Kisah nama saya :P

30.4.09 di 02:03
Ho yeah! Baru pulang sebentar tadi.
Perjalanan membosankan. Melihat orang memandu, duduk diam diam di tepi. Benci.

Ada tag!
Dari kawan sepersekolahan di SMK Seri Bentong dahulu.
Syahidah namanya. Klik SINI untuk ke blog beliau
Ayuh!


1. Nama awak boleh dikatakan sempena nama siapa?
Nama saya An Nabil. Ya saya bangga dengan nama saya. Ayah kata, nama saya ni sempena nama yang dia tengok kat tv. Annabelle. Haaa, kan sama. Cuma nama saya versi yang telah dimelayukan. Lagipun, ayah nak anak dia nama bermula huruf A.
:)

2. Kali terakhir awak menangis?
3 hari lepas. Lepaskan semua

3. Awak suka tulisan awak?
Suka kalau ia cantik, kalau sedang buruk. suka juga :P

4. Makan tengahari yang digemari?
Koey Teow Kung Fu. Dan sirap ais. Itu masa praktikal, Sekarang, telan air liur sampai petang baru masak.

5. Awak akan berkawan dengan diri sendiri jika awak adalah orang lain?
Mungkin. Eh saya ini bagaimana ye kawan-kawan?

6. Sarcasm?
Rujuk SINI

7. Setuju dengan kempen memboikot barang Yahudi? Barang yang susah untuk boikot?
Ya. Nokia, bendalah internet, TESCO, Milo. (Sama seperti jawapan shida)

8. Bijiran kegemaran?
Oat! sudah terjangkit dengan kegemaran adik bongsu saya

9. Ais krim?
Sedap! Rindu masa makan aiskrim beramai ramai bersama rakan rakan. Rindu makan aiskrim pukul 2 pagi. Aiskrim oh aiskrim. Kau memang sedap!

10. Perkara pertama bila melihat orang lain?
Kalau orang tak dikenali :Tengok je. Tembus.
KAlau orang yang dikenali : Tolong jangan nak buat muka kerek boleh tak. Sila bersifat neutral

11. Merah atau merah jambu?
Merah ala ala maroon boleh. Metalik sekali. Cantik kalau dapat kereta sebuah yang berwarna itu. :P

12. Paling awak rindu?
Rakan rakan yang ber lima itu. Rakan rakan keluarga besar. Nasi padkapau.
rindukan saat ini. Aku boleh gelak , boleh nanges sendirian bila lihat gambar-gambar dalam simpanan. Gambar memang ada nyawa eh?

13. Mahu orang lain selesaikan soalan ni?
Entah

14. Warna kasut?
Putih. ada garisan hitam pada tapaknya. Putih itu kan suci. :)

15. Sedang mendengar?
fall out boys. album Folie a deux.

16. Warna pilihan jika awak ialah crayon?
Hijau pucuk pisang boleh? Cantik kan?

17. Orang terakhir waktu berbual dengan telefon?
Siapa ye? Oh, nisak. Hal drama picisan. Blergh!

18. Suka tak orang yang beri soalan ni?
Suka. Kawan lama saya dari SMK seri Bentong. Terjumpa semula di USM. Haih dunia ni memang kecil kan?

19. Sukan?
Congkak. Boleh?

20. Rambut?
Hitam.

28. Mata?
Tidak rabun. Alhamdulillah

29. Kaca mata?
Warna hitam. Pakai hanya bila silau ketika memandu. Ihsan adik saya.

30.Makanan?
Saya belajar teknologi makanan.

31. Cerita hantu atau happy endings?
Happy ending kot. Sebab saya suka fairy tales. Hidup kan selalu mahukan yang indah indah belaka :)

32. Movie terakhir?
Los dan Faun.Itu pun setelah sekian lama download dan baru nak tengok. Lupa

34. Musim panas atau sejuk?
Berselang seli. Kalau sentiasa panas, keringlah bumi. Kalau terlalu sejuk, semua akan hibernasi

36. Pencuci mulut?
Cuci dengan ubat gigi menggunakan berus gigi :P

37. Paling tak suka cakap?
....

38.Buku?
Menantikan Laskar pelangi dan maryamah kapov karya andrea hirata. Punyai 2 dari 4 tetraloginya.
Sudah lama tak jumpa buku yang mampu menarik saya sebagaimana dulu, masa mula-mula terjumpa the book theif.

39. Apa ada di atas alas tetikus (mouse pad)?
Tiada mousepad, maka tiada apa apa

40. Apa yang awak lihat di tv semalam?
Drama merah puteh. itu sahaja masa saya dengan tv

41. Lagu?
Irama. Muzik.
Kata kata pon boleh jadi lagu. Terpulang lah

42. Jarak paling jauh dari rumah yang pernah awak pergi?
Sarawak. Jauh betul

43. Lahir di mana?
Hospital Tengku Ampuan Rahimah klang. Besar hospital tu. Menyeramkan.

44. Tag orang lain?
Mungkin tidak.

Lagu gembira.

28.4.09 di 21:50
Anda ada masalah?
Anda tertekan dengan exam yang mengganggu gugat ketenangan jiwa?
Huehhehe

-------------------
Selamat malam Malaysia.
Selamat Malam buat yang dah terpengsan awal malam rabu ni.

Maaf, banyak pulak entri. Ha ha. Aku dah bosan, memang tak boleh buat apa lah kan.

Ni ha, ada lagu best untuk korang hayati


Aku bagi tajuk lagu ni : Serangga Pilihan.
Sumbangan ikhlas : Kak Farhana (senior dan jiran aku di Saujana dulu)



Layankan.

p/s : Bersedia gelak. Jangan salahkan aku. Aku tak bersalah

Jogettt!!! Ayuh!

@ayuk@musik@kembar@sinchan

Ya Allah, aku mohon dengan sangat

di 14:34
Ya Allah, Aku mohon pada-Mu
Kau kurniakanlah kesihatan
Kepada Aen, adik kepada Izaty

Sembuhkan dia Ya Allah
Berilah dia kesejahteraan Kesihatan

Ya Allah,
Aku juga memohon kepadamu
Agar kau kurniakan ketabahan dan kesabaran
Kepada Izaty sekeluarga
Atas dugaanmu ini.
Ammen, Ya Rabbal Alamin




Adik kawan baik saya, masuk hospital. ICU. Denggi berdarah.
Pagi tadi kawan saya kol saya, saya dapat rasakan kesayuan bila dengar suara dia.
Izat, kamu tabah, kamu kuat.
Jangan risau sangat oke.
Kau kene kuat untuk adik kau.
Oke.



*maaf, emosi.*

Hari pertama

27.4.09 di 15:26
Latihan industri aku dah habis. Ye, jumaat lepas.
So sekarang bermulalah tempoh hampir dua bulan aku akan memerapkan diri di rumah mengatas-talian-kan diri aku (terjemahan : mengonlinekan diri).

Apa rasanya hari pertama tanpa perlu bangun pagi pergi kerja?
Aku rasa senang hati. Tapi menjelang tengahari, aku sudah rasa bosan.


Tidur aku terganggu, pukul 9 pagi macam tu, abang lab aku mesej aku tanya pasal sampel. Pelik sudah aku. Hu hu.

Lepastu, masa aku tidur tengahari, ada mesej masuk, aku malas nk ambil telefon, sebabnya aku assume itu mesej dari Cik Izaty Farehah kawan baik aku tu.
Aleh aleh, tak lama lepas tu, ada kol pulak dah, naik nombor abang lab aku. Aku angkat, rupanya trainee yang lagi sorang tu tanya aku mana sampel jumaat lepas.
Ya ampun.
Aku nak gelak sekarang ni.

Adoila, 2 kali telefon aku pasal sampel.



p/s: berdoa adik kepada cikpuan izaty farehah akan sembuh dari denggi. Hu Hu. Budak tu kat icu sekarang. Cik izaty, awak kan tabah :)

Bencinta

di 00:49
Oke. Tajuk ambil lagu baru faizal tahir. Saya suka dia. Harap maklum.

Aku sebenarnya sedang fikir, kenapalah aku kena membenci, orang yang patutnya aku paling sayang, YAng telah berjasa paling banyak pada aku, yang aku tak boleh menderhaka walau sekelumit pon.

Kenapa?
Kenapa mesti aku benci, kenapa mesti aku melawan.

Tak boleh ke kalau aku jadi macam orang lain, yang baik sama orang yang paling berjasa pada mereka tu. Aku iri hati sebenarnya, bila kawan-kawan aku bercerita betapa akrabnya mereka dengan orang yang paling berjasa tu. Tapi aku? HAri hari aku melawan, setiap benda aku bantah. Dah macam bola getah. Baling ke lantai, melantun semula ke atas. Baling sikit pon tetap melantun, sikit pon jadi lah.

Iri hati tahu? Kadang-kadang sampai aku rasa nak mintak untuk aku tak pernah punyai sesiapa yang berjasa pada aku supaya aku tak ada perasaan ini. Biar aku sorang-sorang tanpa sesiapa. Mungkin hidup aku akan aman.
*Kesat tumpahan suam*

Aku pernah tanya pada kawan aku, yang dah nampak sendiri macam mana aku dengan orang yang berjasa pada aku tu. Aku tanya pada dia, apa malang aku? Apa dan kenapa aku kena ada perasaan macam ni, kenapa mesti aku melawan? Kenapa dia macam tak pernah nak percaya pada aku walau sedikit?

Kawan aku hanya senyum. TAk mengapa kawan. Kau tak perlu jawab soalan bodoh aku. Abaikan sahaja, aku belum matang, fikir tak panjang. Terima kasih untuk senyuman penuh makna kamu, aku boleh tangkap maksud sebenar kamu . Maaf aku tanya soalan itu pada kamu, selalu sangat aku tanya, ulang soalan yang sama. Bila mana yang berjasa pada aku itu buat sesuatu yang aku tak suka.

Aku paling tak boleh terima, bila aku katakan hal yang sebenarnya pada yang berjasa pada aku itu, dia masih tak mahu percaya. Sanggup dia tanyakan pada orang luar tentang aku. Bukan sekali dua. Aku da penat makan hati dengan orang paling aku berjasa. Aku teruk sangat kah di mata kamu? Takkan aku mampu untuk tipu kamu. Berat tahu.

Maaf aku selalu melawan kamu.
Maaf aku tak mampu jadi seprti yang kamu mahu.
Maaf
Maaf
Maaf


*Tumpahan suam ni makin laju, aku dah tak mampu tahan*
Syhhh........



ke'malang'an ! - Baca : an yang malang

25.4.09 di 16:48
WOha!
Setelah berminggu minggu aku terputus hubungan dengan alam maya akibat kerosakan pada modem rumah, harini, hari sabtu, akhirnya aku berjaya menyambungkan diri selama mungkin dengan alam maya.

(Patutnya kene pegi hantar duet kat adik aku. TApi disebabkan mak aku tak percaya aku untuk drive di selekoh2 maut menuju sekolah tu, maka aku pon tak pergi)

Bangun pagi terus aku bukak laptop main kuiz kat facebook.
Best gilak! addicted sudah (Walaupun sejak dulu memang da gila main benda macam ni)
So aku pon buat la kan kuiz yang ada, banyak.
Dan resultnya ;MALANG ABES!

Ada satu kuiz yang pasal jarak umur aku ngan pasangan aku
Result dia memang hampeh gile ah


Pasangan anda 15-20-30-40 tahun lebih tua dari anda

kalau anda berusia 25 tahun, maksud dia bakal pasangan anda mungkin sekarang berusia 45 tahun~ tahniah bagi wanita kerana mendapat bakal suami yang betul2 telah memasuki alam lelaki. hahaha..tapi kalau anda umur 30 tahun dan bakal berkahwin dengan pasangan berumur 70 tahun? oh itu saya tidak tahu.jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan .hahaha


Malang no 1. Adeke laki aku umo tua gile gaban sampai tahap tu
TApi aku memang gelak sakan la kan baca result dia

PAstu aku buat laa kuiz lain.
Buat punya buat, tersengaja buat kuiz ; kalau kawen, adakah anda dimadu atau kawen lebih dari 1?
Buat punya buat, result dia seolah olah menguatkan result yang 1st tadi

Result :

Tiga.bagi lelaki, anda hanya akan bahagia sekiranya berkahwin 3.. kepada perempuan pula, anda akan mempunyai 2 orang madu.. mungkin anda isteri yang tua sekali.. terimalah madu2 anda dengan hati terbuka..



Adoi la. Tapi aku tak serik. Buat lagi macam macam kuiz.
Pasal keturunan la, haiwan peliharaan, kereta transformers
And all of them, aku dapat result rare la kan. Macam biasa.
hahaha. HAri paling rare

Mungkin aku patut mandi bunga!
Hahaha

@ayuk@sinchan@damn@gatau@kembar@konslet

Tamat sudah latihan industri

di 07:08
Ho yeah!
Selamat pagi semua!!
Aku baru bangun dari tidur paling lena yang pernah aku alami.
930 malam hingga 630 pagi. tidur tanpa sedar. Penat amat.
Minggu minggu ke hadapan, aku sudah bebas. Tak perlu bangun pagi pegi kerja lagi. Ha ha ha.
Da habes oke.

TApi,
aku ade rasa macam sedih nak tinggalkan tempat kerja tu.
:tsk:

Dah la tak sempat nak jumpa kak lin (akak yang jaga instrument). Aku banyak salah dengan kak lin ni. Adoila.
Ah fong ngan gordon pon aku tasempat mintak maaf. HArap deorang maafkan la



Tapi paling aku terkilan, tak mintak maaf and ucap thanks kat jiji. Abang lab aku la. Yang mulut walaupun agak irritating, tapi he's okay je sebenarnya.
Kalau takde dia, lab kitorang tu akan kekurangan manusia gila. Sebabnya semua dalam tu gila.


Oh ye, makcik vino jugak tak sempat jumpa
Adeke tanya aku saket gigi boleh berjangkit ke.
Takde maknanya, nak cakap aku la tu, konon berjangkit dari aku. cis cis
VeryAngryVeryAngryVeryAngry

Walau aku rasa empat bulan tu perit, tapi itu kan kenangan.
Kene asid kat tangan walaupun dah pakai glove, seluar dan kasut berlubang kene asid jugak. HAihh macam macam
Belum kira lagi masa awal awal masuk dulu kene marah hari hari.
MAcam macam la benda jadi, tapi dah lepas
So ape kesah kan kan.




Empat.

di 06:48
empat benda
hey, aku da merdeka lah!
sayu wo0o wo0o

1.
Dendam meredam.

Kenapa ada satu satu ketika
menjatuhkan dan melukakan sesorang tu rasanya macam indah sangat
bersumbukan dendam mendalam
yang tebalnya seperti kamus merah yang aku jinjing dulu

rasa simpati seolah hilang
berubah jadi kepuasan
dapat buat sesorang itu sakit , merana , merintih
INDAH!
macam dapat makan aiskrim mahal pada waktu tengahari terik membakar
kau paham?

** devil mode. harap maaf


2.
Aku tak tahu apa sebanarnya yang telah melanggar hati aku.
Tiba tiba aku jadi kacau bilau.
Aku tahu ada satu perkara yang tak kena ni, lebih pada instinct la.
Aku tak senang duduk dibuatnya.
Kesannya, aku telefon kawan aku tanpa fikir yang aku sebenarnya sedang kekurangan kredit waktu berbual.
NAsib baik kawan aku tanya, kau ni ada kredit ke? Baru aku sedar aku didalam keadaan tidak sedar sebenarnya.

3.
Ada orang kat tempat kerja aku buat prediction pasal aku yang aku tak suka.
Dan dia juga tanya kenapa aku masih solo. Oh apekah tipikal soalan. Tolong laa~
Aku jawab ayat tergantung sahaja ; kerana aku takut.
Takutkan apa? Macam-macam la..

4.
Internet buat hal lagi.
Printer warna putih itu pon nak buat hal jugak, saat saat aku sedang genting mahu selesaikan perkara penting.
Betullah, hidup ini memang tak boleh di duga. Satu saat ke depan , apa yang kau harapkan jadi, belum tentu jadi.
Sebab itulah aku tak berani menaruh terlalu tinggi, sebab aku tak mahu jatuh menjunam dan terhempas mati. Memang aku tak berani ambil risiko besar, itu sebabnya kot aku tak fikir apa yang aku akan buat. Redah sahaja semua.

** Ni ape kes dari hal printer ke hal hidup?

Sila tekan butang F4 sekarang.
Off.

Untitled a.k.a takda tajuk

17.4.09 di 18:50
Aku tak tahu nak bebel ape

Macam teruja adpat connect tenet

Aku tulis nota ringkas je la ye
Berikut adalah nota nota nya :

1. Minggu depan aku abes pektikal. Penting ye kawan kawan. sile ingat

2. Aku sedang kepanasan, cc ni amat panas

3. Aku dah rasa tak betah nak duduk rumah aku. Kenapa? Bantu aku pliz. Carikan aku jawapannye
:(

4. Aku da discover satu fakta yang membuatkan aku tak senang ati.

5. Aku tak tahu ape yang hati aku nak sekarang. Eh tak, maksud aku, ape perasaan aku sekarang.
Rindu? Benci? Sayang?
Tak mungkin. rindu dan sayang, lebih pada benci

6. Aku penat la

7. Bila lah aku nak dapat semula harta benda aku yang adik aku ambik. Macam macam wo0o0

8.Aku mahu backpacking!

9. Selamat sejahtera semua.
Ta ta ta


CUTI LAMA

6.4.09 di 18:54
Saya cuti berinternet
wah janggal
TApi real ni

Saya super sangap untuk bekalan internet

tolooong!!!!

wuwuwuuwwww

p/s: sedang tekanan jiwa. harapmaklum
:P


Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com