Bencinta

27.4.09 at 00:49
Oke. Tajuk ambil lagu baru faizal tahir. Saya suka dia. Harap maklum.

Aku sebenarnya sedang fikir, kenapalah aku kena membenci, orang yang patutnya aku paling sayang, YAng telah berjasa paling banyak pada aku, yang aku tak boleh menderhaka walau sekelumit pon.

Kenapa?
Kenapa mesti aku benci, kenapa mesti aku melawan.

Tak boleh ke kalau aku jadi macam orang lain, yang baik sama orang yang paling berjasa pada mereka tu. Aku iri hati sebenarnya, bila kawan-kawan aku bercerita betapa akrabnya mereka dengan orang yang paling berjasa tu. Tapi aku? HAri hari aku melawan, setiap benda aku bantah. Dah macam bola getah. Baling ke lantai, melantun semula ke atas. Baling sikit pon tetap melantun, sikit pon jadi lah.

Iri hati tahu? Kadang-kadang sampai aku rasa nak mintak untuk aku tak pernah punyai sesiapa yang berjasa pada aku supaya aku tak ada perasaan ini. Biar aku sorang-sorang tanpa sesiapa. Mungkin hidup aku akan aman.
*Kesat tumpahan suam*

Aku pernah tanya pada kawan aku, yang dah nampak sendiri macam mana aku dengan orang yang berjasa pada aku tu. Aku tanya pada dia, apa malang aku? Apa dan kenapa aku kena ada perasaan macam ni, kenapa mesti aku melawan? Kenapa dia macam tak pernah nak percaya pada aku walau sedikit?

Kawan aku hanya senyum. TAk mengapa kawan. Kau tak perlu jawab soalan bodoh aku. Abaikan sahaja, aku belum matang, fikir tak panjang. Terima kasih untuk senyuman penuh makna kamu, aku boleh tangkap maksud sebenar kamu . Maaf aku tanya soalan itu pada kamu, selalu sangat aku tanya, ulang soalan yang sama. Bila mana yang berjasa pada aku itu buat sesuatu yang aku tak suka.

Aku paling tak boleh terima, bila aku katakan hal yang sebenarnya pada yang berjasa pada aku itu, dia masih tak mahu percaya. Sanggup dia tanyakan pada orang luar tentang aku. Bukan sekali dua. Aku da penat makan hati dengan orang paling aku berjasa. Aku teruk sangat kah di mata kamu? Takkan aku mampu untuk tipu kamu. Berat tahu.

Maaf aku selalu melawan kamu.
Maaf aku tak mampu jadi seprti yang kamu mahu.
Maaf
Maaf
Maaf


*Tumpahan suam ni makin laju, aku dah tak mampu tahan*
Syhhh........



Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com