Aku bukan nak cerita pasal tupai sebenarnya, tapi nak menceritakan cerita pengajaran.
Moral : Sila berhati-hati dan jangan mengelamun serta jangan sorok apa apa dari ibu anda.
Tau kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya WALLET aku HILANG.
Muahahahha. Sila Padan Muka aku beramai-ramai.
Situasi dimana aku sedar wallet tu macam kelakar aku rasa. Masa tu aku, jeju dan acap odw nak pegi skul seni, konon nak bawak jeju tengok usm yang lawa (Fakta, usm mmg lawa)
Tapi, masa depan skul jarak jauh tu, aku tergerak nak cek wallet, sebab tiba tiba rasa ringan je poket dan beg. Hu hu. Bila cek semua poket seluar dan beg, yes!! CONFIRM dah HILANG! (Tepuk tepuk tepuk)
Ape lagi, aku menggelabah. Muka cuak da kot. Bila saya cuak saya blur. Memang blur pon. Jalan je tanpa arah tuju nak pergi balik stesen bas Sg Dua tu. Tapi akhirnya kami duduk dekat pondok depan masjid. Berbincang langkah-langkah yang patut dilakukan. Nasib baik la ada orang dengan aku masa aku sedar aku ilang purse. Kalau aku sensorang, ntah aku dah tak tau nak buat apa dah kot. Terima kasih Jeju dan Acap sebab bagi pandangan yang bernas. Hu hu
Aku kol wani, kol ida. Ida line busy. Wani pulak, dia kata tepon dia tak boleh dengar suara. Hu hu. Lalu, aku terkenang kak fana. Nasib baiklah akak senior sebelah bilik masa 1st year, KAK FANA dah sampai USM. Aku wat appointment dengan dia, malam tu lepas maghreb, kami pegi buat report kat balai polis. Esoknya, aku setelkan kad bank islam, kad matrik (tak sukaaa) dan IC. Alhamdulillah setel.
Tamat kisah hari Isnin.
Khamis, tidur petang sebelum maghreb aku terganggu dengan phone call dari mak aku.
Haa, lepas angkat tepon je, ibu tanya , 'IC kamu mana?'
Aku yang kemamaian, terkejut dan pelik, macamana ibu tau ni aku tak ada IC skang ni. Aku pon jawab, 'IC akak hilang. Wallet semua ilang. Tak tau kat mana. Kenapa?'
Ibu kata ada orang poskan wallet aku ke rumah. Aku mampu cakap alhamdulillah je. Ada balik kad matrik 1st year, lesen, IC aku dan kad kad merapu yang lain (kad tesco, kad kedai buku MPH n kad dunkin donut. :P)
Maka, kesimpulan dari cerita aku ialah :
1. Jangan mamai
2. Jangan berangan
3. Ikat wallet anda, manggakan sekali pon tak apa
4. Jangan main sorok sorok sama ibu anda
5. Jangan blur
6. Jangan terlalu gembira. Nanti anda bersedih. ( Aku kata macam ni sebab, mungkin aku gelak banyak sangat hari tu. Gelak pasal cerita Ice Age yang lawak, gelakkan jeju, gelak dengan lawak2 deorang. Hish!~)
7. Sila sediakan duit emergency. Tabungan amat membantu oke. Aku nak penuhkan encik aiskrim dengan kepingan besi secepat mungkin.
Tu je kot aku boleh senaraikan. Sekarang aku hanya tunggu masa untuk IC baru aku siap. Hu hu. Melayang 140MYR jugak la akibat kehilangan wallet yang berisi cash 40MYR tu. Rugi beb Rugi!!!!









jom pegi dunkin donut!
kad dh ade blk kn?
penang ade dunkin ke kak? ala, kad tu da expired. muaahahahaha
dia nak menceriakan keadaan kot. hu hu.
aku xnak bebel dah.
sudah dpt pengajaran.
mau highlight 'jgn gelabah,kerana anda sgt sadis di keadaan itu'
hahahahahha.samalah aku.
jgn buat aku gelabah, mmg aku sadis. aku tau.
cis.
alah kau, kalau ko kene kau tahu la.
:|
siot acap, aku br pasan. hahahahhaha.
aku kan kabut cam kau, jd kena gelak dulu hahahha
wakakaka. kau baru pasan neseb la da kene kutuk ngan acap. hahaha
lain kali gantung kat leher denga tali rapia
kau buat dulu aku nak tengok
aku takpe..aku pandai jage.....
hihi.
nasib ada org cmtu kat bumi ni lagi kan
bagus tol org tu.