Hangen !

31.7.09 di 21:02
Aku sedang evil mode.
Sapa-sapa dok buat pelik pelik ngan aku, akan kene marah.

Pedulik. Kau nak kata aku pms ke kepala angen ke emo ke ape ape la..
Yang pasti, sekarang aku sangat mudah panas ati.a

Kalau aku kata jangan buat macam tu, tak payah nak menggatal buat lagi.
Nanti aku marah, jangan salahkan aku tak pernah bagitahu kau.

:sobrakana::sobrakana::sobrakana::sobrakana::sobrakana:

Saya kerugian RM 180

26.7.09 di 22:18

Introducing : Encik Aiskrim :)

Isnin lepas pegi tonton Ice Age 3 sama jeju ngan acap. Oh, Best cerita tu. Kelaka gile. Comel jugak tupai tu. dari ice age 1 lagi ade tupai tu dok kejar acorn. Tak pernah nak berjaya dia makan acorn tu. Ape la nasib kamu tupai.
Aku bukan nak cerita pasal tupai sebenarnya, tapi nak menceritakan cerita pengajaran.

Moral : Sila berhati-hati dan jangan mengelamun serta jangan sorok apa apa dari ibu anda.

Tau kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya WALLET aku HILANG.
Muahahahha. Sila Padan Muka aku beramai-ramai.

Situasi dimana aku sedar wallet tu macam kelakar aku rasa. Masa tu aku, jeju dan acap odw nak pegi skul seni, konon nak bawak jeju tengok usm yang lawa (Fakta, usm mmg lawa)

Tapi, masa depan skul jarak jauh tu, aku tergerak nak cek wallet, sebab tiba tiba rasa ringan je poket dan beg. Hu hu. Bila cek semua poket seluar dan beg, yes!! CONFIRM dah HILANG! (Tepuk tepuk tepuk)

Ape lagi, aku menggelabah. Muka cuak da kot. Bila saya cuak saya blur. Memang blur pon. Jalan je tanpa arah tuju nak pergi balik stesen bas Sg Dua tu. Tapi akhirnya kami duduk dekat pondok depan masjid. Berbincang langkah-langkah yang patut dilakukan. Nasib baik la ada orang dengan aku masa aku sedar aku ilang purse. Kalau aku sensorang, ntah aku dah tak tau nak buat apa dah kot. Terima kasih Jeju dan Acap sebab bagi pandangan yang bernas. Hu hu

Aku kol wani, kol ida. Ida line busy. Wani pulak, dia kata tepon dia tak boleh dengar suara. Hu hu. Lalu, aku terkenang kak fana. Nasib baiklah akak senior sebelah bilik masa 1st year, KAK FANA dah sampai USM. Aku wat appointment dengan dia, malam tu lepas maghreb, kami pegi buat report kat balai polis. Esoknya, aku setelkan kad bank islam, kad matrik (tak sukaaa) dan IC. Alhamdulillah setel.

Tamat kisah hari Isnin.

Khamis, tidur petang sebelum maghreb aku terganggu dengan phone call dari mak aku.

Haa, lepas angkat tepon je, ibu tanya , 'IC kamu mana?'

Aku yang kemamaian, terkejut dan pelik, macamana ibu tau ni aku tak ada IC skang ni. Aku pon jawab, 'IC akak hilang. Wallet semua ilang. Tak tau kat mana. Kenapa?'

Ibu kata ada orang poskan wallet aku ke rumah. Aku mampu cakap alhamdulillah je. Ada balik kad matrik 1st year, lesen, IC aku dan kad kad merapu yang lain (kad tesco, kad kedai buku MPH n kad dunkin donut. :P)

Maka, kesimpulan dari cerita aku ialah :

1. Jangan mamai

2. Jangan berangan

3. Ikat wallet anda, manggakan sekali pon tak apa

4. Jangan main sorok sorok sama ibu anda

5. Jangan blur

6. Jangan terlalu gembira. Nanti anda bersedih. ( Aku kata macam ni sebab, mungkin aku gelak banyak sangat hari tu. Gelak pasal cerita Ice Age yang lawak, gelakkan jeju, gelak dengan lawak2 deorang. Hish!~)

7. Sila sediakan duit emergency. Tabungan amat membantu oke. Aku nak penuhkan encik aiskrim dengan kepingan besi secepat mungkin.

Tu je kot aku boleh senaraikan. Sekarang aku hanya tunggu masa untuk IC baru aku siap. Hu hu. Melayang 140MYR jugak la akibat kehilangan wallet yang berisi cash 40MYR tu. Rugi beb Rugi!!!!
FootInMouthFootInMouthCryingCryingAngryFaceFootInMouthAngryFace

Quotes penting dalam hidup aku

21.7.09 di 00:07
"Kau tau tak kenapa siput babi jalan lambat ? "


Ean tanya aku pada suatu petang panas membahang.

Aku jawab dengan muka blur,
"Sebab dia dok angkut angkut rumah dia la, sebab tu dia jalan lambat"

Ean kata jawapan aku salah. Aku dah malas teka teka. Ean bagi jawapan
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.

.
..
.
.
.....
.
.
.
.
.
.
.....
..

Sebabnya senang je :
Dia sibuk dok pikir, dia tu siput ke dia tu babi. Halal ke haram.


FootInMouthCryingFootInMouthCryingFootInMouthAngryFaceAngryFaceVeryAngryFootInMouth


#2

Aku tanya ean, dah sign kat list kedatangan ke belum untuk lab pembungkusan.

Lepastu dia boleh keluarkan satu ayat peningkan kepala aku,

"Tanda tangan borang kedatangan guna tangan?"


Ape lagi, gelak kuat-kuat la dua orang ni lepas tu.
Hadoi, ayat macam mee maggi pintal2 kat garfu je. Terbelit belit

Ujian sensori dan kaunter pertanyaan

16.7.09 di 20:13

-Random : imej yang tiada kena mengena dengan penceritaan-



Duduk berseorangan dengan dinding pemisah di kiri dan kanan, meja setinggi paras dagu (bila aku duduk atas kerusi) dan di depan mata terhidang satu dulang berisi 5 cawan plastik kecil warna putih, satu bekas berisi 6 vial kecil berisi kapas-kapas serta dua cawan kertas air masak. Aku ambil pen dan kertas, catat nombor sampel. Kemudian aku mula melakukan ujian sensori.

Pergh! Payah weh ujian tu. Kau tahu rasa tu, manis masam etc, tapi kau macam lupa itu rasa apa. Tapi bahagian ni tak kronik sangat. Part 2; part yang mana kau kene hidu bau dari vials yang berisi kapas2 tu, serious mencabar.

Ada bau durian. yang itu memang aku bau sekali je. terus tutup rapat-rapat penutup vials tu dan letak tepi.
Ada vials yang berisi kapas berbau kueh. Ya, bau kueh. Kau tau kueh bahulu kemboja? ( tak tahu la pulak korang panggil kueh ape) Aku nak je tulis, bau kueh bahulu kemboja yang nenek aku buat. Tapi tak official. Pikir-pikir, oh, tu bau pandan rupenya.
Yang aku pasti, vials kapas berbau vanilla tu, memang aku sedut lama lama bau dia. muahahahhaaa.

Tamat ujian sensori yang mengambil masa tak sampai 15 minit, aku turun ke foyer skul melepak bersama kawan-kawan. Sedang kami duduk borak-borak tentang masa depan, datang satu budak 1st year, tanya macamana nak pergi school management. Hadoi. Satu hal pulak aku nak terangkan jalan. Dua tiga kali jugak aku bagi direction, macam tak paham je budak tu dengan direction yang aku bagi. Naseb la kamu ye.

Tak lama setelah budak yang nak pergi skul management tu pergi, datang dua lagi budak 1st year. Kali ni tanya pasal location bank islam. Ah ah ah.
Aku cakap,
adik pegi naik tangga depan tu, lepastu belok kanan, pegi kat bangunan tinggi tu (Hilton)

Pastu tau ape budak tu cakap?
Haa? yang tu? jauhnya kak bank islam.

dia tunjuk bangunan mana aku pon tak tau. Aihh. Harap harap dia selamat dah keluarkan duit dari ATM bank islam tu.
:|


Aku betul-betul tak reti bagi direction. Jadi, sila tanya aku kalau nak merasa sesat-barat.

Rahsia.

15.7.09 di 12:20
I know I don't know you
But I want you so bad
Everyone has a secret
But can they keep it
Oh no they can't


Saya tahu saya tak kenal kamu
Tapi saya amat amat mahukan kamu
Semua orang ada rahsia
Tapi bolehkah mereka menyimpannya?
Oh, tidak. mereka tidak mampu

Aku sedang sibuk dengan sesuatu

13.7.09 di 19:30
Sekarang aku rasa amat penat.
Ya. penat.

Aku sedang sibuk

Mengira butir bintang diwaktu malam dan menghitung keping daun kering di waktu petang.
Waktu pagi dan tengahari, aku kira helai lalang.

yey. kau mahu join?

Kau?

5.7.09 di 02:50
A wise person says, "Love is for the lucky and the brave"



Maaf, aku bangkang statement itu.

Untuk cik ekin dan rakan2 food tech lain :)

1.7.09 di 23:36
PROJEK TAHUN AKHIR IMA 410 SIDANG 2009/2010
JADUAL AKTIVITI DAN TARIKH-TARIKH PENTING PROJEK TAHUN AKHIR IMA 410

Sem 1 2009/2010

Tarikh
Aktiviti
6-10 July 2009
Tajuk dipamerkan
17 July 2009
1. Taklimat perlaksanaan projek
2. Agihan tajuk projek kepada pelajar
3-6 August 2009
Seminar proposal
10 August 2009
Kerja-kerja makmal dibenarkan bermula

Sem 2 2009/2010

Tarikh
Aktiviti
11-15 Jan 2010
Taklimat penulisan tesis oleh Timbalan Dekan
19 March 2010
Penyerahan 2 salinan ‘soft cover’
kepada penyelaras projek tahun akhir

29 Mar-3 April 2010
Penyerahan markah bagi tesis oleh semua pemeriksa
kepada penyelaras projek tahun akhir

4-9 April 2010
SEMINAR PROJEK TAHUN AKHIR
12-17 April 2010
Pelajar mengambil kembali tesis daripada
pemeriksa dan membuat pembetulan yang diperlukan

3 May 2010
Tarikh akhir penyerahan 2 naskah tesis ‘hard cover’ dan cd
yang telah dibetulkan dan disahkan oleh Penyelaras,
bersama borang pengesahan penghantaran/penerimaan tesis IMA 410
yang diisikan,
diserahkan kepadaPenyelaras projek tahun akhir
atau
Pejabat Am PPTI oleh pelajar
(Pelajar akan diberi gred “F” jika gagal menyerahkan tesis akhir)

Sumber dari : Notice board dr norziah

I am a skanky skank with a sexy smile who ran shirtless with a homeless guy because I got dared

di 14:53
Selamat hari rabu ye kawan kawan. Hari rabu, seperti yang kita semua makhluk bumi Malaysia maklumi adalah movie day. Ulang suara, movie day. Tapi, aku bukan dapat pegi tengok movie pon. Huah. Minggu depan sahaja lah, kat Penang. Itu pun kalau aku berkemampuan dan berkesempatan FootInMouth
(Aku ni makhluk yang bz oke!! hahaha)

Oh ya. Tajuk entri panjang berjela tu, kau orang jangan tanya aku maksud dia apa. sebab aku malas nak pikir. Huhe. Tu tajuk tu sebenarnya tag dari Asyqeen kawan cik izaty. Budak UPM. Aku penah jumpa sekali je pon, masa pergi UPM ; tedo kat bilik izaty.

[Klik sini TAG ASAL kalau nak tahu macamana jadi tajuk macam tu.]

Hari ini dah rabu. Maka, akan tinggal lagi 3 hari aku akan menetap di rumah. Ahad ni akan pulang ke USM untuk memulakan semester baru, dengan suasana baru. Ya. Baru yang amat, sebabnya semester ini aku ditempatkan di desasiswa AMAN DAMAI.
ohh~ Jarang sangat ke Aman tu, mungkin patut kata tak pernah masuk area situ. Tak familiar lansung. Aduhh~

Dan untuk pulang ke USM, aku haruslah mengemas barang barang untuk dibawa balik. Ni lagi satu masalah. Banyak barang. Sob sob sob. Sape nak tumpangkan saya dengan beg beg saya ni. Huu. Gitar akan tinggal sbb tak cukup tangan nak bawak.
*Jeju, jom ikot aku balik penang jom. kau bawakkan barang2 aku. Muahahahaha*


And for the mean time,(wao, sepiking ) sambil sambil siapkan susun passport photo murid tahun 6 sekolah bapak aku, aku tengok video ni ulang2 kali dan cuba tiru.
Chord F tuu.. Saket jari CryingCrying

video

p/s: tak berjaya pon. muahahahahhahaha. susah weiii :( sangkut2 je bila nk tukar chord. isk~

SickSick

Blog Nabil-A | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com