yang aku rindukan

22.12.08 di 15:34
Genap satu bulan aku meninggalkan USM.

Pada saat ini, yang aku rindukan adalah makanan yang aku sering makan di sana

1. Nasi Padkapau. Only kat Nazri Tom Yam.
The only tempat yang aku pergi bila aku nak makan menda ni. Nasi putih dengan daging lembu dan ayam cincang masak bersama daun selasih. Sedap! Ada kacang panjang yang dihiris nipis, juga cili padi yang sukar dibezakan dengan kacang panjang tadi.
Dan aku pasti akan makan nasik ini bila ke Nazri tomyam. Gabungkan dengan sirap limau, Marvellous!!!

2. Roti bakar.
Boleh makan kat kopitiam je la. Last time aku makan, aku makan bubur nasik diorang. Suka. dinner dengan haiza kot.
Roti bakar mereka marvellous. Kalau ambil pakej 'Anytime is teatime' kau boleh dapat 2 roti bakar, 2 telur half boiled dan segelas kopi/teh dengan hanrga dalam 5.20 kot. Aku jamin kau kenyang!
Last roti bakar aku makan adalah roti bakar cheese. Ni pon heaven gak! Macam makan pizza. Rasa mahu jilat je pinggan tuh!
Tapi takpe, aku da reti buat sendiri roti bakar cheese kat rumah

3. Bege Mamu.
Ini memang hanya ada kat usm je. Kat Restu pompuan. Tepi blok tu. Sedap!
Besar jugak. Aku kalau makan yang special, akan makan separuh je, tak habis. Besar gilaaa. Kenyang jugak.

4. Nasik dengan sosej nipis nipis. Ataupun, nasik dengan daging beger black pepper.
Makanan ruji aku bila aku pegi cafe. Aku dah tak nampak lauk lain yang lebih menyelerakan dari dua benda tu. Suka gila.
17.12.08 di 01:08
Tuhan sahaja tahu betapa bencinya aku untuk menyatakan perkara yang sebenarnya.

Dan sesungguhnya menipu diri kamu sendiri itu adalah sesuatu yang paling berat untuk kau lakukan

jangan pernah lakukan ia jika kamu tak mahu diri kamu tersiksa

Sepertimana aku sekarang.
Tersiksa akibat buatan sendiri.

Skandal dengan Ayep!

15.12.08 di 10:47
Arif Zikri.
Betol kot aku eja nama dia nih.
Kalau salah ape aku pedulik pon, janji sebut sama je kan.
Comel gila. Hangout walau sekejap, tapi seronok ah. Walaupun aku penat giler sebenarnya masa tuh, tapi layan je ah.
Siap main giget giget. Ha ha ha.
Cekidout gamba same ayep!







Bersama ayep !



------

Sebenarnya post ini adalah untuk menjawab tag oleh si Ad




Ni rules dia :




RULES:
1. Take the recent picture of yourself.
2. Don't
do any touch up, just take a shot like that.
3. Post it here WITHOUT
editing.
4. Put these instructions together with this post.
5. Tag other
people you want to..


Tapi aku da broke rules no 2, 3 dan 5,who cares any how
kan?





Comelkan Ayep??

Pic semalam masa kenduri abang sedara aku.

Dan ayep adalah anak sepupu yang ke-3.

Pangkat aku adalah acik abil yang baek ati!

:D



Further edit.Yang atas tu aku combine je guna photoshop.

Yang ni,gambar atas,aku pegi edit guna picasa3. Best rupenye!

Ha ha ha

15 ke-Janggal-an Saya

11.12.08 di 00:26
Selamat hari raya haji ke-3. Ada hadiah raya haji nampaknya tag dari Jeju dan Ezza.
Apa yang pelik tentang aku ?
15? Ohh.. banyak gila kene fikir!

Aku combine lah je ye :P dan ke-mungkin-nan besar tak sampai 15.
Ayuh! mulakan!

--------

#001 : Nama aku sendiri. Pelik kah? Pada aku ianya tidak pelik lansung, sebab aku bangga dengan nama yang ayah aku bagi.
Tapi, sejak aku kecil lagi, masuk sekolah dan perkenalkan diri kepada orang yang tak kenal aku, mereka akan pelik dan akan tanya aku berulang ulang kali betulkah nama aku Nabil.seolah mereka lebih tahu nama sebenar aku dan buat aku macam orang hilang akal yang tak tahu nama sendiri.
Dan aku sudah penat dengan soalan ini ; 'Kenapa nama kau Nabil dan bukan Nabila?' Humphh~......


#002 : Aku tak makan buah durian. First and last time yang seingat aku lah, aku makan masa aku kecik dulu, seulas pon tak habis. Kira macam rasa je lah, dan akibatnya, aku demam. Ye! Demam dengan jayanya pulak tu.

#003 : Walaupun aku tak makan durian, tapi aku pernah bertugas mengopekdurian dengan jayanya masa sekolah lama aku dulu buat pesta durian sempena hari merdeka. Dengan selambanya aku boleh mengopek durian-durian tersebut dan mengagihkannya kepada mereka mereka yang rakus melahap raja buah itu.

#004 : Aku adalah seorang yang pendiam apabila berada di rumah. Sebabnya, tak boleh nak menggila dengan adik adik aku sebagaimana aku menggila dengan rakan rakan seperjuangan. Aku pernah buat analisis dengan seorang kaunselor, dan dia bagitahu aku yang memang aku seorang yang pendiam sebenarnya. Tapi aku tahu, kawan kawan aku yang selalu dengan aku takkan percaya statement ni.. Huuu~

#005 : Aku tau bawak moto baru beberapa bulan lepas kot. Itu pon selepas ayah aku selamba memberikan aku menunggang moto jiran depan rumah aku yang di'swap' sementara dengan van rusa milik ayah untuk angkut barang. Aku yang tak pernah hayat bawak moto telah dengan selambanya bawak macam dah reti bawak. Adik aku yang kecik siap sorak sorak. Huuu~

#006 : Sangat menyukai warna pelangi. 7 warna yang pada aku ada macam macam cerita.
Aku memiliki 3 gelang tangan yang berwarna pelangi. Maksud aku semua warna ada. Ho yeah! Dan aku SANGAT sukakannya. Sebabnya : Boleh pakai dengan semua warna pakaian. Ini namanya penjimatan ye kawan kawan!

#007 : Punyai satu instrumen yang boleh menghasilkan bunyi, tapi takreti menggunakannya secara efektif.

#008 : Berniat untuk berHENTI dari menjadi seorang penagih internet bermula dari cuti ini! Aku tahu ini adalah sangat pelik dan mustahil diterima akal oleh mereka yang mengenali aku :|

#009 : Aku tak pelik okeh! Aku UNIK! dan aku bukan alien.

----------------------

Nampaknya, tak sampai 15 pon. Huuu

Separuh pon jadilah kan.
Kalau isi air separuh gelas itu tandanya bersederhana bukan?
So, aku jawab separuh tag ni pon, kiranya aku bersederhana laaa
:)


Dan meneruskan tag ??

Siapa siapa lah. Sila ambil dan lakukan jika kamu rasa diri kamu unik okeh!

Sebabnya

7.12.08 di 17:07
Aku malas bukak laptop dah,
aku dah malas buat apa apa buat masa sekarang.
Tapi aku bosan.

Dan sebab paling utuh aku takkan on lagi laptop aku adalah


ini. Cuba lah teka ape.

Kau tahu ini apa?
Lawa bukan??
Macam bunga depan rumah mak aku.

Ini namanya, lcd monitor laptop aku
Sudah pecah. Mungkin akan ambil masa 3 - 5 bulan sebelum boleh diganti.
Padan muka aku
*Salah aku sendiri jugak*

Oh, mahu pegi umah nenek semula. ta ta ta


Dan apabila ruang udara dalam bekas besi itu semakin meruncing

1.12.08 di 12:50
Aku ada satu bekas besi. Berbentuk tin minuman, tapi dia gigantic siket daripada tin minuman biasa. Basic color dia adalah merah, dan punyai corak corak menawan pada luarannya. Corak dan tulisan, ada logo chupa chups disatu bahagian luarannya. Mempunyai lubang yang besar sedikit dari syiling 50sen di bahagian atasnya, dan tak punyai air didalamnya. Oh ya, itu tabung aku. Tabung free , beli chupa chups 8 batang. Oh silap, beli tabung dapat 8 chupa chups di dalam. Ah! Macam tu lah lebih kurang.


Perkenalkan : Bekas besi warna merah ku

Dan tadi, adik lelaki aku masuk bilik aku, lalu dia mendekati bekas besi warna merah aku. Dia angkat. Berat! Katanya. Mahunya tak berat, satu semester aku kumpul kepingan besi ringgit Malaysia yang aku dapat hasil beli makanan dan berurusan jual beli yang lain. Kebanyakan dari mereka aku masukkan dalam belas besi warna merah yang satu ini. Puas! Kerana apabila penyakit 'M' besar aku untuk membasuh pakaian menular pada hujung minggu , aku buka penutup bawah bekas besi warna merah, keluarkan empat keping kepingan besi 50 sen atau 10 keping kepingan besi 20 sen dan pergi sumbatkan ke dalam mesen pencuci pakaian yang sesak pada hujung minggu.

Kalau tidak pun, aku akan buka penutup besi bekas besi merah, apabila aku mahu buat panggilan menggunakan telefon awam apabila kredit Handphone aku sudah dibawah paras boleh membuat panggilan.

Cukup tentang kegunaan bekas besi warna merah.
Mari kita lihat hasil perut bekas besi warna merah apabila aku dan 2 adik lelaki ku buat operati mengira keping keping besi wang malaysia.


Nampak tak kepingan besi ringgit malaysia yang banyak?


Encik dan puan sepuluh sen. Tak lupa encik dan puan lima sen di belakang


Encik dan puan kepingan besi dan rumah mereka

Koleksi saya. Mahu tingkatkan lagi sehingga ruang udara bekas besi warna merah itu padat.


Apamacam?? Banyak tak? Nak beli kereta ni. Simpan lagi lah kan. Mana ada kereta 50 ringgit. Huuu. Mahu beli Wiper pon tak lepas kot. Huk!

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com