Kalau nak strike, baling bola tu gaya sifu & tongga!

24.10.09 at 00:40
Alkisah seekor kancil telah kena ngap dengan buaya. *doncheng doncheng*~. Alkisah khamis yang baru berlalu, aku dah pegi main bowling. Food tech league. Nama grup berbagai2. Semua nama burung.
Asalnya, aku memang tak dapat nak pergi join main bowling kat BJ tu. Aku dah sengkek gila, bajet lari sebab beli tiket balik rumah. Dalam wallet aku ada dalam rm17+ je. rm 7 aku bajet buat duit teksi, baki rm10 aku buat duit belanja hari khamis tu. Macamna nak membowling kan??? Tak cukup.Huuu~

Tapi, pagi tu lepas test minyak berlemak, ada satu keajaiban telah berlaku. Lepas makan kat subaidah, Haiza telah bagi aku duit rm13. hahahaha. Dengan duit tu la aku survive menjimba-jimba hari khamis.

Kos secara rough : Bowling (Rm7), Karaoke (Rm0.40; sbb share 6 orang), Pool (bape? aku lom tanya wani. huu~), makan kat seagate (Rm 6+). Total = Rm13.40++. Oke kot. Membantu la jugak rm13 haiza bagi tu.

---------------------

gambar-gambar banyak di snap oleh cik jen jen ye kenkawan :)
So about the tournament,

Sampai tempat bowling dalam kol 230 jugak la kot. Aku pon x berapa nak sure. Muka bersemangat masing nak main. Semua nak lepaskan tension sebab baru habis test pagi tu. Padahal minggu depan dah nak exam final. Gelak sakan happening gile sampai lepastu aku sakit kepala.
Bising gila la semua main. BJ bowl tu memang tak sunyi la dengan adanya budak budak food tech tahun 4 yang bermain dengan penuh kesungguhan. Macam macam gaya ada. Paling hebat main dengan penuh gaya pro mesti la si arep. hebat2.
Azi pulak, wakil pompuan untuk kategori pemain hebat. haaa~
Pegi la main dengan diorang ni, diorang hebat. Berbaloi lawan. Kalau main dengan aku, mungkin kau orang menang tanpa perlu bertanding. Sebabnya, confirm2 aku punya balingan semuanya ke longkang. Straight to the longkang bak kata orang kampung aku.
Zasss!

Kitorang main 2 game. Tu pun aku dah tak larat aaa. Lepas main memang lapar gila. Kami yang naik kereta ana dan azi telah head-off ke seagate, makan kat tepi laut. Pegi jauh2, makan kat nazri gak!! hahahahaa. Tapi padkapau dia mmg sedap la! Layan gile dengan cili api kecik2 yang banyak gile tu.


Memandangkan video je yang boleh di embed, maka terimalah:


** abaikan suara aku tu ye. Bising gilaaaa

Result sila rujuk facebook ye.
Album gambar juga boleh rujuk di facebook

=====

Nota kakiku yang wangi :
#1. Terima kasih kawan kawan untuk kenangan yang best!
#2. Lain kali kita merapu rapik lagi ye. Buat lagi kenangan banyak banyak
#3. ya. Dengan penuh yakin tanpa perlukan bantuan talian hayat;

Saya sayang korang semua.
Huuuu~

1 Responses to Kalau nak strike, baling bola tu gaya sifu & tongga!

  1. salam

    comel2 gambar...
    "cipta kenangan utk memori masa hadapan"

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com