Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua.
Apeda aku, sikit punya lambat la wish Happy Ramadhan kat semua orang. Harini je dah masuk ramadhan ke 7. Seminggu sudah oke. Takpelah, asalkan wish dah kira oke kan?
Bila aku bukak blog, aku terlihat akan pesanan yang ditinggalkan oleh cik dayah jaini kat cbox tepi tu ha.
Aku quote dayah
selamat berpuasa nabil! setiap kali bulan puase, aku pasti teringat kenangan kite satu geng kat pasum..weyh..mercun tu naseb tak masuk kain ko kan ?kan???
Sebelum aku cerita pasal peristiwa mercun di bulan puasa tu, aku nak ucapkan selamat berpuasa jugak kepada kamu wahai dayah jaini. hahahha. aku pon takkan lupa weh peristiwa tu. Aku potong sikit ucapan kau sebab ada sensitiviti di situ
Puasa. Masuk tahun ini punya puasa, dah kali ke 4.5 puasa yang aku jarang jarang dapat makan sahur dan berbuka dengan keluarga kat kampung. Kenapa 4.5?
Sebabnya mudah, 0.5 puasa aku ada kat rumah. Dulu aku matriks kat PASUM, dekat jugak la dengan rumah. Boleh balik selalu. Walaubagaimanapun, most of the time aku kat puasa kat PASUM je.
Paham-paham je la kalau puasa kat asrama, jauh dari family. Sahur memang style telan-sahaja-ape-ada-depan-mata-anda walaupun mata ala-ala manja je bukak. Masa aku kat PASUM, gigih jugakla bangun masak nasik and beli lauk sahur. Huuu.. Aku rasa mula mula je semangat bangun masak nasik. Lama lama takat telan kurma dengan minum air je. hihihi.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari di bulan ramadhan, tahun aku berpuasa dia PASUM, satu geng aku dok tedo sumbat mampat kat bilik aku. Bilik 220. Haha. gile a aku ingat lagi no bilik. Blok ape aku x ingat dah. Malam tu tedo macam biasa la, tingkap bilik yang menghadap court tenis tu kami bukak luas luas. Selama hayat aku kat pasum, tingkap tu kami tutup bila hujan lebat gila macam taufan and only bila kami balik kampung. Lain lain masa, kami membenarkan pengaliran udara dan cahaya total. So dah nama pon bulan puasa, area kol 5, wawa, jam loceng kami dah mula kejutkan kami kami ni yang liat nak bangun. haha. pdhal aku je payah bangun. Lain semua dah bangun kot.
Sedang dalam kemamaian dan kesejukan suasana pagi hari, tiba tiba
'' eiiiii..... bommm!!~ ''
itu bunyi mercun thunderclap or roket. kalau tak tau tu mercun apa dan bagaimana bunyinya, sila google sendiri
Kami kena serang hendap! oH noooooo.. Naseb baik mercun sesat tu meletup betul2 just before tingkap tu. nampak weh dia punya letupan. Erkk, ngeriiiiiiii



Dan lepas tu, aku buat satu tindakan refleks.
Aku dari atas katil tingkat atas telah ....................
( Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang anda rasa aku akan lakukan. Hi hi hi, biarlah rahsia.
i segan la you nak cerita ape i buat. wakakakaka
Sila isi dengan perkataan tidak melebihi 20 patah perkataan )
Dan lepas peristiwa tu, aku kene so called maki la dengan budak geng aku. Gile kot takde orang nak buat macam tu. Bahaya. Bahaya.
Weh dayah baek ko senyap. hhahhhaha :P