Rangkuman seminggu + Kekaseh hatiku

27.7.08 at 20:35
Hidup saya sekarang makin sibuk, saya rasa waktu sangat mencemburui saya. Saya rasa macam tak sempat nak buat apa-apa pun dalam satu hari. Seminggu dah berlalu macam itu sahaja. Sedar-sedar dah hari ahad. Ohoh, ayat saya macam sangat terlampau ekstrem je, konon saya busy macam Pak Lah. (hahuhuha)
:eheh:

Hari selasa saya ke Queens bay, memandangkan tak ada kelas, saya pegi sana beli gitar kaler merah dengan kawan-kawan saya. Seharian di sana, saya mengusung gitar di bahu, penat, berat jugak. Balik bilik terus tido tanpa rasa bersalah. Padahal malam iu sepatutnya saya kene ulangkaji. Huhahahaa, pedulik apa saya, saya penat. Ar ar ar
:ahaha:

Rabu, takde ape sangat yang jadi.

Khamis, SUCKS!
:argh:
Sebabnya, sepatutnya kami buat microbial test untuk icecream last week, tapi tak jadi, adala sebab2 tertentu. Buang masa aku je. Buang tenaga gak bawak lab coat n apron kaler merah hati. Aku balik awal, kecewa jugak sebab keje tak siap.

Then, mlm tu ada makan-makan free. Exco baru belanja . Farewell party la kunon, aku pegi makan je. HA ha. Sedap! Ikan besau, ikan 3 rasa, tomyam, daging masak merah, telur bungkus. MAcam-macam lagi, dah tak ingat da. Maklumla, makan pree, bantai je seme.
:okay:

Jumaat!~

Ha ha ha ha ha. AKu pegi BUKET MERAH LAKETOWN RESORT. Aku yg kene drive sensorang pegi balik, memandangkan mereka baru nak amik lesen sem ni. Maka aku pon bawak kete buruk tu sampai buket merah then balik penang semula.
:sweaty:

Kami bertolak dari uni dalam kol 11, lepas hampir sejam tunggu abang kete , dan dan bagi aku kete buruk. Huh!~
Sampai balik usm kol 730, drop ida, amik nisak, head off trus ke batu feringghi. Suping siket kat sana.
Balik dari feringgi, teros ke seagate, lapar punya pasal. makan-makan then officially balik uni pukol 1 pagi. HA ha ha.. 1st tyme dalam idop aku balik selewat ni. Mak aku tau, mati aku kene bambu!~ ar ar ar

Sedikit fakta tentang kereta ni :
- KAncil 1st edition, dah lebey 10 tahun kot umur dy. Kalo tak kunci pon, aku rasa takde orang nak amik.
- Aircond dy bodo, dah sampai bukit merah baru nak idop
- Radio dia pon mengong, kejap2 pelahan, tetiba kuat, pastu mati. Nak kasi on, kene off, bia dalam 5 minet, baru dia on balik.
-Paling best, nak isi minyak, ko kene cungkel tempat minyak tuh guna kunci kete. Kene cungkil sekuat ati, bangla stesen minyak tu pon tak berjaya.. Aku ngan kawan aku cuba korek-korek dah rupa orang curik kete.


Buket merah are great!~ sebabnya aku pegi ari jumaat, tak ramai orang. Main yg bubble tuh 4 5 kali gak la, siap rayu2 kat abang yg jaga tuh mintak main setengah jam. Huhahahha.
Paling menyakitkan jantung aku, masa main satu mende nama dia BOOMERANG. nasib baik aku tak mati~!!!~ ahahahahhaa...
Semua yang naik, bila turun ketar-ketar.. Aku masa turun tu, speechless. Tak mampu jerit, siap ngucap.. Cuak.. Errr tamao naik da! Sumpah!~

Sabtu
Kak farhana ajak p tgk movie, I'm Not single. Ida ajak p KAMI the gig. Aku malas pegi gig sebab sakit badan main air macam sakai tak ilang lagi. Overall, cerita tu tak besh, melayang saploh(baca gaya bangla cerita dunia baru) hengget. Then singgah jusco, aku terbeli satu wedges. Har har har. lantak, pasni aku jadi tinggi sama macam haiza.

Ahad
Bangun hampir tengahari then head off to ict fair kat DUP. Oh, mlm nia da the times. Cess! Aku lupa.
Aku beli satu mp3 dan camera. Then balik dalam kol 1, buat lab report. Pastu, pening-pening tak siap lagi ni reportnya. huhahahaahaa.
Aku kene siapkan semua keje jugak.. Arrrrgh!~
:galit:

**Kekaseh-kekaseh ati saya :
1. Henpon : da mati da pon, dah ganti dengan henpon ayah yang lama
2. Laptop : i da belikan u cooler, u jgn pengsan-pengsan lagi ye
3. Gitar : kene belaja bebetol neh
4. Kamera : macam mana aku nak sorok dari mak aku neh??
5. Mp3 : Tolong jangan hilang lagi, saya amat perlukan awak semasa saya travel. Buleh gilaaaa...








Bas Pegi haji

22.7.08 at 00:57
Okeh, fine. Dah masuk minggu ke tiga sejak aku balik ke uni untuk memulakan pengajian bagi tahun ke tiga semester pertama.
Hari ni, kelas mula pukul 9. So, dalam kol 8 lebey da bertolak dari bilik ke stesen bas palapes. MasyaAllah!
Sungguh ramai orang mao nek bas. Macam nak pegi haji. Aku nyanyi pelan-pelan kat kawan aku ' Labbaikallah...'
Ramai gila weh. Selalu kalo kelas kol 8 takde la ramai mcm tadi. Tapi memang la, kalo kelas kol 9 or 10 , peak hour!~ Memang akan berlaku aksi tolak menolak macam hampir berbunuhan pon ade.

Aku tunggu bas ngan Haiza, tetiba Su datang tarik tangan kitorang p depan siket, Ajak buat blocking katanya. Dah ar aku tengah jalan, dia kata berdiri je situ, wat blocking kat situ. Aleh-aleh orang reramai block depan kitorang da. Hangen gilak sebab tak sempat nak selit-selit kat bas yg sampai tu.
:ayokona:

Ape lagi, tukar strategi! Aku cakap ler kat Su, kalo nak nek bas pepagi peak hour neh, ko kene selit ikut belah kanan pintu bas. kalo ko selit ikut belah kiri pintu , tambahan pintu depan, ada harapan besar ko takkan naek bas.
Su memula tak caya ngan teori aku yang sekian lama haiza dan aku praktikkan tu. APe lagi, kami pon tros apply teori yg baru ajar kat Su. Ahah!~ Berjaya! Su gelak gelak tak caya yang teori kitorang tuh betul. Tapi teori ni pon kene apply kalau ketebalan pasukan perempuh tak tebal la.. Dalam kata laen, multilayer manusia yang melampau belum terbentuk.
Dah ler antara layer layer manusia berhimpit tuh, kitorang blakang sekali. Buleh pulak Su jerit-jerit kata 'Wei jangan tolak aaa!~' Padahal dia yang tolak orang. Hampeh sungguh.DAn kami pon hepi gila sebab berjaya naek bas. Huehehehe.
:devilishgrin:

Sampai sampai kelas Dr Azahar , Ana kata aku 'mekap'an pegi kelas. Haih, aku rasa aku selebet je pegi kelas arini. Dia kata aku nak kua pi dating pas kelas. Izzah pon kata begitu. HU hu hu. Bila aku tanya geng aku, derang kata biasa je aku. Selebet seperti biasa. ha ha
Pastu si acap pulak kata muka aku cerah, siap pesan jangan jalan kat tempat panas. Sikit lagi dia nak kene sepak ngan aku tadi. Ha ha ha.
:inis:

Petang pulak, aku gelabah p kelas gitar.kelas kol 5, kol 445 baru keluar dari bilik. Cuak gak aku takut sampai kelas lewat. Tapi seb bek sampai-sampai takde orang sangat.Arini Ada buat kawan 2 3 org, N esok aku kene p beli gitar. Haish! scholar x masuk lagi
hu hu hu hu


** Hari ahad ni ada the times di DTSP usm. Tiket masuk rm5. huhehehe. Macam nak pegi.
Tasi ieda ajak p champur chart pny show kat bayview, yang ak tau itu malam . Start kol 8. Hu hu

hari hari yang telah berlalu

19.7.08 at 23:29
Ohoh, kelas da mula. Sem ni bz oh.
Aku takde idea nak menulis sebenarnya.
HAritu ada masak masak kari ngan askem
best gak aaa, walaupun memula kami semua 'hangit'
Bila masuk lab buat kari, hepi sikit aa, sebab da break lunch, perut da berisi
huehehhe

Ape lagi.
Aku takde cerita la
Hidop aku pon skang ni macam sikit bosan
Macam takde keceriaan lagi
ohoh

@ngiler

Chontengan saya

14.7.08 at 15:51
Semalam saya bosan, sebab kelmarin sudah keluar, maka semalam sudah pokai dan tak buleh ke mana-mana. Rakan-rakan saya yang lain pun, sibuk dengan hal masing-masing.
Akibatnya, saya telah menchonteng chonteng seorang diri menggunakan crayon buncho yang sya jumpa dalam kotak ajaib saya. Ohoh, buruk sungguh..

Berikut adalah hasil chontengan


Ini adalah kotak nasik yang menggantikan polisterin yang biasanya digunakan di kedai kedai biasa. Kat USM ni dah takde da guna polisterin kaler puteh tu, da ganti dengan mende ni, diperbuat daripada kertas.



Ini memang kerja yang betul betul membuang masa.. Huhahahahaa



:ahaha:

** Gambar berkualiti rendah, amik guna webcam kat laptop.. uhuhHu

Selingan 1

12.7.08 at 02:59
NotFound
Sorry, the requested URL you're looking for is no longer available or have moved. Please check the URL for proper spelling or capitalization. You can also try visiting ***'s homepage or use the search box.

APA??!!


Aku sungguh benci dengan ayat ini.. Terutamanya ketika aku sedang besrsemangat mencari bahan untuk kerja. Huh!~

Satu minggu ka?? Aiya~

at 02:07
Berbekalkan beg berkait kaler puteh yang aku amik dari almari mak aku, aku pon melangkah ke kelas kat dewan kuliah , takpun bilik tutor. Dengan selipar tiket kaler itam yang tersarung, aku redah je semua. Lantak. Tapi, hari lab kene pakai kasut. Sneakers biru kesayangan kaler biru, dah berlubang tapaknya, aku pakai jugak. Bila aku terpijak lopak air, bergenang lah kaki aku dengan air yang meresap ke stokin. Terasa macam jalan dalam air. Sungguh sesak!~

Ohoh, dah seminggu berlalu. Minggu depan dan yang mendatang akan memenatkan dan menyibukkan.
Itu aku sangat pasti. YA. PASTI 200%

Roughly....

Ringkasan seminggu yang menggila..

Isnin..
Ari 1st pegi kelas untuk sem neh. Aku janji ngan Ekin n Ean ntuk pegi kelas sesame. Kitorang janji mau turn cafe kol 945 as kelas kol 10 . Aku tunggu macam harem kat cafe, derang x muncul2. Dan dan aku dapat msg, dari dak Ekin, kata Ean punya purse lost. Aiyark!~Cuak dah aku .. Jam da pukol 940 lelebey dkt2 nak kol 10.
Aku pon pe lagi, lari nk p bilik Ean la. Tapi aku x tau dia bilik mana. Ar ar ar. Tunggu je la macam kayu kat depan Restu tu. TAk lama pastu derang sampai dan kitorang pon p kelas. Sampai je, kelas dah mula.. Yeh!!~ 1st day da lambat. ar ar ar.. masuk sesenyap tros duduk buat2 paham.

Selasa..
Ohoh, hari yang renyah. sebabnya, ada 1 kelas je.. Ulang suara, satu jeeeeer!!~
Apela, susun kasi elok sikit la kan, hari rabu ngan khamis pek gilakkk!~

Rabu..
Kelas awal-awal pagi kol 8. Carik kelas tak jumpa memula. Adeke mereka kata kelas kat skul. Setau aku yang serba tak tau ni lah kan, mana ada bilik 145 kat TI skul!~
Rupanya kat bilik tutor. Seb bek terserempak ngan lect masa nek tangga. Ape lagi, jadi macam rombongan cik kiah la menuju ke bilik tutor. Lect kan depan jadi leader, kami-kami kat blakang ala-ala budak sekolah tadika melawat KL. har har har

Khamis..
Ahah! Sonok gilak, lawak pon ada.
Ada breifing untuk lab processing. As usual, kitorang assume that masuk lab pakai lab coat lah kan.. Macam biasa..
Tetapi.. jeng jeng jeng, tetiba, Dr cheng kata, 'All of u hv to wear this, n this.Including me and other instructor', sambil memegang sehelai apron kaler merun dan sebuah shower cap (bukan yg plastik kaler2 tu)
Ape lagi.. satu lab gelak cam sakai.. Lawak dowh!~ TAk penah penah kene pakai apron. Aiyayaya...
Dr cheng siap demo lagik. Hak hak, cumel je dy pki apron tuh. Besau lak tuh apron tuh..
Aku x sabar nak tgk mereka-mereka yg free hair neh pakai topi ala-ala shower cap tu. Amoi-amoi cina yg perm rambut.. Alahai kesian..
Haha, budak laki.** Wakakakaaa. aku sedang membayangkannya..**


Jumaat..
The one and only class untuk bebudak 3rd yr food yang 'bernasib baik' dan menuntut ilmu biotech. Ahah!~
bebudak 3rd yr food yang x amik biotech dan bebudak kayu serta budak environment, ini hari untuk kalian berjoli. Takda kelas weh..
Aku jeles tahap gaban.... **basdkfjdfnlksadf**, sambil menyumpah2 lagi



--------------------

Wireless macam ape ntah. Kejap buleh kejap tak buleh
Best sungguh!~

YM x leh nak login. Argh....
Pakai isyarat asap la nampaknya macam ni...
HUhaaaaaa

Mereka kata Saya ADA Saka

10.7.08 at 14:51
Cerita 1

Al kisahnya, 6 sekawan berjalan jalan sambil berborak on the way ke kelas.
Lepas tu, tengah berjalan dan berborak, si Ean berkata kepada si Nabil
'Ko jangan garu muka ko buleh tak??'
Si Nabil pon jawab, 'Tak tahan la woi, gatal gila. aku garu je la. Takkan nak tiup pulak..Apehal lak??'
Tiba-tiba ...


Si Ekin pon berkata, 'Muka ko tu dah merah-merah. Ada garis-garis kesan ko garu. Macam ada saka harimau je aku tgk'

Cess.. Begitulah kisahnya. Mereka kata saya ada saka. Sungguh kejam. Sebabnya, saya garu muka saya. Kuku saya tajam. Haishh!~ Da potong pon, tajam jugak. Kene beli pengikis kuku agaknya, kasi x tajam.. Ala, sungguh tak berminat.

--------

Cerita 2
Kelmarin, rakan-rakan tersayang lepak kat bilik saya. Kami borak-borak (sambil gossipan, haha) selepas kepenatan memasang tikar getah baru yang berwarna biru dan bercorak ala-ala karpet masjid.
dalam berborak-borak tu, kami ada terfikir untuk melencong a.k.a melancong ke Bukit Merah laketown resort kat simpang Gunung Semanggol tu. Kebetulan, jika kami jadi untuk ke sana, kami dah ada tempat tinggal. Ada rumah di sana. Yeh yeh. Maka, dengan penuh bersemangatnya, kami pon mengira bajet secara kasar.
Bila dikira-kira.... ARgh!~ Hampir mencecah rm100 seorang. Huhuhu. Buleh bengkrap aaa kalo macam tu. Ye lah, minyak dah naik harga. Tambahan pula, kami ingat nak sewa kereta selain kancil.
Bukan apa, tapi kalau nak sumbat 6 orang dalam kete kancil, tak ke rupa tin sardin bergerak. Ar ar ar.. Walaupun dulu penah buat.. Ha ha, seb bek tak kene saman.
Bila dah jadi macam tu, kami rasa, kami kene pikir tempat lain la.. Pegi je la air terjun mana-mana. Mungkin ke sedim. Atau, mungkin tak pergi mana-mana lansung. Hu hu hu

** AKU MAHU BERCUTI PLIZ....

kelas dah bermula

8.7.08 at 01:09
Isnin, 7 julai 2008.
Sungguh nyaman pagi ni sebab saya tak penah penah bangun pagi seawal ini sepanjang cuti yang lepas. Kebiasaannya, waktu waktu begini, saya baru hendak melelapkan mata selepas siap menggosok baju sekolah kenit dan abangnya. Tapi harini, seawal azan subuh lagi saya dah tersedar dan tak tahu nak buat apa. Mahu mengemas, semuanya sudah dikemas. Mau baca buku, tak ada buku. Huhu

Lebih kurang jam 945, barula saya bertolak ke kelas bersama Ekin dan Ean yang kelam kabut. Katanya, purse si ean ilang. Haish, pagi pagi sudah ributan la mereka ni. Sampai je kelas, Prof Teng dah mula mengajar Heat Transfer.. Wawawa.. dengan muka blur, semua yang dalam lecture hall tuh berusaha untuk memahamkan tiap butir yang keluar dari mulut Prof, tapi nampaknya macam x berjaya. Semua dahi berkerut-kerut. Tak paham lah tu. Sah!~

Selepas kelas Prof Teng, kami melangkah pulak ke kelas pengawetan makanan. Uhuh, Dr Azahar yang ajar. Sepanjang saya 3 tahun kat sini, Ni la 1st time blaja ngan dia untuk subjek makanan. Dia breif sgt sikit, tapi menggerunkan. Sebabnya, kene buat pengawetan dan proses2 makanan tu ikut standard SIRIM (paham-paham sahajalah kan.. Huhu)
Habis sejam, kelas bersurai, kami terus ke Bakti untuk makan time. Yeh yeh.. Dah kenyang, balik tdo..ZzZzZz
Tadi, pukul 8 mlm, sampai2 je kelas, dah mula lecture pasal air. Huhu, 25% je leh absorb, yang lain, lost.. Huaaaa. Kene catch up.. Mesti.. Sebabnya, air adalah komponen besar dalam makanan.. Banyak lagi la pasal air dan makanan ni.

Sekarang, mau tdo awal. Esok kelas mula pukul 11. Huahaha.

To my rumet : Nasib lah ko, selalu kan kelas aku yg kol 8, sem ni ko rasa la ye kelas kol 8 pagi, Hak hak hak


:ahaha:

New Life Will BEGUN..

6.7.08 at 07:06

Gambar sebagai hiasan-googleimage-

Yeh yeh .. Esok hari isnin dan aku kan ke kelas semula. Oh kejap je rase cuti 3 bulan ni.. bIla cuti tu dah abis, baru la rasa kejap. Masa tengah cuti, tuhan je lah tahu, betapa aku bosan.. Hu hu hu

Jap lagi , dalam 2 jam akan naik bas dan blah. Huahahha... Nak pegi gempak astro ng amy ke tak nak.. Atau pun just lepak je kat dalam bilik sambil mengangkut barangan didalam stor.kemas kemas dan rayau rayau ngan bebudak neh.. Aih, mana mana pon, kita tgk je la keadaan nanti..

Yea. Kehidupan pelajar akan bermula semula. Bangun awal sikit dari biasa, gosok baju kol 12 malam untuk kelas esok paginya. Pening kepala buat tutor, 5 6 jam buat experimen dalam lab, balik kelas kelaparan, Mkan makanan cafe yang lauk sama hari hari, tapi harga je naek.. Macam-macam lagi lahkan. Malas mau type semua.

Lagi.
Aku harap, sem neh aku jadi budak baik yang study, tak ronggengan je. Tak kuo p tgk wayang je dan tak melepak malam malam tgk movie. Melampau sungguh.

Apa lagi ye.
Oh, untuk semua rakan rakan yang masuk uni semula. Moga berbahagia dengan sem baru or uni baru n wateva lah.
Moga semua berbahagia.
Ganbatteh!~
:astig:

Buat yang tak masuk uni, semoga tidak kebosanan. Dan semoga hari-hari yang mendatang menjadi sesuatu yang menggembirakan, lebih baik dari hari sebelumnya. Dan paling penting, moga selalu diberkati-NYA..
Adios. Uni is waiting 4 me.. Ngeh ngeh ngeh

Kuda serta Sains dan Teknologi

4.7.08 at 02:42
Kuda.
Jom main kuda jom.
Besh wo0 main kuda neh. Modal pon kecik.
Mana-mana pon buleh main kuda neh.
Kalo tak caye, try tgk video ni >>>>




Haaa, kan aku da cakap, kos dia murah je.. Sok petang jom main ramai-ramai.


****


Lagi satu lawak yang besh aku rasa.
Oleh Dato' Jamali Shadat dan Hamid Ghurka.. Tajuk nya adalah 'Sains dan Teknologi'



Untuk dialog , sila klik SINI

Lawak gilak.. Layannnnn~


:ahaha:

emosi

3.7.08 at 03:39
cinta itu ada. dari tuhan pada makhluk ciptaannya, itu asas cinta paling kuat, paling agung aku rasa.tapi, dari makhluk yang mencipta kepada yang menciptakannya? aku sendiri belum sempurna.
aku benci cinta karutan, yang awalnya sayang nak mati, tapi selepas selepas itu 'kau boleh blah dari hidup aku!kau buat aku meluat tengok orang speisis macam kau!' makian makian lain juga menyusul.
ini apa?? ini bukan cinta, itu namanya benci. jelas. benci! yang berlawanan dengan cinta.
aku pelik, macam mana sanggup membenci, apa yang sebahagian dari diri sendiri, kalau benar ia sebahagian dari diri, tak patut wujud rasa benci itu.kerana, sakitnya, kau yang akan tanggung dengan teruk, bagaikan kau memotong dirimu sendiri, separuh dari badan mu itu. tidak sakit kah?
ah tipu kalau kau katakan ia tidak menyakitkan, melainkan kau sememangnya lumpuh, sudah tiada rasa. kau macam batu, keras, tak ada nyawa, ya mungkin sebab itu tidak rasakan sakinya.atau mungkin, kau kosong. hanya ruang yang kau miliki tetapi tiada isi. kosong .




maaf,aku sedang emosi

Setteled!~

at 01:27
Alhamdulillah, to do list aku for diz week dah setteled
:woooh:

Lesen dah amik tadi, 2 tahun je, mak kata, tayah wat 3 tahun, sebabnya kalo aku mati, takde la rugi 30 ringgit. mak suruh buat setahun je sebenarnya, tapi, ada lebihan duet dalam purse, aku buat 2 tahun. Ngeh ngeh.

Tadi, hantar nenek macam biasa. Tujuan asal untuk beli barangan untuk nenek buat kerepek2 sedikit terganggu. Sebabnya, singgah umah satu pakcik neh, dia buat mesen, nenek nak tempah mesen untuk toskan minyak bila nenek buat rempeyek. Bayangkanlah, ada la 3 jam jugak tersadai kat umah pakcik tuh, sebabnya pakcik tuh banyak cerita, semua dia cerita , semua mesen-mesen inevention dia tunjuk. Yang paling best, dia, isteri dia dan nenek ak borak-borak dlm bhs jawa. Yaaa, aku paham tapi aku senyap je x reti nak cakap balik. Hua hua hua..

oh, kagum dengan pakcik tu, mesen dia banyak, kreatif pakcik tu buat mesen-mesen tuh. Aku tertanya-tanya gak, pakcik tu dulu engineer kilang mana-mana ke, sebabnya, kat luar umah dia ada macam lukisan2 pelan untuk mesen-mesen dia. Hoh! Siap kira sudut-sudut semuanya. Ada 2 3 sketch yang ak tak paham. Hu hu. Tapi aku respect la pakcik tuh, semua mesen dia canggeh-canggeh pada aku la..

Tiket bas balik uni pon dah beli, naik harga rm6. Oh, dulu dlm rm28 or 29 je, tapi kelmarin pegi, dah jadi 35. Haish! nampaknya aku balik masa cuti pas final exam je lah kot. Mahal sungguh harga tiket. sakitla lepas ni nak simpan duit tiket.

Tapi ada satu lagi belum tercapai. Aku nak tengok SEPI.. Ohh!~ Tolongla paham... Argh
:inis:

Canon DV FrEE ??

2.7.08 at 01:49
Yeh yeh yeh.. Barangan free..
Tapi, kene back to nasib la.. Kalau ada luck or nasib, ada lah barangan free untuk dimiliki.

Barangan free yang dimaksudkan ialah the lastest Canon DV..

:puppyeyes:

Sangat besh kalau dapat sebijik nih kan kan kan..



Okeh, nak dapat kan Canon DV ni,
kalau korang sangat kaya, buleh la pegi beli kat kedai.
Tapi kalau korang ni jenis tak berapa berwang macam aku, marilah kita mencuba nasib..
Senang je..

Memula korang pegi kat site ni : KLIK SINI
Then, korang klik kat game, pastu baca cara2 main,
tick kan yang terms n conds, pastu main lah sampai habis masa.
Bila dah habis masa, sila isi details yang bertanda star (*) je.. Kalau rajin isi semuanya :)
Pastu submit,.
Last sekali, tunggu 18 aribulan 7 tahun ini, tgk peti inbox email korang, ada tak korang menang.

Kalau mahu main lagi sampai lemau pon buleh.. Mainlah sukati korang.
Lagipon, cara memilih pemenang, berdasarkan cabutan bertuah, not based on score.
:ahaha:

Makanya, lagi banyak korang send, lagi la tinggi chances untuk menang. Jadinya, takde ruginya kalau main sampai lemau.
Mari mari main game.. Yeh, moga-moga bernasib baik!~

:astig:

Status saya : Macam tak berapa betul

1.7.08 at 02:30
Tinggal beberapa hari lagi sebelum saya akan berambus dari rumah batu bercat warna peach bila dilihat dari luar dan berlangsir hijau di ruang tamu. Oh, saya akan berambus dari rumah ini dan akan merantau menaiki bas ekspres dari hentian bas Klang . Bas yang mungkin akan bertolak jam 10 pagi lebih kurang dan akan sampai ke pulau pinang lebih kurang 5 jam selepas itu. Bas hari satu atau Ahad, yang itu saya belum pastikan lagi.



Oh.. Sungguh malas untuk membeli tiket bas untuk berambus ke pulau pinang itu. Ya!~ Saya tahu, bunyinya agak lambat kerana masih belum lagi beli tiket bas, sedangkan akan berambus dalam 3 4 hari lagi. Ah. Bukan malas sebenarnya, tapi saya lupa.. Tambahan pula, bila saya bangun tidur, saya tak akan ingat apa yang saya nak buat sebelum saya tidur.. maklumlah, jadual tidur saya sudah tunggang terbalik, kadang-kadang saya rasa macam mahu kategorikan diri saya sebagai nokturnal ataupun spiesis macam musang. Yang mana siangnya terlelap dan terpengsan tanpa sedar, dan waktu malamnya, macam-macam aktiviti saya lakukan. Haish, dunia saya sudah terbalik. Got to fix it a.s.a.p



Selain daripada belum beli tiket bas , saya juga belum lagi bayar hutang PTPTN saya yang berjumlah kurang dari 50rm. Klau saya tangguh lagi, mungkin jumlahnya akan menjadi berlipat kali ganda, maklumlah, ada bunga disitu.. Huh!~


Lagi.. Saya belum uruskan lagi tentang lesen kereta. Haish, lama tak agak-agaknya urusan itu ye?
Saya mahu telefon sahaja Cik Enah driving skul itu, tapi itulah, seperti yang saya katakan tadi, saya lupa .. takpun, bila saya bangun dan teringat tentang perkara ini, jam sudah menunjukkan waktu dimana yang pastinya driving skul tersebut sudahpun tamat operasinya. Haish!~
Sungguh tidak berguna saya ini.


Dan lagi, berkemungkinan besar saya kene jugak berambus pada hari sabtu, memandangkan pada hari ahad, ayah kene hantar adik 'kesayangan' saya pulang ke asrama dia yang tak jauh mana tuh. Dahlah dia rekues bday party kat pizza hut.. wuddahellko, ktrang suma takde celebrate2, ko nak rekues pizza hut, buleh pegi mam.....

Oh, sungguh emosi saya ini. Dan hujan lebat pun sedang berlaku di luar rumah. Sejuk. Tidur sangat best ..


:sleep:

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com