Mahu bercuti sekolah bersama-sama kalian semua!!

29.3.09 at 14:27
Raya memang seronok

Bila memikirkan tempoh pembelajaran yang semakin sampai ke hujungnya pada tahun depan (InsyaAllah), aku jadi sebak semacam. Terasa bagai tak mahu berpisah dengan kawan kawan seangkatan yang belajar bersama. Walau hakikatnya tidaklah terlalu rapat , tetapi ada satu ikatan kuat antara hati hati kami semua. Aku akui itu. Ada rasa sayang terhadap kawan kawan aku, terhadap institusi tempat aku belajar.

Sebelum ini (sebelum aku menjalani latihan industri), jarang untuk aku punyai rasa bangga dan sayang terhadap institusi aku belajar sekarang. Ya. Aku maksudkannya.
Tapi akhir akhir ini, ada semacam rasa bangga bila ada yang bertanya, dari universiti mana? Belajar bidang apa? Oh, aku sangat suka. Aku akan tersenyum bangga sambil menjawap soalan itu. Bangga yang sangat
:)

Aku rindu mahu luangkan masa beramai ramai, duduk berborak tentang masa hadapan, masa silam ataupun saling bergurau mengusik satu sama lain. Kalau acara makan, itu memang pasti. Aku rasa, di mana mana pun, jikalau dah namanya rakyat malaysia, makan itu pasti akan automatiknya berada dalam aturcara majlis
:D

Makan beramai-ramai adalah menyeronokkan. Sambil makan sambil berborak borak sehinggakan lupa perkara sedih semuanya. Satu cara bersosial yang mudah tapi berisiko. (Paham paham lah kenapa aku kata begini)

Oh ya,
sebetulnya aku mahu katakan dalam entri ini, Aku teringin BENAR mahu bercuti beramai ramai dengan keluarga aku di usm itu. Keluarga besar aku rasa. Rakan rakan sekuliah yang sama-sama belajar dan duduk dalam dewan peperiksaan yang sejuk bersama-sama di penghujung setiap semester.

Susah untuk kau kumpulkan semuanya. Maklumlah, semua orang pasti punya agenda masing masing, tapi aku harap dengan sangat, kita semua dapat berkumpul beramai ramai. Wah! pasti meriah. Kepala masing-masing kan bernas, punyai ragam yang pelbagai tapi unik :)

Aku cadangkan kita pergi lepak langkawi nak?
Tak pun, piknik beramai ramai saja, di air terjun mana mana.
Ah, kalau susah sangat, makan besar di kedai makan berdekatan universiti.
Mari.
Ayuh!~
'

**Bukan kah kita hidup dalam kenangan? Jadi mari kita bina kenangan yang boleh kita ingat sampai bila-bila pun.

Risiko besar.

at 03:00
Assalamualaikum dan selamat sejahtera keatas kalian semua
:)
HAri yang indah bukan, bergelap selama sejam sempena earth hour.
Semoga bumi akan tenang seketika

(Tapi tak buat pon di rumah aku, kerana aku terpaksa menyiapkan tugasan rumah yang memerlukan penggunaan lampu.Hu hu)

Jumaat lepas, pensyarah aku datang melawat untuk penilaian latihan industri. Sebetulnya, aku tak ada perasaan cuak yang banyak bila mendapat tahu yang pensyarah akan datang. Sebabnya, buat lah macam mana pun kan, kalau dah ditakdirkan dia akan datang melawat, dia tetap akan datang juga. Betul?


Selepas sesi lawatan melihat ruang kerja kami dan selepas sesi perbincangan dengan supervisor, saya dan dua orang lagi rakan telah duduk berbincang dengan Dr Norziah (pensyarah kami). Macam macam yang telah kami bincangkan;

1. Berbincang tentang skop pekerjaan di tempat prektikal kami
Semasa berbincang dan bercerita tentang skop kerja, Dr ada juga bertanyakan tentang metoda yang digunakan dalam menyediakan sampel untuk analisis. Dan aku, telah bercerita tentang apa yang aku lakukan.


Nak tahu apa reaksi Dr bila aku bercerita tentang satu metoda yang kami gunakan sehari hari di tempat tersebut?

Kata pensyarah aku:
Hah? Kamu melakukan itu dan itu sebegitu sahaja? (merujuk pada metoda tersebut) Kamu tahu tak, bahawa asap yang terhasil semasa proses pemanasan ...bla bla bla... terjadi akibat ...bla bla bla... ADALAH SANGAT TOKSID!:galit:

Teknik tersebut salah sebanrnya...bla bla bla... Kena guna heating mantle ...bla bla bla...



YA ALLAH! Pada saat tersebut, aku sudah tidak mampu tersenyum lagi. Cuak terus aku jadinya.
Hari hari aku menyedut udara yang kandungannya entah apa, sehinggakan aku sudah imun dengan bau asid kuat yang digunakan secara meluas di makmal tersebut.

Agaknya, dalam badan aku, sel sel semuanya sudah menderita dengan amat. Aduhai maafkan aku wahai badan :(

2. Berbincang tentang Final Year Project (FYP)
Dr ada menyatakan, bahawa untuk FYP, semuanya bergantung pada nasib kau, siapa yang akan menjayakannya pada semester pertama ataupun sebaliknya. Maka, aku amat berharap, aku akan diberi peluang melakukannya mengikut perancangan yang aku telah buat pada awal setiap sidang yang baru. Aduhai, janganlah aku dilambung lambung untuk menentukan pensyarah mana yang akan menjadi supervisor aku.
DAn semoga, tajuk yang akan diberikan itu adalah sesuatu yang aku tahu untuk lakukan.

3. Kehidupan semasa belajar adalah terindah

HeartHeartHeart
Dr sendiri yang mengatakannya. Dan kami bertiga amat setuju, Muka masing masing sayu yang amat bila Dr membuka cerita tentang USM tersayang. Saat itu, tuhan sahaja tau yangkami mahu pulang kesana seberapa segera. Hidup sebagai pelajar memang sangat INDAH!!

4. Menyambung MASTER selepas DEGREE
AKu risau bila Dr bukak topik ini. Sebabnya, kata beliau, minimum pointer adalah 2.75. Aduh, Pointer aku tak berapa nak sampai situ. Tambah beliau lagi, nak cantek lagi, 3.0 keatas. Baru senang nak dapat tajaan dan tawaran yang banyak banyak.
Aku kene usahaaa!!!!

BAnyak kan yang kami bualkan. Berbincang tentang praktikal sedikit sahaja. BErborak macam macam yang banyak.
Apa pun, aku sangat gembira. Macam jumpa sesorang yang sangat rapat.
Terima kasih tuhan! Alhamdulillah
@ayuk@sinchan@nggaya@senam

Sudah berubah

28.3.09 at 16:48
Aku suka dengan template ini.
LAgi aku suka sebab pattern background aku buat sendiri kat SINI

Suka hati aku lah kan?
hahahaha

perubahan

at 13:16
Aku memang seorang yang tak stick pada sesuatu untuk masa yang lama.
Apa yang aku perasan, aku akan buat sesuatu yang aku rasa aku suka, untuk beberapa ketika, kemudian aku akan ubah, dan tak mahu buat benda tu lagi.
Dan buat masa ini, aku da tak suka tengok penampilan blog aku ini.
Aku mahu buat sesuatu.
Biar ia bersih kemas dan tak keanak anakan [ mungkin ]

kan dunia dah berubah, zaman dah maju.
Aku pon nak berubah jugak lah

*dalam kepala aku sekarang ada dua perkataan : COME CLEAN!*

TaG oh tAg ! (SaJeW GeWdIk ) bluek!

26.3.09 at 04:36

gambar tiada kena mengena dengan entri.

Ho yeah. selamat hari hari, selamat pagi malaysia.
Saya dengan bangganya akan menjawab tag oleh acap pada pagi ini. dikala ini, ayam ayam jiran rumah saya sedang berkokok dengan jayanya. mari mulakan

4 NAMES my FRIENDS CALL ME:



1. Nabil

2. An

3. abil

4. nabila huda (ni jangan tanya aku kenapa, kat tempat prektikal ni, akak ni dok panggil aku nama ni)

4 IMPORTANT DATES in MY LIFE:

1. 21 Ogos - tarikh lahir aku setelah 19 hari tereprangkap dalam perut mak aku tanak keluar.

2. 27 mac - lecturer nak mai. aku da gelabah macam puyuh

3. 1 syawal - setahun hanya sekali beb! merayakan hari yang mulia ini
(Hari untuk aku mintak ampun dengan amat dengan mak ayah aku, adik beradik aku dan semua orang.)

4. 22 april - tarikh terakhir aku menggadai nyawa untuk LI. tiada lagi asid kuat! Yay

4 THINGS i”ve DONE IN THE LAST 30 MINS:

1. Bangun tido

2.mesej orang yang tak reply sampai sekarang. kompius. sape sebenarnya yang merajuk ni haaaaa??? aku tade merajuk, aku tedo je

3. solat isyak

4. bersin bersin dan bersin, lalu mata berair

4 WAYS TO BE HAPPY :

1. gelak

2. nangis puas puas sampai sedu sedan

3. makan aiskrim

4. berbalas mesej merapu rapu.

4 GIFTS I WOULD LIKE TO RECEIVE :

1. buku cerita yang boleh buat aku tenggelam dalam buku tersebut

2. kasih sayang dan kebebasan

3. dslr dan kelas fotografi

4. seluar baru yang tahan asid. seluar baru aku sudah kene asid lagi, sedih aaaaah Crying

4 OF my FAVOURITES HOBBIES :

1. baca blog orang lain lepastu tak tinggal komen atau apa apa. baca sahaja

2. baca kosmo

3. check balance kat telepon (sangap sangat tak tau nak mesej sape, kalau ada pon orang tak reply)

4. membelok laju di selekoh selekoh tajam semasa memandu. hahahahhahaaa

4 PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION :

1. mekah. same ibu ayah

2. air tejun sungai bil. pergi bersama family besar. sungguh aman damai tempat tu walau tetiba masa tengah mandi manda, aku dapat rasa kehadiran makhluk lain. oh dem! aku takut tengok batu besar kat sungai tu

3. langkawi mungkin

4. tioman mungkin

4 my FAVOURITE DRINKS :

1. sirap limau. tolonglah abang kedai, jangan salah hantar air kat saya, adeke dia bagi aku teh o.

2. teh halia (lama ni tak minum ni)

3. air suam

4. air madu cuka epal. hari hari aku teguk menda ni. sedap sedap

4 THINGS ALWAYS FOUND IN my BAG:

1. lab coat

2. pen

3. purse

4. kertas kertas kecil

4 my FAVOURITE COLOURS :

1. putih

2. biru

3. hijau

4. merah ala ala maroon

my TOP 4 HANGOUTS :

1. rumah.

2. bilik aku kat rumah.

3. luar rumah sambil tengok kanak kanak kecil main dan bergaduh lalu menangis. kemudian main kembali bersama

4. ruang tamu tengah.

my TOP 4 LOVE Person :

1. family

2. kawan kawan baik saya yang sudi melayan rapuan saya

3. kawan2 saya lagi

4. si dia (masih mencari, siapakah yang sudi jadi “si dia” aku?) << tiru ayat acap saje
my TOP 4 THINGS :

1. handphone

2. ic, matrix card, cark bank

3. laptop terchenta

4. botol air

TOP 4 THINGS SPECIAL TO ME :

1. grad dengan jaya tahun depan

2. kahwin dan dapat anak awal. wahahahaha. bukan ape, aku pernah baca kat mana tak ingat la, tanda tanda seorang perempuan itu yang hidupnya diberkati ; kahwin awal dan dapat anak awal. so what? aku nak jadi pompuan yang diberkati

3. dapat beli apa yang aku nak

4. dapat ber back packing ke, jalan jalan ke. tanpa kene marah dengan mak atau rasa bersalah

TOP 4 WHO I THINK WILL ANSWER THIS SURVEY :

1. jeju yang baru kembali

2. ad yang suka tag aku (kan kan kan)

3. shieda( kawan sekolah lama di pahang dahulu..)

4. kamu lah. amik ni ye :)

TOP 4 REASONS WHY I SHOULD ANSWERED THIS SURVEY :

1. aku sedang tensi buat report bertajuk : 4 bulan merisikokan kesihatan

2. aku baru bangun tedo tengok ada orang cakap aku merajuk. waaahaaahaaa. aku mana reti merajuk

3. sebab aku da lama tak buat tag

4. sebab aku da tercopy paste kat new post. taip je la kan sampai habes


oke tamat
sambung kembali report saya

Adilkah untuk menilai?

24.3.09 at 04:11
Akibat masyarakat sekeliling,
ada yang sampai sanggup buat sesuatu yang pada aku tak patut.

Cuba baca keratan akhbar kosmo hari ini

KLIK SINI

Ape pandangan kamu?


--
Entri ini pada aku agak serius.
Sebabnya, agama itu bukan hal mainan.
Ada yang sanggup tukar agama, kerana diperlakukan tidak selayaknya.
Masyarakat itu sepatutnya membantu satu sama lain, bukan memperlakukan yang tidak patut.

Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya dalam situasi diatas, ya memang.

Tapi kalau tak dibendung, makin ramai yang akan jadi begini bukan?
NAuzubillah jangan lah

Pernah sekali,
aku diaju soalan
Orang yang dah buat kesalahan besar, tidak bolehkan dia hidup seperti orang biasa?


Aku jawab antara boleh dan tidak.
Kenapa aku jawab macam itu?


1. Boleh
Memang boleh sahaja dia hidup seperti orang biasa. Seperti dia tidak melakukan perkara jahat tersebut, berilah dia peluang untuk berubah, dia akan berubah. Sokongan dan kepercayaan itu penting.
Manusia sama manusia, takkan ayam yang nak tolong manusia?
Manusia jugalah yang perlu tolong manusia bukan?
Maka, jangan rendahkan dia, jika dia mahu berubah, bantulah.
Bukankan hidup itu tentang saling membantu.
Kerana takkan mungkin hidup kita ini hanya di satu paksi, kita memerlukan orang lain juga
:)

2. Tidak boleh
Pada aku, aku jawab tak boleh ini kerana, kadang kadang, orang sekeliling tak mahu beri kepercayaan , tak mahu bantu orang yang dah buat salah tu.
Aku ada pengalaman, orang yang dah buat salah, dia buat salah lagi melampau dari kesalahan awalnya.
Sebabnya?
Dia pikir bedasarkan peribahasa

Menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan


Alang alang dah buat jahat, orang dah tak suka, biar dia buat betul betul.
Macam tu lah yang dia fikir.

Aku bukan mahu salahkan peribahasa tersebut, aku slahkan faham orang tu sebenarnya. Salah praktikkan peribahasa itu.

Kawan aku cakap, orang macam ni ego tinggi
entahlah.

Macam aku kata tadi, perlunya untuk membantu, mendukung dan menyokong yang dah bersalah tu.
Takkan nak biarkan sahaja, lemas tenggelam lah orang tu nanti kan?
:)



Konklusi kamu pula?

Menjadi aku yang sebenarnya

22.3.09 at 10:05
Umur aku hampir menjangkau 21 tahun, beberapa bulan lagi. Sekarang aku masih berusia 20 tahun.
Panjang sudah langkah hidup aku rupanya. Nak dibandingkan dengan adik aku yang masih bersekolah, kadang kadang aku gelak sahaja tengok gelagat dia. Bukan kata aku banyak sangat pengalam, tapi adalah sedikit berbanding budak sekolah darjah dua tu :P

Siapa sebenarnya aku ini?
Kalau orang tanya aku,
Kau ni sebenarnya macam mana ye orangnya?


Aku pasti akan senyum. tahan nafas beberapa saat dan baru aku jawab.

Sejujurnya, aku pun tak tahu aku ini orangnya macam mana.

Aku sebenarnya seorang yang senyap, introvert, tak pandai bergaul.
Kaunselor yang suruh aku buat test personality pon dan cakap perkara yang sama. Aku seorang yang pendiam.
Tak banyak bercakap.

Tapi, kawan kawan yang kenal aku akan kata aku sebaliknya. Aku bising, asyik bercakap dan membuat perkara bodoh lalu mereka ketawa. Aku senang sebegitu, tak suka tengok orang susah mungkin.

Sebabtu, bila dengan kawan kawan rapat aku, kalau aku senyap, menjauhkan diri dan buat tak tahu pada mereka, mereka akan tahu bahawa aku sedang tidak normal - means sedang under pressure atau ada masalah lain lah itu.

Saat itu, mereka tahu, aku perlu masa sendirian, biarkan sahaja aku menangis senyap senyap di waktu malam, dan bersedia untuk melihat mata sembap aku esok paginya.

Aku bukan orang yang mudah senyum. Muka aku selalu muka masam, muka penat dan muka tak gembira. Gloomy.
Aku akan senyum dan ketawa macam orang menang loteri bila aku rasa gembira yang tak dibuat buat.
Aku boleh sahaja gelak atau senyum tak ikhlas, tapi lepas itu aku akan sakit hati, sebab menipu diri sendiri. Sebabtu aku tak berapa suka kalau terpaksa senyum simpati, buat buat rasa lawak gila walaupun benda itu tak lawak lansung, susah kan.

Dunia ni, lebih banyak kene menjaga hati, daripada menjadi jujur.

Aku yang sebenarnya adalah sangat tidak tahu untuk memikirkan kepentingan diri aku.
Pernah sekali, aku dikatakan bodoh, kerana aku tak sedar yang aku dah dipergunakan. Niat aku memang untuk menolong, tapi akhirnya aku sebenarnya dipergunakan. Terima kasih kawan kerana menyedarkan aku.
Tapi, aku tak serik, aku masih lagi terus orang bodoh yang sama, yang dipergunakan.

Aku belajar sesuatu
Kawan kawan bukan ahli keluarga, membantu itu boleh tapi berpada.


Bukan maksud aku tak mahu bantu kawan kawan lagi, tapi, kau paham2 sendiri lah kan.


Aku yang sebenarnya adalah orang yang sangat tak suka duduk di rumah.
Sejak aku sekolah menengah hingga sekarang, aku tinggal di asrama, jauh dari keluarga. Dan aku tak senang duduk di rumah, kalau aku duduk lama lama aku akan berbalah dengan adik beradik, dengan mak aku. Aku jahat bukan?
Berbalah dengan emak, berdosa besar, aku tahu itu.
Ini pun aku dah rasa sangat kagum dengan diri aku sendiri, sudah hampir 4 bulan aku berada di rumah sepenuh masa.

AKU KAGUM SANGAT SANGAT!
tahniah buat diri sendiri



Heh, ape sebenarnya aku ya?
Bagaimana aku ini sebenarnya??
Aku pun tak faham dengan diri sendiri.
Malang!

***************

pssss:

Ini semua disebabkan kuiz di facebuk yg aku buat.

resultnya ini
You are lovely and caring. You help others and spread out a lot of sympathy. Your life aim maybe is to serve the people. But your weakness is that you forget about yourself, your own needs. All your time is hold back for your friends and family. You are always there for people in trouble. Ready for any emergency. You make a lot of sacrifices just to be a good human. But every woman has her needs, her longings and a destiny. Don't loose yourself in work or curing other people's souls. You will have your own problems in your life. Another problem is that you don't say your opinion when it's right and important to say it. People trample onto your soul if you are always so kind and lovely and helpful. They will play on you. Though you should try to relax more and enjoy your life, you should not loose the gift that was given to you to help others . Not everyone is created this way... You are uniqe and rare!


Laguna tengah bandar

21.3.09 at 15:52








Lagi gambar klik SINI


khamis lepas mak aku ajak bercuti kat sunway lagoon
Aku masuk rumah hantu, main air dan taman binatang

Satu:

Rumah hantu : ada 4 bahagian. DAripada ke empat-empat bahagian tersebut, aku paling benci dengan bahagian 3d sebab bahagian tu buatkan aku pening lalat.Kena pakai cermin mata 3d tu, aku mengelat pakai buat gaya macam nenek, kiranya aku tak pakai betul betul lah kan.

Yang paling aku suka pula, yang last part, Escape prison . Real abes pada aku, ada banduan 2 3 orang, kurus keding dan macam dah nak mati kene gantung dalam masa beberapa jam, mereka betul betul menghayati watak dan buat aku rasa irritating abes dengan mereka.

Dua:
Mandi manda
Aku tak mandi sangat, sebabnya kena jaga budak kecik 5 orang, tambahan pula cuaca di malaysia ini adalah panas dan terik, aku mandi ala kadar je. Tak main pon yang gelongsor2 banyak banyak tu,Rugi kan?

Tiga:
Taman haiwan,
Aku suka saaaangat!

Empat:
Extreme park,
aku hanya main paintball, 20 bullets free dan ATV.
ATV sumpah bosan, baek aku bwak ATV milik atuk dan pusing pusing di kampung ni.
At least ATV atuk aku ada gera, boleh reverse, dan boleh main sukahati kau nak laju ke perlahan.

Lima:
Lagi satu kerugian.
Aku tak naik roller coaster.

Ye
rugi
rugi

wu wu wu wu wu

Ape pun, aku puas 70%
:D

Gambar di mozekkan!

14.3.09 at 23:46

cubaan mozek
Originally uploaded by payung_ijau


Aku rasa serabut pulak mozek ni,
Susunan tak berapa betul.berterabur jadinya.

Jika kamu-kamu mahu cuba buat sebegini juga,
sila ke laman INI
selepas itu kamu klik pada mozek.
haaaaa, reka lah suka hati mozek gambar gambar kamu.
:)


Kalau kamu tak mahu,
kamu boleh guna cara manual,
Susun satu satu dalam photoshop,
atau
guna picasa, boleh buat mozek juga, siap ada gaya ala ala polaroid
atau
guna photo scape (ini aku tak berapa pasti sebenarnya)
Boleh kah??

Anyone?

Apabila kegembiraan itu ditarik dengan rentapan dasyat!

11.3.09 at 22:51

Selamat hari hari kepada anda semua.
Semoga anda bergembira seperti buah beri yang berada di ribena land, dimana setiap hari adalah hari ribena.kaya dengan vitamin C.

Oh ya.
Saya gembira sangat, sebab boleh bercakap dengan kadar yang murah.
Namun, ia telah direntap dengan sangat dahsyat.
Mari ikuti laporan selanjutnya



Retetan renjatan

Mula mula, sesuatu yang amat tidak logik telah direveal.
TAK BOLEH SMS okeh!

Kemudian, yang lebih drastik,
PANGGILAN DARI TALIAN GEMBIRA KE GEMBIRA tak boleh juga(situasi berlaku pada luar waktu promosi 45min, .99sen)





Sekian,
Saya yang terkena renjatan.


p/s: idea disumbangkan oleh laman INI


Dengan airiz

9.3.09 at 18:18
Gambar dari kenduri tempoh hari.
Sangat suka akan gambar gambar ini.
Bergambar bersama adik sepupu yang comel, Airiz.
Comel kan dia ni.
Kredit kepada adik saya yang snap kan. Saya tak pandai snap gambar.











Ada cerita yang pada aku sangat sengal.

Tajuk : Kenapa harini kau tinggi pulak??


Situasi : Tengahari ahad, masih lagi mood kenduri, in fact, memang waktu kenduri pon.

Scene :
Aku berlegar legar di meja hadapan, berdekatan dengan meja puan rumah yang penuh dengan doorgift. Sambil memegang sebiji pinggan berisi pizza, aku jemput lah sorang makcik makan sekali(Dia ni mak mertua makcik aku kalau aku x silap la kan)
(Ye la kan, berbudi bahasa, kene ajak org tua makan)

Aku : Cik, jemput makan sekali
Makcik : Ye, sila-sila. Acik da makan tadi. eh, kamu ni sape ye? Acik macam biasa nampak. Anak pipah ye?
Aku: Ha ah, saye yang sulung.
Makcik : Oh, betullah. Eh, semalam rasanya nampak kamu kecik je. Harini lagi tinggi dari acik. Pelik ni.
Aku: Memang lah cik, arini saya pakai kasut tinggi.
Makcik : ..... (Muka tak tau nak cakap apa)


Aku pon duduk dan makan bersama kazen aku.
Ha ha ha.


p/s : see! Hebatnya kuasa sandal tapak tebal aku. Boleh menambahkan ketinggian aku dengan instant!


Tipikial : nombor siri xxxx

5.3.09 at 21:41
Penat yang amat.
Tuhan, kau sahaja yang tahu.

Rasa bersalah yang amat,
Tuhan, memang kau sahaja yang tahu

Benci
Mahu pergi
Mahu hilangkan diri

Geram
Tapi aku tahan
Sebabnya, jangan dahulukan fikiran dengan emosi
Emosi itu racun
Racun untuk berlaku rasional

Pergi
Nyah kamu
jangan datang lagi.

p/s: Tolong syorkan aku satu buku cerita yang best untuk aku baca, Biar aku tenggelam dalam buku itu.

:antok:

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com