Bila kamu mahu hadir?

30.11.08 di 21:23
Menunggu kamu hadir dalam mimpi
Aku termangu seorang diri
Di tepi lorong gelap
dengan cahaya suram ditemani pekat malam

Menunggu kamu hadir dalam hidup
Aku berdiri kaku
Sesekali disapa angin lintas
Yang lembut menghembus
Bersama debu dan dingin petang remang

Termangu aku
Berdiri kaku
Tapi..
Kamu tak pernah hadir
Walau dalam mimpi
Apatah lagi dalam hidup

Dan aku
Masih menunggu


-*-*-*-*

Dan apa sebenarnya yang aku tunggu dalam hidup?

Hanya aku yang tahu
he he he he

Bertukar !

28.11.08 di 10:44
Okeh, Alhamdulillah. Saya dah berjaya mengubah rupa blog ini.
Tapi, ada lagi yang tertinggal, belum siap ubah sepenuhnya.
Dah tak tahu sebenarnya.
Cukuplah dengan yang ada ni. Dah cukup serabut saya rasa


LAYAN !

25.11.08 di 13:51
Cuti dah mula.
Bosan menemani. Ha hu hu. Ni baru 5 hari.
Menunggu bulan 12, untuk practical. Wuu lama giler aku rasa.

Akibat bosan,
Hari hariku melayan lagu ini.

Budi setahun segunung intan.
Kalau korang tengok cerita man laksa, part lagu ni, zahid ngan farah AF dok nyanyi. Kiranya deorang jadi Kartina Dahari ngan Ahmad Jais ah.
Adik lelaki aku yang gila yang memula dok pasang, lama lama aku layan sekaki lagu ni

mp3


Video clip


Sila la layan jugak! Best ohhh~
Ha ha ha. Aku sudah di tahap tertinggi kebosanan!
Tolong!!
@sinchan@ayuk@damn@gatau@kembar@nggaya@senam


Hijack wang hantaran!

24.11.08 di 21:32
Sabtu lepas, abang sedara aku nikah. Aku ditugaskan bawak wang hantaran itu (rujuk gambar di bawah)


cek 7 riban, gelang dan mas kawen rm80.

Banyak bukan? kalau aku hijack, dah kaya, buleh beli DSLR idaman sebijik. Takpun buat bayaran muka beli kereta. Takda ah rebut rebut mahu guna kereta kat rumah ni.

Nak dijadikan cerita, aku pegi bawak hantaran ke masjid tempat nikah tu dengan akak tiri abg sedara aku ni, akak tu yang drive. Dalam kereta wira tu, aku, adik pompuan aku, anak akak tu dan akak tu sendiri. Berempat je. hoha, hepi hepi je aku borak borak same akak tu dan anak dia yang tak habis habis mahu rampas rantai robot aku.

Oh yeah, akak tu ingat aku adik kepada adik aku. Oh bagusnya. Sungguh aku ni nampak kebudakan sangat ke? Huuu. Sedey oh, aku dianggap budak budak. Haih.
Berbalik kepada isi asal perenggan ini, kami tersesat. OH YEAH! SESAT! Ha ha ha ha. Akak tu boleh tak perasan konvoi kereta yang berhenti tepi jalan. Oh, bagus gila.

Anas dan semua gambar yang dia snap. Kereta kereta di luar yang menarek perhatiannya. So itu yang dia snap.


Pengantin dan hantaran lain sudah sampai ke masjid, duit mas kahwen tidak ada! Sebabnya, ada kat kereta kami yang sesat ini. Oh malang. Postpone la nikah dalam 20 minit jugak. Nikah sepatutnya pukul 11.00 pagi waktu paya jaras, tapi dah jadi pukul 1120 pagi lebih kurang.

Sampai je, ape lagi, kene bebel same semua orang la. Adoi. Tadah je la telinga.


Luar masjid. Setelah selesai akad nikah. Mari makan! Yeah!

Dan akhirnya setelah 4x, abang sedara aku berjaya menjadi suami. Ha ha ha. Dah, semoga berbahagialah Abang Am dan kak Mar. Yep yep yep !

Tamat satu semester

21.11.08 di 07:04
Usai menjawab kertas peperiksaan terakhir ; Prinsip Pengawetan Makanan di DPB, aku dan rakan rakan mula berpecah mencari haluan masing masing. Yang pasti, semuanya mahu habiskan sisa masa hujung semester pulang ke rumah ini dengan bergembira bersama rakan terdekat. Kami juga tak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama.

Sedikit masalah kecil berlaku dalam kelompok kawan kawan terdekat ku.
Nisak dan Amy yang gila bowling mahu pegi maen bowling, aku ean ekin dan haiza; kami tamao tamao dan tamao. Ha ha.
Maka nisak dan amiey pon pegi la maen dulu.
Kemudian ekin dan haiza menyusul jejak mereka.. Dalam pada tak mahu maen, 2 game jugak ekin sama haiza maen.

Aku dan ean?
Tersadai di USM. Gara-gara usrusan mengepos gitar yang sedikit bermasalah.
Perlu itu dan ini dan itu dan ini. Macam macam hal.
Apa pon aku berterima kasih la sama abang pejabat pos yang bernama azli itu. Ha ha ha.
*ada insiden yang tak buleh diceritakan nanti ekin jeles*

@sombong

Dan apabila semuanya sudah selasai, kami berdua ke BJ, bertemu semuanya lalu pergi isi perut sebab lapar sangat sangat. Ye la, kali terakhir makanan masuk perut aku, pukul 2 pagi; itupun nasik lemak bersambal rasa pelik. Tak habis.

Selepas makan, pegi karaoke. Adoi. Masalah habes la. Gile saket tekak.
Sebabnya? Gatal pegi amek lagu irama malaysia. Kunon nak tarek tarek tinggi. Padahal lenggok tu aku rasa siti nurhaliza je lepas mahu buat. makanya, kami hanya jadi backup singer la.
Ah puas! 4 lagu in a row . Oh fatimah, cinta kain puteh (ni aku tak tahu lansung, tapi deorang nyanyi gila babeng layan), hati kama dan ya maulai. Ah gile. Pulang jam 655 petang. Kelam kabut! Huuu. Boleh mati kene sambar petir sekor sekor. Berdosa aih aih.

Dan buat semua,
Kita tak jumpa satu sem plus cuti panjang.,
Ada lah kot dalam 8 bulan, boleh lahirkan baby takcukup bulan. (hny mereka je yang paham kenapa)
Uih lamanya. Takkan jumpa budak kos sendiri. Haih.
Yang stay, study la korang. Yang prektikal, layan je ah bos suruh buat ape. Cuak la oi!

Huu

Ni khas untuk ekin :



@ayuk@bye@damn@gatau@kembar@konslet@love@males@musik@nangis@nggaya@ngiler@nyerah@senam@sial@sial@sinchan@sombong@tendang

Dari anak kepada ayah

18.11.08 di 13:47


Yeay! Sudah pos semuanya. 6 kotak. 4 kotak besar dan dua kotak kecil.
Total kene bayar, RM 76. Total berat barang 63.6 kg.
Haih. Berat.
Ni pon ada lagi ni. Adoi.

p/s :kepada ayah saya, En. Zarini, jangan terkejut barangan banyak banyak itu. Kotak je kerek besar. huuuu ~


FrownFrownFrown

satu juta keping atau sekeping ?

di 10:00
Wang atau harta berjuta dan hati yang sekeping.
Mana satu yang susah mahu jaga?



Pada aku, yang sekeping hati itu lagi susah mahu jaga. Sebabnya, yang sekeping itu, sekali kau robek kau tercalar tanpa sedar, lukanya boleh jadi sedalam laut, dan darahnya bisa mengalir macam sungai, tanpa henti. Yang sekeping itu, kadang kadang, tanpa kau sedar, telah kau toreh perlahan tanpa kesan.
Oh memang susah mahu jaga hati orang.
Dilema. menjaga hati orang yang dekat dengan kau, itu paling sukar, sebabnya kau akan hadap orang itu hari hari, jumpa hari hari, sekali kau rodok hatinya, ah payah la.
Aku dalam dilema itu sebenarnya. Dilema tentang hati orang yang depan mata aku. Aku takut aku dah lukakan hati dia. Oh kawan, maafkan aku kalau aku ada buat hati kau begitu.
Mulut kau cakap lain, kau cakap kau tak apa apa, tapi hati kau? Aku tak tahu.
Sebabnya, tak ada siapa tahu apa dalam hati orang lain. Kadang-kang apa yang ada dalam hati sendiri pon, tuan punya badan tak tahu. Tuhan saja lebih mengerti, kan dia Maha segalanya.

Duit sejuta keping atau harta berjuta juta,
Yang ini senang kot dijaga. Maksud aku, kau hanya perlu sekuriti yang cukup kuat, lindunginya. Dah, itu sudah cukup. Lagipun ia materi, boleh kau cari gantinya. Boleh kau kumpul semula. Sikit sikit lama lama dapatlah semula jumlah tersebut. Boleh boleh

Tapi hati?
Sekali kau hancurkan rasa percaya, 2000 kali kau ucap maaf, sampai berbuih mulut seperti sawan babi pon belum tentu kau dimaafkan. Mulut saja. Hati masih luka, darah masih mengalir laju. Aduhai manusia!

Maafkan aku wahai manusia yang telah aku lukakan hatinya. Sepertimana yang telah aku tulis, aku dah menerima kenyataan jika aku tidak dimaafkan. Baeklah.

**

Aku juga manusia yang punyai hati. Baek! Hentikan saja repekan ini. Maaf, hantu emo masuk!



Siapa saya sekarang ?

17.11.08 di 14:21
Kalau aku bukan aku yang sekarang ni , yang study food tech (walau aku ada gaya budak study maths.. haha), ape agaknya yang aku buat ek?
Kerja ? Study ? atau Aku da kawen dan duduk umah jaga anak? Ha ha wateva eva la.

:inlove::inlove::inlove:


Dan setelah mengetengahkan isu ini menjadi bahan borak antara aku dan kawan sebangunan asramaku , Cik Noor, kami telah membuat konklusi, mungkin aku sekarang dah jadi ..........
(jika tidak sambung study food technology ini.)



Cikgu sekolah tadika

Sebab musabab yang mungkin boleh diterima:

1. Bapak aku yang tersayang memang mahu aku jadi cikgu. Even sampai sekarang pon asik ulang ulang dan ulang sahaja kenapa lah aku tidak mengikuti jejaknya menjadi seorang cikgu. Oh ya! Dia merancang mahu bina taska sebuah di depan rumah, diatas tanah yang boleh la, bina sebuah taska. Dia masih mahu aku jadi cikgu, tadika pon jadilah katanya.

2. Kerana makcik aku - 2 orang makcik aku punyai nursery a.k.a taska sendiri. Aku telah bekerja dengan salah seorang dari mereka dahulu, menjadi baby sitter, menjaga budak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun. Oh yeah! Seronok dibuli.!

3. Kerana diri aku sendiri - sewel! Macam budak kecik mengong kot. Hal ini telah dibuktikan oleh kenit pada suatu hari beliau bertanya , 'kenapa eh, Abil ni suka main dengan adik? Main lompat lompat katel ayah la, maen lompat lompat kusyen la. Semua mainan adik Abil maen?'
Aiyayaya. Aku cuma mahu gembira la kenit. Kau je boleh layan aku. Huuuu
@sinchan


Caterer

Sebab musabab yang mungken memungkinkannya :

1. Nenek aku punyai satu so-called-'syarikat' katering la. Kalau ada kenduri kat kampung aku , biasanya nenek yang akan masak. So, kalau mak aku ajar pegi kenduri selain rumah sedara, aku dan adik aku akan tanya, sape masak? Kalau nenek, tamao pegi. Ha ha ha. puas da makan nenek aku masak

2. Mak aku sendiri pon buat katering part time. Adoi jenuh la kalau dia ambil tempahan. Siap lah kau kene bangun tolong dia masak. Yang tak larat part menyediakan bahan mentah la, bawang bawang seguni la, cili la ape la. Semua la. Belum kene menggoreng lagi. Adoi adoi adoi. Malas malas malas. Dan kalau aku balik cuti, adik adik aku akan memberi aku tugas lebih. Ayat biasa mereka, " kau takde masa aritu banyak banyak tempahan kan, nah amek bahagian kau yang kitorang da tolong buatkan dulu. " Oh, takpe takpe..

3. Aku tareti masak, tapi aku suka tengok orang masak. Hampeh tareti masak. Uhuhuhu
So tak mungken kot akan jadi caterer. Tukang angkat dan basuh pinggan boleh laaa...

Kutu rayau

Sebabnya :

1. Dulu sebelum aku masuk sekolah budak baik, aku agak nakal dan jahat jugak la kot berbanding budak budak sekolah baik tu.
3 kenangan jahat yang aku tak boleh lupa adalah, kes tipu cikgu.

'Perbuatan Baik ' tersebut adalah;

a. Aku tipu cikgu KH aku. MAcam ni, aku nak balik asrama, tido. Mengantuk tahap dewa tatahan duduk dalam kelas. maka, aku amek beg sekolah kaler kuning aku, letak atas koridor depan kelas. Setelah memastikan tak ada orang yang lalu di tingkat bawah kelas aku (jalan menuju aspuri), aku pon tolak la beg aku tu kunon-kunon ada budak terjatuh beg, dan aku akan jadi baik hati ambilkan. Oh, rupanya plan kurang menjadi. cikgu aku lalu, dan beliau bertanyakan tentang beg itu. Aku buat buat kebetulan sedang jalan disitu, cikgu tu angkat beg aku dan suruh aku cari pemiliknya. Buat buat baik, aku pon cakap, nanti saya carikan sape tuan beg ni. Padahal, aku ambil beg aku tu, pusing ikut tangga belakang, dan berambos balik aspuri. Berjaya!!

b. Tuang air kat koridor dan kene kat warden aku. Aku yang tuang air tu, mana aku tahu warden aku ada kat bawah kan. Masa aku tuang tu aku dengar warden aku jerit, marah sape yang tuang air tu. Aku cuak, tak terus bangun, merangkak masuk dorm dan kemudian buat buat baru keluar dari dorm dan jenguk kepala dari koridor, bertanyakan kepada warden aku kenapa. (Buat buat baik dan caring la kunon). Padahal aku yang tuang tu

c. Ini pulak, kejahatan berjemaah. Kami cepatkan jam kelas sampai setengah jam sebabnya nak makan lauk sedap kat dewan makan (Lauk ayam masak merah adalah sangat sedap okeh! Hari rabu kalau aku tak silap). Bila teacher tu masuk, kitorang cakap masa balik da sampai. 3 minit je kot lebey kurang, dan teacher lepaskan kitorang balik awal. Ha ha ha. makan ayam masak merah besh besh.
Lepastu esoknya semua rasa bersalah sebabnya tahun tu nak PMR. Pegi jumpa teacher, buat kad besar guna kad manila, kad sorry. Seb bek teacher maafkan. Kalau tak.. Hu hu hu hu.

So, yang ni tak mungken kot. Sebab masuk sekolah budak baik tu. Hu hu hu

Suri rumah tangga yang berjaya

Ni pun macam tak mungkin je. Sampai sekarang pon solo molo a.k.a single-mingle-jingle-bell.

Tapi aritu aku mimpi ada orang masuk meminang, kene patuk ular, dan macam macam. Oh no no no
So?
Ape sebenarnya aku kalau aku tak study food tech ??





:ha?::ha?::ha?:


James Bond is my bedtime story!

15.11.08 di 07:29
Paper IEK 212 da berlalu. Terima kasih prof teng! ajar saya satu sem. tapi saya macam hampeh tak boleh jawab. huu huu huu. Dengan jayanya, saya lupa segala yang saya hafal. Padan muka sama saya. Boleh pegi terjun sekarang okeh!

Dan, macam biasa lepas exam, berambus pegi jalan jalan. Bagus! Aku pakai baju kurung lagi. Kain kecik, tak boleh langkah besar besar. Bikin aku jiwa kacau masa berjalan. Oh ya, pegi Queens bay, menonton quantum of solace.


Dengan jayanya selepas membeli tiket dengan rate student, kami masuk hall number 7. Seat aku nombo c-14. Oh yeah, tepi aku kosong mulanya. Tiba tiba ramai gila orang masuk hall, aku dengar depa dok sebut free seating ape ntah. Ah lantak kome la. Lalu ade seorang duduk sebelah kanan aku yang kosong tu. Bia la kan dia duduk situ, tapi aku tapuas ati, siku tajam dia kene aku aje. Aih. Suda potong semangat menonton wayang, dah la aku mengantuk tahap tak boleh bukak mata.

Maka, bermula la Quantum of Solace itu. Starting dia aku tapaham, video klip ape ntah, macam cerita fiksyen sains tahun 80an kot. Aku da start pikir mahu mimpi ape da, tatahan tatahan.

Dan akhirnya, setelah setengahjam kot bertahan. aku tedo.. Wuu besh tedo dalam panggung wayang, dengan berselimutkan sweater itam ku yang setia. Ha ha..



Aku tersedar, sebab kene siku same nisak yang baru perasan aku da tedo dengan jayanya buat sekian lamanya. Tedo okay. Jaya gila. First time dalam hidup dan aku tanak tengok james bond lagi.

Bila bangun, tapaham lah kan. Aku tny nisak, ni da ape jadi ni.
Nisak baru je nak cakap, nak explain same aku la kan siket siket..

'ni.......' , kata cik nisak
Tetiba pompuan siku tajam tepi keluarkan bunyi yang berbunyi begini
' Could you please stop talking ?'

Aku blur. Nisak lagi blur. Gaya dia cakap dan pandang kitorang tu, macam la sepanjang cerita tu aku dan nisak berborak tentang lelaki hot dan bising macam pasar ikan. Sah sah la aku senyap kan sepanjang movie tu, sebab aku TEDO! ulang lagi TEDO! TEDO!

Ape lagi aku hangen. Tengok pon da tak ada rasa.
Hangen gila rase nak siram air mineral spalsh kat muka dia. Tapi aku malas. Aku senyap je tahan geram.

Serious, mood aku spoil semalam. Terus tak ada rasa mahu maen gendang feveret aku.


** Walau bagaimanapun, duet aku melayang jugak, sebab pegi beli komik Hari hari Midori (Midori No Hibi) haha, lawak kan nama melayu dia. adoi adoi. Aku beli sampai 4 volume, sape suruh kedai tu jual sampai empat volume. Aku angkut semua, lepas tu baru sedar, melayang RM 26. Wuu wuu wuuu . Tapi takpe, aku suka!


:woooh:


Oh ya! Berjaya beli satu rantai cumel dan unik aku rasa. Loket dia bentuk robot!
Ha ha ha. Beli tapi tatau bila nak pakai. Aku bukan reti pakai rantai. Laen la gelang.




3 jam lagi!

14.11.08 di 06:03
:antok::tsk::antok::tsk::antok::tsk:



Cuak!
Berlalulah kamu wahai paper IEK 212 dengan cepat.

Aku suda ketar lutut. dan malas fikir.

Huu!~

Tawakal. tu je aku mampu buat sekarang.




:sweaty:

Sumpahan Katel

13.11.08 di 05:55
bangun pukul 330 pagi. aku buat ini. bukan study. bungek kan

:sleep::sleep::sleep:

Oh yeeha! Aku tedo macam baby. 12 jam ++ aku rasa. Boleh pecah rekod tido di rumah. Kalau kat rumah sah da kene siram dengan air paip berais oleh adek adek aku. Naseb takde adek adek di sini. Kalau tidak, sudah bermandi ais lah aku.

Gila!
Baru aku sedar aku separa gila. Tak study hape hape untuk exam. Bagus kan!
Boleh pegi terjun bangunan 8 tingkat sekarang! Menghabiskan beras je

Orang gila lawak.
Kelmarin kot. Aku balik makan aiskrim. Mahu buang sampah batang aiskrim. Lepas tu ada satu orang pon mahu tiru aku yang berhemah ini. Tiba tiba, gedebomm! Ha ha
Tongsampah besar kaler ijau terbalik. Ahaha
Orang gila lawak lari pecut naek tangga. Wahaha. Semangat je lari macam la CCTV tu boleh rakam sampai situ.
Kalau CSI cek pakai alat2 mereka, Boleh kot. Ade kesan cap jari dan hingus orang gila lawak di situ.DNA tertinggal!


dah la. Mahu tunggu pukul 10. Serang bilik amy. Oh amy, aku perlu kamu punya bantuan!

Sekolah? Dah lama tinggal da

11.11.08 di 04:14
Tag oleh cik nulu.
Tag ni aku jawab lebih kepada zaman aku sekolah form 1 sampai form 3. Sebab zaman tu lah aku rasa aku paling suka sekolah,paling nikmat hidup. Sampai rasa tak mahu balik rumah masa cuti sekolah.

Okay, lets go on with the tag ..

>5 tabiat buruk anda time sekolah.


1. Aku suka potong line kat dewan makan, asal aku nampak je budak satu batch aku, aku akan pegi kat dia. borak2 sambil masuk line. ha ha

2. suka jerit pagi pagi sebelum turun assembly bodo kat dataran. Sebabnya? mudah saja, budak budak degil ni suka tinggal barang, kang dorm aku jugak kene denda. siot!

3. Suka potong line masa mandi. Ha ha. Sape suruh cop toilet tapi tak masuk dalam masa 2 minit. Aku tumpang mandi la. Lambat tinggal

4. Suka tiru keje sekolah pagi pagi buta. Normal kot yang ni

5. Tido waktu prep itu wajib. Nikmat oh tido atas meja. Boleh mimpi indah indah

> 3 favourite subjek anda. Kenapa?

1.English : aku suka masa form three je. sebab cikgu lawa. suka tengok fesyen baju dia. pastu ganti teacher baru yang comel

2. Bahasa Arab Komunikasi: sebab ustaz tu sayang aku. aku anak murid kesayangan dia. selamba je buat lawak bodo same dia tapi tak kene ape ape

3.Sains : sebab cikgu besh jugak. Aku penah dapat satu tube coklat cadbury + eclairs + choclairs + forrero rochere. Gila heaven nak mampos!


> 3 subjek yang anda tidak suka. Kenapa?

1.Fizik! : Puaka nak mampos. Adoi
2.MAth : lAgi satu puaka. Aku rasa aku kene sumpahan nombor la
3.Arab tinggi : Susah. Budak kelas aku semua terel nak mampos. Adoi

> Kamu paling suka?

Aku paling suka malam minggu dan hujung minggu bila tak payah pergi prep dan buleh meronggeng borak sampai pagi, skodeng aspura, cerita gossipan, kenekan junior. bergado ngan senior. Haih! Aku rindu

Lagi satu, aku suka gila kalau hari khamis sebab boleh makan roti canai. Yeay!

> Anda tidak boleh hidup tanpa?

Duet syiling! Sebabnya toley tepon mak!


Wahai adikku yang sengal!

10.11.08 di 23:33
-Adek aku yang berbaju purple. Kau sengal la budak !-



:ayokona::ayokona::ayokona:
Tadi adek talipon,
Dia bilang begini

"Abil. kau tolong check borang UPU suda out ke belum. Aku tak boley check ni" adek aku yang nak SPM tu berkata

Aku tanya semula
"Tenet umah pehal? Check ah sendiri, mau manja manja pulak"

"Tenet da kene POTONG la bai. Aku malas mau pegi cc", ayat bengang je..

"Ape? kambeng neh!" Aku yang mamai terus bangun dan terduduk lalu terpikir
Ape mahu buat bila takde tenet?

"Sok aku check ye. Janji. Kalau ade tenet la.."

"Ala.. Cepat la checkkan"

"Ye, aku check esok, kalau ada" nada memujuk. Aih geli pulak


*****
Semalam, aku happy sangat sangat
dapat mesej dari adek aku, yang sangat aku risaukan keadaaannya
mesej dia pada aku bunyi macam bodo je

"Wish me good luck on tuesday!"
Bila aku tanya paper ape, tamil ke?
Dia jawab macam ni. Taklah, iban. Sudah tahu lagi bertanya. Bagai ayam tidak berkokok di waktu siang.
Aih adik aku, buat ayat karam singh walia.

Takpelah, sekurang kurangnya, aku tahu dia dalam keadaan baek.

p/s : apesal aku risau same adek adek aku. normal ke? Adik adik aku risaukan aku tak a?

Kelam Langit Malam

di 21:49
Wahai langit malam
mana teman kamu si bintang?

Aku lihat kamu sunyi
Seorang diri kelam

Wahai langit malam
Mana hilang temanmu bintang?
Yang selalu temani kamu
Bersinar berkedip indah
Tapi hari ini dia hilang

Wahai langit malam
Aku juga sepi
Sama seperti kamu
Bintangku hilangkan diri
Tinggal aku sepi
Kelam dalam pekat langit malam

Tahniah dr Azhar.. Gaaa, bagi markah exam lebey buley??

5.11.08 di 05:24
Pagi. Selamat Pagi Malaysia. Aku terjaga akibat kepanasan badan. Dan sekarang aku tak mengantuk. Dan sesuatu telah berlaku. Pegi mampos lah ape yang berlaku tu Aku cuma duduk dalam bilik aku, aku tak kacau kau, so deal ah jangan kacau aku

Dan rutin harian aku bermula, bukak KOSMO. Yeay, aku kan tak mampu nak beli kosmo edisi bercetak, aku hanya mengharap belas ehsan USMHotspot je baca online.

Tajuk : Potensi kulit durian rawat kanser
Rujukan : Kosmo Hari Ini

Petikan berita ;

GEORGE TOWN - Selama ini selain isi, kulit dan biji durian dibuang begitu sahaja. Bagaimanapun seorang saintis Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menggali potensi pangsa durian agar ia tidak terbuang begitu sahaja.

Kejayaan yang dicapai oleh Penyelidik Fakulti Teknologi Industri USM, Profesor Madya Azhar Mat Easa memang membanggakan kerana berjaya menukar pangsa durian kepada bahan yang mampu merawat kanser.

.... Selanjutnya di KOSMO.




Dan aku belum start study lagi part dr ni untuk peperiksaan hari jumaat ni. Oh oh oh. Aku maken serabot.

Tag lagi. Rancangan tergendala!

4.11.08 di 20:45

Ini adalah manusia yang paling aku rindu saat ini. Rindu mahu sepak dan jerit jerit sambil menyanyi kuat kuat bersama! Haih kenit. Aku rindu kamu!!

Ini tag dari encik acap .
Layankan je la. Aku da meong ni. Dah la blur .

1. Are you a person who ONLY wears name brand clothing?
- tada. semua pon aku takesah. lagi murah dan sedap pakai juga comel aku angkut je

2. What time do you usually wake up in the morning?
- takde masa yang tetap. 2 3 ari ni pukul 3 pagi akan terjaga dan terkebil kebil blur

3. Are you the youngest person living in your house?
- nope. ade si kecik kenot di rumah. Oh, aku rendu kamu la kenit!


4. Have you ever secretly had a crush on one of your friends?
- pikir-pikir.. tade kot, aku takde ati. ati aku da mati

5. Do you listen to techno music?
- layan je kalau da tensi tenson

6. Have you ever quoted a line from the movie
- it's not the time max - max payne. setiap kali dia nampak bayangan bini dan anak dia

7. Do you own a pair of skinny leg jeans?
- tidak. saya pakai seluar baggy kotak kotak je. Ahaha

8. When was the last time you had a pillow fight?
- aritu masa ada orang nanges kat pintu bilik aku, aku campak bantal kat dia, dia campak balek. hampeh

9. Do you and your best friend look anything alike?
- cik iezat, ada ke aku rupa macam kau? takde. melainkan umur kite je same ah ah ah

10. Can you stand the sight of blood?
- sight of blood tu hape?

11. Did you ever want to be a lawyer?
- nope, i wish i'm a pilot. takpon tukang terjun dari kapal terbang! ha ha ha. aku simpan je angan angan ni sampai mati kot

12. If there were no letters on the keys on your keyboard could you still type?
- can! tapi aku rase alien je kot akan paham. sape alien? angkat la keyboard!

13. Do you have a bad temper?
- of course ah. tempe pon aku suka!

14. Do you have pictures of yourself that you don’t want your parents to see?
- ntah. semua gambar adalah hak milik peribadi. la la la la la


15. Did you ever write a letter to Santa Clause?
- tak mungken. santa clause tu karutan je. bukan wujud pon. penipuan !!

16. when is the dumbest holiday?
- bila aku pokai dan macam biasa takkan dibenarkan keluar rumah. tapi aku lari jugak pegi tengok wayang

17. Who is one person you ALWAYS feel safe with?
- myself. paranoia

18. Is there a word that you ALWAYS spell wrong?
- banyak! aku miss typo. apa buleh buat, aku ada kemahiran unik yang korang takde!! gagaga

19. Have you ever seen any of your teachers outside of school?
- dengan bangganya YA! cikgu sekolah rendah ku adalah kawan kawan mak ayah ku jua, juga jiran sebelah rumah.

20. What class in school did you skip the most?
- kemahiran hidup masa aku form 3. sebab aku sorang-sorang pompuan dalam kelas tu. asik kene buli je,aku pegi tido dalam tulet takde air.

21. Do you wear more make-up than your mom does?
- tak kot. aku malas pakai bedak, mak aku penah larang naek kete sebab tak pakai bedak. malang betul naseb

22. How are you lately?
- tak stabil. siang dan malam adalah perbezaan masa yang tak dapat aku kenal pasti lagi. menggilai nasik lemak telur mata. ha ha


23. who u want to answer this question as well?
- cik juliana, encik ad yang suka tag aku!

***********

Tajuk rancangan tergendala :

Begini ceritanya , aku dengan segala bersemangat tahap dewa yang terbang turun ke bumi pegi la beli aiskrim kepala lanun kat 7E yang ada abang comel tu. Aku beli sebab aku memang nak makan aiskrim dan aku nak masuk contest yang mana aku berpeluang dapat ps3 atau portable psp atau jam tangan berkompas. Aku pon makan aiskrim sambil baca syarat pertandingan kat pembungkus tu.
Aku dah pelik dah bila kat pembungkus aiskrim tu tules ayat yang bunyinya agak pelik .

contoh ayat yang aku quote dari plastik pembungkus tu ;
Shadow master kembali menyerang kerajaan paddle pop ..... dgn bantuan arwah bajak laut .
Err, ape arwah bajak laut? Bajak laut tu ape... Aku gelak je la tanpa semangat aku untuk sertai contest tu luntur walau secebis.
Dan bila aku teruskan membaca...
Terms last buat aku rasa nak bakar orang hidup hidup.

PROMOTION VALID IN INDONESIA ONLY !

Sabau je la aku! Haihh!

:sorry:

Baru berangan nak ada portable psp. Simpan lagi la angan angan tu. H u h u

Dan ape lagi, Haiza yang duduk sebelah aku gelak macam sakai. Padan muka kau lah Nabil!


Lighter dan abang comel!

di 04:28



Minngu lepas. Study week. Sepatotnya duduk depan buku , nota yang tebal atas kerusi menghadap tingkap dan baca buku lah kan. Tapi, ape aku buat same kawan kawan?

Balik makan malam, singgah 7E. Beli lighter.

Scene dalam 7E

Lighter ade bang?' aku cakap sama abang tu'Ade. Yang 1.40 ada, yang 2.40 ada' Jawab abang 7E berbaju merah yang agak comel
*ha ha ha, salah satu sebab kenapa aku selalu pegi 7E*
:puppyeyes:

'Bagi yang 1.40 sudeh laa.' sambil keluarkan 1.40 dari purse.
'Ni nak isap rokok ke?'abang 7e mula menyanya
:siga:

Tiba tiba ada suara dari belakang cakap macam ni. ''Kemungkinan tu dah ada, tapi buat atau tak je laa", ntah bila mamat mana ntah ni masuk dan menyampuk pon aku tak perasan..'Aih. tak la. Nak buat mende laen la' Aku jawab dengan muka tapuas hati la
'Ni mesti nak maen mercun' Dia buat prediction pulak
'Oh hampir tepat! mao maen bunga api lah! Deepavali baru buleh maen!' Aku jawab muka selamba sambil blah keluar dari 7E

Scene luar 7E

Ekin: Woi suka la tu! Borak same abang 7E comel!
Aku: Ha ha ha ha. Awat? Ko tak gembira ke tengok kawan ko gembira ha?
Ekin dan aku : gelak gatal!
Wahahhha, Gembira!
:woooh:


Sampai desa, aku naek atas amek bunga api yang dah patah patah. Bunga api besi tu ha. Aku bawak sejak balik raya, tapi asek tak boleh main sebab tak ade lighter. Aku tanya semua orang, semua pon tak ada lighter. Dan akhirnya boleh main! Besh!

Ohho, baru tahu yang amy takot mahu maen bunga api tu. Dia pegang sangat hujung besi bunga api, takut terkena tangan katanya. Ah! Aku same ekin ape lagi, sakat amy! Yay! Amy , kau memang pelik la.

Lepas puas maen bunga api, kami maen lompat lompat pulak. Lepastu menyengal. Akhirnya! Aku ada jugak gamba berbaring atas jalan. Boleh potong satu wishlist hidup before 25. Ha ha.


Aku perlu terapi sekarang!

2.11.08 di 10:19


Hahai. SOk final aexam aku akan mula. Paper petang pukul 2.15.
dan masuk harini, hampir genap seminggu aku tak tedo malam, tido siang la kan. Asal azan subuh je aku mengantuk. Auto!

Dan sekarang, aku kene tahan diri untuk tido.
Supaya malam ini aku tdo dan esok aku bangun macam orang normal lain yang tdo malam dan bangun pagi pagi.
Oh Tuhan!
Aku mahu terapi!

Hu hu hu hu

Ok. Mari makan roti bakar!

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com