Ujian sensori dan kaunter pertanyaan

16.7.09 at 20:13

-Random : imej yang tiada kena mengena dengan penceritaan-



Duduk berseorangan dengan dinding pemisah di kiri dan kanan, meja setinggi paras dagu (bila aku duduk atas kerusi) dan di depan mata terhidang satu dulang berisi 5 cawan plastik kecil warna putih, satu bekas berisi 6 vial kecil berisi kapas-kapas serta dua cawan kertas air masak. Aku ambil pen dan kertas, catat nombor sampel. Kemudian aku mula melakukan ujian sensori.

Pergh! Payah weh ujian tu. Kau tahu rasa tu, manis masam etc, tapi kau macam lupa itu rasa apa. Tapi bahagian ni tak kronik sangat. Part 2; part yang mana kau kene hidu bau dari vials yang berisi kapas2 tu, serious mencabar.

Ada bau durian. yang itu memang aku bau sekali je. terus tutup rapat-rapat penutup vials tu dan letak tepi.
Ada vials yang berisi kapas berbau kueh. Ya, bau kueh. Kau tau kueh bahulu kemboja? ( tak tahu la pulak korang panggil kueh ape) Aku nak je tulis, bau kueh bahulu kemboja yang nenek aku buat. Tapi tak official. Pikir-pikir, oh, tu bau pandan rupenya.
Yang aku pasti, vials kapas berbau vanilla tu, memang aku sedut lama lama bau dia. muahahahhaaa.

Tamat ujian sensori yang mengambil masa tak sampai 15 minit, aku turun ke foyer skul melepak bersama kawan-kawan. Sedang kami duduk borak-borak tentang masa depan, datang satu budak 1st year, tanya macamana nak pergi school management. Hadoi. Satu hal pulak aku nak terangkan jalan. Dua tiga kali jugak aku bagi direction, macam tak paham je budak tu dengan direction yang aku bagi. Naseb la kamu ye.

Tak lama setelah budak yang nak pergi skul management tu pergi, datang dua lagi budak 1st year. Kali ni tanya pasal location bank islam. Ah ah ah.
Aku cakap,
adik pegi naik tangga depan tu, lepastu belok kanan, pegi kat bangunan tinggi tu (Hilton)

Pastu tau ape budak tu cakap?
Haa? yang tu? jauhnya kak bank islam.

dia tunjuk bangunan mana aku pon tak tau. Aihh. Harap harap dia selamat dah keluarkan duit dari ATM bank islam tu.
:|


Aku betul-betul tak reti bagi direction. Jadi, sila tanya aku kalau nak merasa sesat-barat.

10 comments

  1. nabilA Says:

    sama je macam desa restu.
    adik ni laki ni, mana boleh masuk desa saujana.
    sesat teruk sangat ni. bahaya2

  2. Anonymous Says:

    cik, mcm mana nk pegi usm dari bukit mertajam cik?

    hua hua uha

    -si pemalas login-

  3. nabilA Says:

    oh, yang tu. naik bas boleh. berenang rentas laut pon boleh. mula dari jeti.
    kalau tak mahu basah, rentas jambatan pulau pinang jalan kaki.

    hahahaha

  4. JaYNeE Says:

    sejak bile ko jd penunjuk direction nih???

  5. mjhidayah Says:

    kenapa aku suke bace rapu rapik ko ni ha?kalau aku nangis,pas bace blog ni mesti gelak.ko pakai bomoh apekah?

  6. nabilA Says:

    jeni : sejak aku melepak kat foyer TI.
    muka aku ni muka orang orang yang boleh dipercayai agaknya.

    dayah: aku punya bomoh kata, jangan cakap kat orang apa jampinya. nanti orang tu jadi gila kalau aku bg tau. sbb aku sayang kau, aku tak boleh bgtau kau la. nnt kau jd gila. ak tak sanggup
    :))

  7. faten falina Says:

    bahulu kemboja atau nama lain die kuih bakar.hehe..

    aku tau sbb mama aku slalu wt.mule2 aku bc td tang bahulu kemboja tu aku dh saspek bau pandan.heee..slalu sgt la mama aku wt kt umah ni.smpai dh terhapal bau die.lalala..

    tp jgn suh aku wt.aku xpndai.mkn je tau.huhu

  8. nabilA Says:

    owh. kuih bakar eh. baiklah2.

    nenek ak pny bahulu kembola, lembik2 sket isi dia, kaler ijau. pastu masak masuk oven. ngeh2. kalo dolu2 masak macam bahulu biasa tu r.

    yeh, bau pandan tu memang kuat. tapi tu r bagi sedap. aroma, a part of sensory

  9. faten falina Says:

    haa kuih bakar yg mama aku buat pon kne masuk oven.pehtu kt tengah2 letak bijan skit.nk mkn potong kecik2 la sbb sebijik kuih tu besar kn.bley potong 8 kot.nanti mama aku buat len,aku kira blk.hehe

  10. nabilA Says:

    nampaknya kita membygkan kuih yang sama.
    memang kuig tu potong 8 as dia punya kelopak is 8

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com