang buleh wat port teng teng.. Tak pon, kalo tak main teng teng, kitorang main getah.. Lompat sana, lompat sini. Selalu pilih team tinggi tinggi, sebabnya nanti, kalo team lawan main, kasi dorang tak lepas lompat yg takat kepala.. Strategi yang biasa la neh

Tapi, game paling best adalah peperangan menggunakan getah dengan kelas sebelah.. Masa tuh, kitorang kene pindah bangunan baru, bangunan tu ada 2 kelas je pon, kelas aku ngan kelas sebelah.. Pemisah antara kelas kitorang plywood.. Budak laki pegi pecahkan, buat lobang.. Kitorang pakat2 satu kelas, kumpol duet, beli getah sayur tu, adala dlm 2 hengget..
Pastuh, kitorang bahagi2 kumpulan, ada yg tugas dy pintal2 getah jadi cm getah lastik cicak tuh, ada yang lipat kertas kecik kecik buat jadi peluru.. Aku jalan2 je, sibuk sana sini, test2 peluru la kunon..
Bila semua da prepare siap mcm askar nk p perang, maka perang pon bermula..
Lawan ngan budak kelas sebelah, wahaha!~ Best2.. kebetulan ustaz sama ustazah mesyuarat, sakan la kitorang perang... Lari2 lua kelas pe seme, lastik ikot tingkap aa, serang hendap laa.. Macam2 taktik la buat.. Siap kwn aku lukis peta, Strategi nak serang ikot mna aa, plan A.. Plan B.. macam2... Akhirnya, kelas kami menang, disebabkan kelas sebelah byk injured... wakaka
Pastu, dedua kelas kene marah, sebab pecahkan dinding bangunan baru, main perang perang yang menyepahkan kawasan kelas, dengan peluru kertas kecik2...
Tapi aku puas ati la, main tu mmg besh..
@ayuk


****

Back to reality. Dah hampir 10 tahun lepas aku main menda menda neh, la neh mana ada org nak main mende macam tuh dah. Teng teng pon tak tau apa...
Asik asik PS2.. Tu je r yg ak dgr adik2 sedara aku sebut.. Takdenye nak main parit ke, tangkap ikan ke.. Paling tradisional yg ak pnh tgk derang main pun, main wau.. Tu pon beli...
Hua hua hua...

Hari yang sedikit gembira

12.6.08 at 01:50
POSTER

Akhirnya berjaya menyiapkan poster untuk kak fana (senior yg dulunya jiran sebelah bilik) .
Mengambil masa satu hari la jugak, termasuk waktu-waktu kecederaan, ak g chatting2 kat YM sambil-sambil buat poster .. Kalo direct buat, mebi leh siap cepat kot , tapi paham paham je la, tak buleh stress stress masa keje, buleh gila..
:ahaha:

Saangat gembira kerana kak fana berpuas ati dengan hasil kerja aku yg tak seberapa itu.. Eheh, jgn bangga diri, Tuhan x suka okeh.. Tapi aku x berapa nk puas ati, sebab nampak cam serabai pon ada, ntah la.. Kak fana dah suka, ak mls pikir lagi dah.. Semoga poster ini mendapat approval daripada advisor kak Fana, Dr. Wan..
:blush:

-inilah poster yang dibuat untuk kak fana-


DRIVER BAS

Apeke sengal aku neh kan.. Takdak keje, p donlot game BUS DRIVER.. Main game neh layan gak, bawak bas.. Laju lagi yehh.. Kalo bawak mematuhi peraturan jalan raya dapat markah lebey, ah, pedulik ape aku, bukan buleh cash out jadik duet (ayat orang terdesak takda duet)
:ayokona:

Tapi besh jugak aa men game neh, lagi lagi kalo brek mengejut (suka suka ati aku je) , kalo brek mengejut, nanti org dlm bas jerit2... Ahaha, suka dgr drg jerit, cam menyeksa...
:scream:

Target aku skang neh, bawak bas double decker kaler merah tuh.. Belum sampai level tuh lagi, bas sekolah da bawak, bas pelancongan da bawak, tinggal nak bawak bas double decker je..
Tapi adik aku main lagi best, dia terbabas masuk gaung, sampai semua penumpang mati, markah jadi negatif.. Kalo real world, mauny dah kene hukuman gantung sampai mati sbb dah membunuh ramai orang..
:anongnangyari:

EURO

Ahah, tak penah penah aku layan tengok bola, arineh buleh plak ak tgk rep Chech lwn Portugal..
Geram btol sm keeper Chech asik tangkap bola, haha... Laju je dy tangkap (ye r mmg keje dy)
Siapalah aku untuk mengomen mereka, aku hny seorg yg tgk bola secara tak sengaja je..
:ha?:
Btw, 3-1 jugak portugal balun...
2 gol dr Christiano Ronaldo...

PENCURI ??

Tadi, area kol 1 mcm tuh, sedang ak lepak dpn tv tgk bola sambil reply msg cik izat, ttbe ada bunyi cm org cuba bukak pintu dapur.. Aha!! Misteri betul, sape la tuh kan.. Ayah pandang aku, aku pandang adik laki aku, kami saling pandang memandang, pastu aku jerit, sape kat luaa??
Bapak ak blah p dapur tgk, ktrang sambung tgk bola.. Haha.. Pelik gak, pintu dah kunci, sape ek??
:ha?:

Masuk tadi punya kejadian, dah 2, dah menda neh jadi.. Adehai, ada org nak attack ke ?? Sila la rompak kedai makan kat batu 8 tuh ke, kedai runcit ke, umah neh x da apa, aku miskin hina je..


** Nota kaki : Hari ini berlalu dengan sedikit kegembiraan.. Semoga esok akan lebih gembira
:woooh:

KERJA

11.6.08 at 05:34
aku
mengantok
tapi
ada kerje belum siap

aku
nak lari dari tanggungjawab
bolehkah

pikir semula
tak boleh
sebabnya
nanti akan dipersoalkan semula

maka
aku sambung buat kerja

huhu

:antok::anoto:
7.6.08 at 22:39

ohoh, TAG
ad la neh
yg tag ak
panjang gilakk
tapi buat la jugak
memandangkan byk masa terluang
dan terbuang
v7


RULES:

1. The rules of the game get posted at the beginning.
2. Each player answers the questions about themselves.
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Name: An Nabil Zarini
Sisters: 1
Brothers: 4
Shoe size: 5 , sumtyme 6 , pnh gak kene saiz 4, ms tuh rs sgt terhina
Height: 153 cm kot
Where do you live: Klang , Penang
Favourite drinks: Air RO (sbb free)
Favourite breakfast: Roti
Have you ever been on a plane: Yep!
Swam in the ocean: suka tapi tak suka sbb kang ade panyakit kulit yg ku terima~
Fallen asleep in school: Normal... Rutin wehh.. sllny tyme sejarah...
Broken someone's heart: Hoh, adeke, if ada, sorry okeh
Fell off your chair: Hurm, x sure
Sat by the phone all night waiting for someone to call: Nop, kalo masa hujung minggu ada aa, tu pon tgu mak tepon v7
Saved e-mails: Tak save, mmg ada dlm inbox oh
What is your room like: Like an ordinary bedroom, with a double decker bed, dark blue curtain, room painted with orange and pink.. waa, bilik aku warna warni
What's right beside you: Lapik meja, belum lipat
What is the last thing you ate: Ice cream
Ever had Chicken pox: Yep.. Of course laa
Sore throat: Macam nak kene je neh, dah mula sakit sikit sikit
Stitches: Nop, saya kuat!~
Do you believe in love at first sight: 50% beleive
Like picnics: YES!!~
Who was the last person you danced with: no one... lompat alone sambil pasang lagu kuat2 dlm bilik
Last made you smile: adik-adik, but not my adik pompuan, dy buat ak panass ati
You last yelled: Woi!~

TODAY DID YOU...
Talk to someone you like: No, do i have anyone that i like??
Kissed anyone: Nop
Get sick: pg td flu sikit
Talked to an ex: Nop, ex?? wukaka
Miss someone: Nop, anyone to be missed??
Eat: Makan nasik myk, sama bergedil, wah wah wah.. best!
Best feeling in the world: Nop.!~
Do you sleep with stuffed animals: dah takda, suma dah dihapuskan
What's under your bed: Lantai
Who do you really hate : My sister
What time is it now: 1920

RANDOM...
Q: Is there a person who is on your mind right now: ada
Q: Do you have any siblings: ada
Q: Do you want children : yes.tapi semuanya di tgn takdir
Q: Do you smile often: smile, yes, tapi sllny senyum dlm terpaksa
Q: Do you like your hand-writing: yes... unik!~ wakaka
Q: Are your toenails painted: nop, but ada niat nak beli pewarna kuku.. hua haha
Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in: bed?? owh, bila ada katil kosong sy tdo atas katil, most of the tyme, dpn tv, atas sofa
Q: What colour shirt are you wearing: coklat kekuningan
Q: What were you doing at 7:00pm yesterday : dpn tv, tgu sinchan mula
Q: I can't wait till : Balik uni!~ Oh kawan kawan, rendu kamu semuaaa
Q: When did you cry last: Yesterday
Q: Are you a friendly person: Nop, sy KEREK!~ wakaka
Q: Do you have any pets: ada kura kura di rumah ini, tp ak x layan sgt.. my real pet is nyamuk yg jahat
Q: Where is the person you have feelings for right now?: On earth, i hope he's a human
Q: Did the last person you held hands with mean anything to you now?: yes, my little brother.

Have you ever crawled through a window?: Nop
Can you handle the truth?: always, walau selalunya ia menyakitkan jiwa raga
Are you too forgiving?: most of the time
Are you closer to your mother or father?: closer with myself
Who was the last person you cried in front of?: my friends, bl sy bercerita tntg mslah diri yg kebuntuan
How many people can you say you've really loved?: tatao, belum jumpa the right ONE~
Do you eat healthy?: i eat food okeh
Do you still have pictures of you & your ex?: me n my ex?? takda ex,wakaka~
Have you ever cried because of something someone said to you?: Yes
How often do you go to church?: BUSTED AR WEHHH!!! MASJID NGOK!!!!!!! <<>tiru ayat ad neh!~
If you're having a bad day, who are you most likely to go to?: anyone that i thnk can reply my text as soon as possible
Are you loud or quiet most of the time?: moderate
Are you confident?: only when tak cuak

5 things I was doing 10 years ago..
1- 9 years old, pekse PTS
2- sekola ler
3- ntah le
4- dunno
5- tak hengat

5 things on my to-do list today
1- cari duit
2- cari keje
3- beli shampu
4- maen game!!!
5- online maybe

5 snacks I enjoy
1- twisties, musti mau
2- cadbury fruits n nuts
3- keropok lekor
4- pisang goreng
5- yogurt drink

5 things I would do if I were a billionaire
1- beli kereta
2- pegi haji bersama family, umrah pon okeh
3- Travel
4- kamera.. yeh yeh
5- Simpan sikit je

5 of my bad habits
1- Tedo , tedo dan tedo
2- Jeritan
3- Kejam
4- Makan ati, pendam sorang sorang
5 - Pantang jumpa komik or magazine, musti mau beli

5 places I have lived in
1- Bkt mendi, triang Phg
2- Asrama sekolah
3- Bukit kapar, umah family
4- Penang, usm
5- Sebuah banglo kosong kat Sg Bi, area2 Behrang

5 jobs I've had
1- Baby sitter
2- Student. still
3- Pegawai padang
4-Fasilitator..wukaka
5-Cikgu tuisyen.. lagi wukakak

5 people i tagged (buat jika mahu)
1- Cik Jeju
2- Cik Ezza
3- En Mayo
4- En Fiq
5- sape??

renung renungkan dan selamat beramall
v7

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com